2017

PETUA DAPATKAN BIBIR CANTIK

Pernahkah anda mengalami masalah bibir kering atau pun pecah? Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering contohnya kalau terlalu lama berada di dalam bilik berhawa dingin atau di kawasan sejuk.

Tetapi mungkin ada yang terlupa bahawa pemakaian gincu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan masalah bibir mengelupas! Sebabnya bahan kimia yang terkandung dalam gincu atau lipstik tu kemungkinan tidak sesuai dengan kulit kita.

PETUA DAPATKAN BIBIR CANTIK SECARA SEMULAJADI

Kali ini kami akan kongsikan beberapa tips mudah untuk jadikan bibir anda sentiasa lembap secara semulajadi.

Petua Mudah Elakkan Bibir Kering Secara Semulajadi

1. BASAHKAN BIBIR ANDA SELALU

Sentiasalah membasahkan bibir anda dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. Cukuplah sekadar meminum air putih atau segelas air putih untuk membasahi bibir.


2. KERAP MINUM AIR MASAK
Minum air putih lapan gelas setiap hari. Langkah ini dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang boleh mengakibatkan bibir kering dan pecah-pecah. Meminum air putih lebih 3 liter sehari juga dapat membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan lain juga.


3. BANYAKKAN MAKAN BUAHAN DAN SAYURAN
Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Kadar air yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar dari dehidrasi.


4. JANGAN MEROKOK
Jauhi tabiat merokok dan minum alkohol. Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menyebabkan lebam kehitaman pada bibir.


5.JAUHI MINUMAN BERALKOHOL
Tahukah anda, alkohol juga merupakan punca utama bibir mudah menjadi kering.


6. MADU SEBAGAI PELEMBAP BIBIR
Sapu pelembap bibir pada waktu malam sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembap semula jadi seterusnya memberikan khasiat kepada bibir.


7. URUTLAH BIBIR ANDA SELALU
Lakukan urutan bibir dengan menggunakan minyak zaitun. Urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya bibir menjadi sihat. Sapu minyak zaitun pada bibir sewaktu urutan.




KESIMPULAN
Bibir yang cantik dan mungil menjadi idaman setiap orang terutama para wanita. Jadi, hargailah dan jagalah bibir anda sebaiknya jika anda ingin setiap orang terpukau melihat kecantikkan anda.


TAGS :

Petua Cantikkan Bibir, Petua Lembapkan Bibir, Petua Basahkan Bibir, Petua Merahkan Bibir, Madu Sebagai Pelembab Bibir, Urutan Bibir, Rokok Merosakkan Bibir, Alkohol Merosakkan Bibir, Petua Tradisional Cantikkan Bibir, Cara Cantikkan Bibir Secara Semulajadi, Tips Mudah Cantikkan Bibir

Period Sayang Dah Habis Ke
GAMBAR HIASAN
Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan suami kejutkan aku lalu berkata,

PERIOD SAYANG DAH HABIS?

“Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak”

Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati.

“Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,”

“Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?”

Aku diam lagi.

MANDI WAJIB TAK SAMPAI 10 MINIT

“Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,”

“Sejuklah awak,” jawab aku.

“Okay kejap”

Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter.

“Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali,” katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.

“Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata.

Surah An-Nur 24:26

“Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak”

“Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak,”

 AL-QURAN PENDINDING FITNAH DAJAL

“Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah dajjal,”

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan?

Dia datang dan belai lembut rambut aku.

“Awak selalu kata ‘kenapa kita tak dapat anak lagi’. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?”

REZEKI & ANAK-ANAK SEMUANYA RAHSIA ALLAH

Aku mula bertanya.

“Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?”

“Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.

“Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.

“Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?” katanya

Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa ‘Ini semua ujian dari Allah,”.

‘Dah, bangun. Pergi mandi wajib’.


 [ Kredit tulisan asal kepada Cik Atenn Azlan, “Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata,” ]


ULASAN
Lihatlah betapa sayangnya seorang suami kepada isterinya. Mana ada suami yang sanggup melihat isteri dan anak-anaknya masuk neraka sedangkan dia menuju ke Syurga seorang diri. Jika anda dapat jodoh dengan lelaki sebegini, hargailah mereka. Kerana suami andalah penentu Syurga anda. InsyaAllah.


TAGS :

Kisah RumahTangga, Period Dah Habis, Kasih Sayang Seorang Suami, Cerpen Suami Isteri, Hukum Mandi Wajib, Hukum Meninggalkan Solat, Hukum Melengahkan Solat, Isteri Menyebabkan Suami Masuk Neraka, Hukum Melambatkan Mandi Wajib,

HUKUM BERKAHWIN DENGAN Bunian
Gambar Hiasan
Adakalanya kita mendengar kisah perkahwinan diantara manusia dan jin yang kebiasaannya orang Melayu menyebut sebagai orang Bunian.

Apakah pandangan Islam mengenai perkahwinan ini yang melibatkan sama ada manusia itu lelaki ataupun perempuan. Dalam hal ini ada dua persoalan :

1) Kemungkinannya.
2) Pandangan syarak mengenainya.

Kalau dikaji dari segi kemungkinannya maka ia tetap berlaku. At Tabari berkata
“ Mereka menyakini pernikahan dan persetubuhan kadang-kadang berlaku diantara manusia dan jin sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :
"Dan desak serta pujuklah sesiapa Yang Engkau dapat memujuknya Dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu Yang berkuda serta Yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah Dengan mereka Dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada Yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

Sabda Rasulullah SAW :
“Apabila seseorang suami menyetubuhi perempuannya dan dia tidak menyebut nama Allah, maka mereka akan didatangi syaitan dan bersetubuh bersama”.

Ibnu Abbas pula berkata :
“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, maka ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, maka ia akan mengandungkan khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin."

Ibnu Taimiah menguatkan pendapat ini dengan katanya :
“Terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak dan ini sesuatu yang telah termaklum.”

Nabi kita Muhammad SAW telah menegah kita daripada bernikah dengan jin. Para fuqaha berkata, tidak harus berkahwin di antara manusia dan jin dan dimakruhkan pula oleh kaum tabi'in.  Ini menunjukkan perkahwinan itu boleh berlaku. Sekiranya tidak boleh berlaku pernikahan ini maka tidak akan timbul hukum harus atau pun haram.

Ahli sejarah dan ahli-ahli hadis menceritakan tentang kisah perkahwinan ini daripada Ulama' Salaf terdahulu sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Sulaimabn daripada A’masy katanya:
“Ada jin jantan yang berkahwin dengan kaum kami, dan aku bertanya kepadanya apakah makanan yang paling kamu suka, maka jawab jin itu nasi. Kami bawakan nasi berkenaan, maka kami nampak suapan terangkat sedangkan orangnya tidak ada. Dan banyak lagi kisah mengenai perkahwinan ini sebagai bukti berlakunya."

HUKUM BERKAHWIN DENGAN JIN

Sekiranya ditanya bagaimana boleh berlakunya sedangkan unsur manusia dari tanah dan jin dari api. Unsur tanah bagaimana ia boleh masuk ke dalam rahim jin yang berunsur api. Unsur tanah adalah sejuk dan lembut sedangkan api panas dan tidak akan lahirnya keturunan. Maka jawapannya :

1) Walaupun mereka diciptakan daripada api tidaklah kekal dengan kejadiannya yang asal itu, tetapi berubah setelah beranak pinak, makan minum, dan sebagainya. Sebagaimana anak Adam yang asalnya adalah tanah tetapi sekarang sudah pun berubah daripada asalnya. Rasulullah SAW menceritakan bahawa lidah syaitan dirasakan sejuk apabila Nabi mencekiknya.
فمازلت أخنقة حتي برد لعابه
" Aku terus mencekiknya sehingga sejuk air liurnya. Ini menunjukkan unsur asal sudah tidak ada lagi kalau masih daripada unsur asal nescaya panas air liurnya. "

2) MASALAH HUKUM SYARAK

A. Makruh
Jumhur ulamak seperti Al Hasan, Qatadah, Ishak, dan Hakim mengatakan bahawa makruh hukumnya.

Mengenai pernikahan dengan jin, suatu kaum telah menulis surat kepada Imam Malik bin Anas bertanya mengenai pernikahan dengan jin. Katanya, di sana ada satu jin “lelaki” meminang seorang wanita manusia, dia ingin supaya menjadi halal perhubungannya. Imam Malik menjawab, “aku lihat tidak ada apa-apa masalah di dalam agama tetapi adalah makruh kerana apabila terdapat seorang wanita hamil dan ditanya siapa suaminya maka jawapannya JIN maka akan timbul kerosakan di dalam agama kita.

B. Harus Tetapi Tidak Digalakkan
Tetapi pendapat Imam Malik bin Anas r.a mengatakan harus tetapi tidak digalakkan. Abu Othman Said bin Al Abbas Ar Razi menulis di dalam kitabnya
الاءاهام والوسوـس
 
 C. Haram

Ada pula sesetengah ulama' mengatakan haram berdasarkan firman Allah s.w.t bermaksud :
"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."

Sekiranya berlaku perkahwinan di antara manusia dan jin tidak akan berlaku keserasian dan kemesraan di antara suami dan isteri disebabkan berlainan bangsa. Maka hilanglah nikmat perkahwinan yang disebut sebagai ketenangan (sakinah). Pendapat ini berdasarkan juga hadis Rasulullah s.a.w daripada Mohd bin Yahya Al Qadie, daripada Basyar bin Umar, daripada Ibn Lahiah daripada Yunus bin Yazid daripada Az Zuhri katanya Baginda Rasulullah SAW telah melarang berkahwin dengan jin.

Perkahwinan di antara jin dan mausia akan timbul perasaan tidak tenteram, takut, bimbang, dan berbagai-bagai lagi. Tidak wujud perasaan tenang, sakinah, gembira. Oleh itu hilanglah nikmat perkahwinan yang disebut dalam ayat tadi, iaitu tanda-tanda kebesaran Allah menjadikan perkahwinan itu ketenangan, kemesraan, berkasih sayang dan sebagainya.

Tambahan pula timbul permusuhan di antara dua golongan semenjak zaman berzaman sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :
"Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat Yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian Yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".



KESIMPULAN
Sungguh banyak hukum yang diperkatakan di dalam artikel di atas. Jadi sebagai umat Islam, marilah kita berpegang kepada Hadis & Ayat Al-Quran supaya aqidah kita tidak terpesong. Semoga artikel di atas membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda. InsyaAllah.


TAGS :

Hukum Berkahwin Dengan Jin, Jin Betina Berkahwin Dengan Manusia Lelaki, Jin Jantan Berkahwin Dengan Manusia Perempuan, Haram Berkahwin Dengan Jin, Harus Berkahwin Dengan Jin, Makruh Berkahwin Dengan Jin, Hukum Berkahwin Dengan Orang Bunian, Ayat AlQuran Tentang Berkahwin Dengan Jin, Hadis Tentang Berkahwin Dengan Jin, Pendapat Ulama' Tentang Berkahwin Dengan Jin,

PERINGKAT TANDA-TANDA KEMATIAN MENURUT ISLAM

Hidup, mati, rezeki dan jodoh semua adalah rahsia Allah. Tetapi, ketahuilah bahawa hidup itu InsyaAllah, Mati itu PASTI. Walau dimanapun kita berada, walau sesihat mana tubuh badan kita, walau sekaya mana diri kita, maut tetap akan datang menjemput apabila sudah tiba waktunya.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

6 PERINGKAT TANDA-TANDA KEMATIAN MENURUT ISLAM

Apabila sudah tiba waktunya, kematian akan datang menjemput kita tak kira di mana sahaja kita berada. Di bawah ini adalah tanda-tanda kematian yang hanya orang beriman sahaja yang akan sedar.

Tanda-tanda 100 Hari Sebelum Tibanya Kematian


100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari hujung rambut sampai ke hujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah mereka sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah Ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


7 Hari Sebelum Hari Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.


3 Hari Sebelum Hari Kematian
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 Hari Sebelum Hari Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


KESIMPULAN
Bersiap siaplah, hari itu pasti akan datang! Sudah siapkah bekal kita? Sudah cukupkah amalan kita?


TAGS :

Tanda-tanda Sebelum Kematian, 100 Hari Sebelum Kematian, Tanda-tanda Kiamat Kecil, Tanda-tanda SakaratulMaut, Tanda Kematian Orang Beriman, Tanda Kematian Orang Kafir, Malaikat Maut Memerhati Bakal Jenazah,

PETUA TRADISIONAL CEPAT HAMIL

Pernahkan anda berasa cemburu dengan pasangan yang baru berkahwin tetapi sudah hamil tetapi anda yang sudah lama berkahwin masih belum tersangkut?

Jika anda ingin hamil atau mengandung, bolehlah ikuti beberapa tips dan petua mudah di bawah. Tips dibawah semuanya tanpa penggunaan sebarang jenis produk kerana ianya 100% semulajadi.

PETUA TRADISIONAL CEPAT HAMIL TANPA PRODUK

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh cuba bersama pasangan masing-masing.

1. NIKMATI HUBUNGAN KELAMIN BERSAMA PASANGAN
Mengikut kajian pakar, wanita yang mencapai orgasme iaitu klimaks semasa melakukan hubungan seks akan mengeluarkan cecair alkaline pada vagina yang mana sangat disukai oleh sperma berbanding pada waktu yang lain. Jika anda orgasme atau klimaks pada waktu yang sama atau beberapa saat selepas pasangan anda klimaks, peluang untuk sperma sampai ke rahim adalah lebih tinggi daripada biasa.


2. JAGA KESIHATAN
Memang tidak dinafikan kesihatan merupakan salah satu perkara yang paling penting untuk ibu yang ingin hamil atau sedang hamil. Badan yang sihat dan cukup nutrisi meninggikan peluang untuk seseorang itu hamil berbanding dengan wanita yang berlebihan berat badan.

Petua & Tips Mudah Hamil Tanpa Produk


3. JANGAN MEMAKAI SELUAR KETAT
Kepada para suami yang lelaki di luar sana, anda diingatkan supaya jangan memakai seluar atau pakai dalam yang ketat dan kurangkan mandi air panas kerana ia boleh mengurangkan sperma di dalam air mani anda.

Hal ini kerana proses penekanan atau kepanasan di kawasan testis akan berlaku.


4. KETAHUI WAKTU TERBAIK UNTUK MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS
Setiap pasangan harus tahu waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan kelamin dan juga waktu subur wanita iaitu waktu pengeluaran telur atau ovulasi.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk ketahui waktu subur anda, anda bolehlah baca artikel di bawah ini.


Anda juga perlu tahu bahawa telur yang matang hanya mampu hidup selama 24 jam manakala sperma pula hanya mampu bertahan hanya sehingga 72 jam. Oleh itu, ketahuilah bahawa melakukan hubungan seks hampir kepada ovulasi sangat berkesan berbanding selepas ovulasi.


5. POSISI HUBUNGAN SEKSUAL

Memang malu untuk bercakap mengenai posisi yang kita lakukan bersama pasangan, tetapi ketahuilah posisi juga merupakan salah satu faktor penting untuk menghamilkan pasangan anda.

Posisi yang kami cadangakan ia dengan cara suami berada di atas. Semasa suami berada di atas, letakkan sebiji bantal di pinggul isteri dan biarkan pasangan anda berada dalam tenang dan relaks untuk 15-20 minit selepas proses ejakulasi.

Hal ini akan membantu sperma untuk berenang ke arah rahim dan bersenyawa dnegan telur si isteri. Tetapi, harus diingat jangan gunakan bantal yang terlalu tinggi kerana ia akan mengakibatkan sperma berkumpul di belakang rahim.

Dan yang paling penting, elakkan isteri anda berada di atas , duduk atau berdiri semasa anda ejakulasi kerana hanya sedikit sperma yang tinggal untuk berenang ke arah sel telur.


6. KEKERAPAN MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM
Anda perlulah selalu melakukan hubungan seks dengan pasangan kerana anda tidak pasti waktu bila benih anda akan tersangkut di dalam rahim pasangan anda. Sebaiknya lakukannya dengan lebih kerap setiap kali isteri anda dalam keadaan yang subur.


7. KURANGKAN BERGERAK SELEPAS MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM

Berehatlah secukupnya. Jangan terus pergi membersihkan diri atau buat perkara lain. Walaupun tidak ada bukti untuk memperkukuhkan petua ini namun tidak salah kalau mencuba bukan?

Anda perlu ingat yang sperma sudah pun berada di dalam rahim anda. Jadi, berilah masa yang secukupnya untuk sperma tersebut berenang ke 'garisan penamat'.


8. KURANGKAN STRESS
Perkara ini walaupun nampak macam remeh tetapi i a sangat penting dalam memainkan peranan untuk seseorang itu hamil. Tahukah anda, bahawa stres yang berterusan boleh menurunkan keupayaan seseorang itu untuk hamil?

Jadi, hadapilah apa jua masalah bersama-sama dengan pasangan anda dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif.


KESIMPULAN
Sekiranya anda telah mencuba pelbagai jenis petua dan tips selama bertahun-tahun tetapi tetap rezeki 'anak' anda belum sampai, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dan dapatkan sedikit nasihat dan tips daripada mereka.

Tetapi, harus diingat, jangan sesekali berputus asa. Jodoh, ajal, rezeki, dan anak semua adalah rahsia Allah. Jadi, berusahalah sebaik mungkin. InsyaAllah, jangan lupa untuk berdoa juga ye.


TAGS :

Produk Untuk Hamil dan Mengandung, Petua Untuk Hamil dan Mengandung, Tips Mudah Untuk Hamil dan Mengandung, Cara Mudah Untuk Hamil dan Mengandung, Petua Cepat Hamil, Petua Cepat Hamil Cara Tradisional, Produk Terbaik untuk Mengandung, Petua Tradisional Cepat Hamil, Ikthiar Hamil Tradisional, Posisi Seks Untuk Cepat Hamil

TIPS MUDAH MEMERAHKAN BIBIR BAK DELIMA

Bibir adalah salah satu aset paling penting di bahagian muka kerana ia boelh mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Bibir yang nampak kusam atau kehitaman sudah tentu akan menampakkan wajah seseorang kelihatan lesu dan tidak bermaya.

TIPS MUDAH MEMERAHKAN BIBIR BAK DELIMA

Kali ini kami akan kongsikan beberapa tips dan petua mudah untuk anda yang ingin memiliki bibir merah yang nampak seksi, cantik dan menawan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

1. GUNAKAN MADU
Madu adalah salah satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Khasiatnya sangat tinggi terhadap tubuh badan manusia tak kira sama ada luaran ataupun dalaman. Untuk memerahkan bibir, sapukan sedikit madu ke bibir anda secara merata dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.

Selepas itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan perkara ini 3-4 kali seminggu. InsyaAllah, bibir anda akan nampak kemerahan dan menawan.


2. GUNAKAN LIMAU NIPIS
Tahukah anda bahawa limau nipis adalah salah satu perkara yang boleh mengurangkan kehitaman bibir seseorang? Hal ini kerana, ia kaya dengan Vitamin C.

Perahkan air jus limau nipis sebanyak 2-3 sudu kecil dan bancuhkan bersama sedikit air suam. Sapukan pada bibir anda dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yang menakjubkan.


3. MENGGUNAKAN MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun juga mampu menjadikan bibir seseorang menjadi merah dan cerah. Campurkan minyak zaitun bersama sedikit gula, kemudian sapukan pada keseluruhan bibir anda dan tunggu dalam 10 minit. Urut bibir anda mengikut arah lawan jam dan bilaslah dengan air yang bersih.


4. SAPUKAN DENGAN AIR MAWAR SEBELUM TIDUR
Letakkan kelopak bungan mawar ke dalam air suam dan sapukan air tersebut ke seluruh bibir anda. Lakukan setiap hari sebelum tidur. Tapi ingat, untuk tidur waktu malam sahaja ye.

Petua Memerahkan Bibir Secara Semulajadi


5. MINYAK KACAM BADAM
Kacang badam ataupun 'hazelnut' mempunyai kandungan Vitamin E yang sangat tinggi. Ianya dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Gunakan minyak kacam badam sebelum anda tidur. Ia juga dapat melembapkan bibir anda.


6. SERBUK KUNYIT

Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Campurkan sedikit serbuk kunyit bersama 1 sudu susu. Sapukan pada bibir anda ramuan tersebut dalam lebih kurang 10 minit sebelum dibilas dengan air yang bersih.


7. BUAH AVOKADO
Kisarkan 50g buah avokado sehingga menjadi halus seperti serbuk. Titiskan 2-3 titis minyak zaitun dan adun dengan sebati. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Elok dilakukan sebelum tidur.


8. TIMUN
Hiris timun secara tipis. Tekapkan ke atas bibir anda dalam lebih kurang setengah jam. Bilaslah dengan air suam. Timun adalah salah satu bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai jenis khasiat yang menakjubkan.


9. DAUN KETUMBAR

Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan sedikit air supaya sebati. Sapukan pada bibir anda dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.


KESIMPULAN
Amalan hidup yang sihat juga merupakan salah satu faktor memiliki tubuh badan yang sihat dan menawan. Jauhilah rokok dan dapatkan tidur yang secukupnya kerana ia boleh memancarkan kecantikan dalaman dan luaran anda.

Akhir kata. Selamat mencuba.


TAGS :

Petua Memerahkan Bibir, Tips Memerahkan Bibir, Cara Memerahkan Bibir, Petua Bibir Berwarna Pink, Cara Memerahkan Bibir Secara Semulajadi, Tips Pinkkan Bibir, Petua Memerahkan Bibir Tanpa Produk, Tips Memerahkan Bibir Yang Hitam


Mungkin ramai dikalangan kita yang keliru dan tidak dapat membezakan di antara tiga makhluk Allah S.W.T iaitu Iblis, syaitan dan jin. Ada sebahagian daripada kita mungkin menganggap ketiga-tiganya adalah sama saja tidak ada perbezaan.

Untuk membahaskan dengan jelas marilah kita merujuk kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. supaya kita lebih mengenali mereka dan dapat menjauhkan diri daripada hasutan dan bisikan makhluk yang jahat ini.

AYAT AL-QURAN & HADIS MENGENAI SYAITAN

Syaitan adalah zuriat keturunan Iblis hasil perkahwinan beliau dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya.

Iblis mempunyai 5 anak utama yang memegang lima kementerian iaitu Tsabar (kementerian musibah), Dasim (kementerian cerai berai rumah tangga), Al-A'war (kementerian perzinaan), Maswath (kementerian pembohongan) dan Zalnabur (kementerian pergaduhan dan pembunuhan).

Semua zuriat keturunan Iblis melalui lima orang anak-anaknya adalah kafir yang dipanggil syaitan. Jumlah mereka adalah ramai dan membiak setiap hari hingga jumlahnya berbillion . sesiapa diantara mereka dan menyesatkan manusia dan membuat maksiat akan diberikan mahkota tanda penghargaan Iblis kepada jasa-jasa cucu cicitnya menjalankan tugas dengan jayanya.


NAMA & TUGAS ANAK-ANAK IBLIS LAKNATULLAH


1. TSABAR
Dia adalah jenis syaitan yang selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau tertimpa musibah, baik kematian anak atau kerabat dan lain-lain. Kemudia dia melancarkan bisikan dan menyatakan permusuhan kepada Allah S.W.T. Di ucapkannya, melalui mulut orang yang tertimpa musibah itu. Keluk kesah, caci maki , tidak reda dengan qadak dan qadar terhadap ketentuan Allah atas dirinya. Untuk menghindarkan ini bacalah doa ini .
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Tsabar yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."


2. DASIM
Dia adalah jenis syaitan yang yang selalu berusaha untuk mencerai beraikan ikatan perkahwinan, mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami isteri, sehingga terjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar. Dia juga suka menggoda seseorang supaya suka mendedahkan aib orang lain hingga orang itu menjadi marah. Untuk menghadapinya hendaklah baca doa ini :
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Dasim yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."


3. Al-A'WAR
Dia adalah jenis syaitan yang pakar dalam mengalakkan perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika keluar rumah. Wanita yang keluar rumah dengan berhias diri dan tidak menutup aurat sangat disukai oleh Iblis, Al-A'war dan anak-anaknya kerana mereka bekerja untuk meruntuhkan akhlak, moral dan mengalakkan perzinaan.


4. MASWATH
Dia adalah syaitan jenis yang pakar dalam membuat pembohongan-pembohongan besar atau kecil. Bahkan kejahatan yang Maswath dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk manusia dan duduk dalam satu pertemuan yang diselenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.


5. ZALNABUR
Dia adalah syaitan yang berkeliaran dipasar-pasar di seluruh dunia. Merekalah yang mengobarkan pertengkaran, caci maki, perselisihan dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

SIAPAKAH SYAITAN YANG SEBENARNYA?


Menurut bahasa Arab adalah "ruuhun syariirun" atau roh yang sangat jahat/buruk atau suatu kehidupan yang sangat buruk atau penderhaka yang merosakkan”. Sedangkan syaitan secara istilah adalah sifat yang jahat yang tersembunyi dalam diri jin dan manusia yang dapat menimbulkan kerusakan dan kehancuran.

Jadi syatan adalah sebutan dari kalangan jin dan manusia yang jahat. Hal ini sesuai dengan definisi Allah mengenai syatan dalam Al Quran maksudnya :
“Syaitan yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan jin dan manusia)”
(Surah an-Naas ayat 5-6)

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“ Dan demikian Kami jadikan bagi tiap – tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin. Sebagian lagi membisikkan kepada sebagian lagi perkataan – perkataan yang indah – indah untuk menipu manusia. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan,”
(Surah al-An’am ayat 112)

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa syaitan adalah anak keturunan Iblis dan juga jin kafir yang menjadi pengikut Iblis bersama-sama menggoda manusia dan menimbulkan kesesatan dan kebencian. Syaitan yang berbentuk manusia pula adalah manusia jahat yang menjadikan amalan dan perbuatan Iblis itu sebagai amalannya.

SIFAT-SIFAT SYAITAN

Diantara sifat syaitan itu adalah sifat sombong, bongkak, sesat dan cinta terhadap kejahatan. Jin yang bersifat sombong dan bongkak dan cinta kejahatan disebut sebagai syaitan. Manusia yang memiliki sifat tersebut disebut juga syaitan. Syaitan dari jenis manusia dan syaitan dari jenis jin yang ditetapkan Allah sebagai musuh para nabi itu menperdaya sebagian yang lain dengan kata-kata indah yang dibisikannya. Yang dimaksud dengan membisikkan disini adalah kerja-kerja menipu dan mendorongnya untuk berbuat sombong, sesat dan maksiat kepada Allah Azza Wa Jalla.


Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“ Dan orang-orang kafir berkata, “Ya Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (yaitu) sebagian jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kami kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina”
(Surah Fusshilat ayat 29)

TUGAS-TUGAS SYAITAN

Sedangkan syaitan itu menurut Al-Quran Al-Kariem adalah makhluk yang kerjanya mengajak kepada perbuatan jahat dan keji serta berbohong.

1. Mengajak Kepada Perbuatan Keji
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.
(Surah al-Baqarah ayat 169 )

2. Syaitan Adalah Musuh Manusia
Dan Allah S.W.T telah menegaskan bahwa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(Surah al-Baqarah ayat 208 )

3. Memberi Janji Dan Angan-angan Kosong
Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia. Firman Allah S.W.T. maksudnya :
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.
(Surah an-Nisa : 120 )

4. Manusia di Panggil Syaitan
Namun syaitan itu tidak terbatas pada jenis makhluk halus / jin saja, melainkan manusia pun boleh dikategorikan sebagai syaitan. Dan Al-Quran pun Allah S.W.T. menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
"Katakanlah: 'Aku berlidung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia."
(Surah an-Naas ayat 1-6 )

Ibnu Abbas r.a. meriwayat sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : :
“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandung khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”


KESIMPULAN
Terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak..
( Ibnu Taimiyah )


TAGS :

Ayat Al-Quran Mengenai Syaitan, Hadis Mengenai Syaitan, Istilah Syaitan Dalam Bahasa Arab, Ruuhun Syariirun, Anak-anak Iblis Yang Dipanggil Syaitan, Zalnabur, Maswath, Al-A'war, Dasim, Tsabar, Sifat-sifat Syaitan, Tugas-tugas Syaitan, Syaitan Jin, Syaitan Manusia, Perkahwinan Antara Manusia & Jin, Pondan Adalah Anak Jin

Punca Demam Kuning

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan.

Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari.

Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.

FAKTOR PARAS BILIRUBIN MENINGKAT/ABNORMAL

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut -
  1.     Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
  2.     Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  3.     Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  4.     Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
  5.     Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
  6.     Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  7.     Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
  8.     Keturunan.
Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan.

Jenis Demam Kuning

Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100 darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.

Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah.

JENIS-JENIS DEMAM KUNING ( JAUNDIS )

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

1. Demam Kuning Normal ( Physiological Jaundice )

Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

2. Demam Kuning Pra-Matang

Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

3. Demam Kuning Susu Ibu ( Breast Milk Jaundice )

Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

4. Ketidaksuaian Kumpulan Darah Antara Ibu dan Emak

Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.

5. Kekurangan Enzim & Pelbagai Komplikasi

Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.


RAWATAN FOTOTERAPI
Pada bayi yang mengalami demam kuning atau jaundis biasa rawatan fototerapi akan diberikan bergantung kepada faktor-faktor seperti umur bayi, berat badan bayi, paras bilirubin dalam darah, dan lain-lain. Rawatan fototerapi menggunakan cahaya lampau ungu (ultraviolet) atau selimut yang menghasilkan cahaya untuk membantu tubuh bayi menghapuskan bilirubin dengan mengubah bilirubin kepada bentuk yang lebih mudah bagi bayi menyingkirkannya daripada tubuhnya.

Tujuan rawatan fototerapi ialah untuk mengawal kenaikan bilirubin agar ia tidak mencapai pada tahap merbahaya dan menjejaskan otak bayi. Jangka masa rawatan fototerapi bergantung kepada paras bilirubin dalam darah bayi. Sekiranya paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi, darah bayi mungkin perlu ditukar dengan darah penderma yang bersesuaian (exchange transfusion). Ketika rawatan fototerapi bayi akan ditanggalkan pakaiannya dan mata bayi akan ditutup bagi melindungi mata bayi daripada cahaya yang berlebihan.

Sepanjang masa bayi mendapat rawatan untuk demam kuning, adalah penting bayi diberi susu sebanyak mungkin untuk mengelakkan kekeringan dan juga untuk menurunkan paras bilirubin dalam darah. Lebih kerap bayi menyusu lebih cepat bilirubin dikeluarkan daripada badan bayi melalui najis. Rawatan traditional seperti menjemur bayi dibawah sinar matahari pagi tidak lagi sesuai. Ini disebabkan perbuatan ini boleh menyebabkan bayi kekeringan dan dengan itu meningkatkan lagi kadar bilirubin dalam darah bayi. Selain itu cahaya yang terik boleh memberi kesan kepada mata bayi yang masih kecil itu. [ sumber ]


KESIMPULAN
Ibu bapa digalakkan membawa bayi mereka berjumpa doktor sekiranya bayi kelihatan kekuning-kuningan pada hari pertama walaupun hanya pada bahagian muka. Pemeriksaan juga perlu dilakukan sekiranya bayi masih menunjukkan tanda-tanda demam kuning selepas 10 hari dilahirkan atau sekiranya terdapat mereka yang menghadapi G6PD dalam keturunan mereka. Selepas bayi sembuh daripada demam kuning, amat jarang-jarang sekali demam kuning berulang.

TAGS :

Petua Elak Bayi Demam Kuning Semasa Hamil, Petua Elak anak Demam Kuning Semasa Mengandung, Petua Elak Baby Demam Kuning, Cara Elak Penyakit Kuning Bayi, Makanan Ibu Mengandung Untuk Elak Demam Kuning Bayi, Tips Elak Bayi Kuning Semasa Hamil, Pemakanan Untuk Elak Anak Demam Kuning, Petua Elak Bayi Demam Kuning Selepas Lahir, Makanan Elak Anak Demam Kuning, Cara Elak Demam Kuning, Bayi Jaundis, Cara Mencegah Bayi Sakit Kuning, Demam Kuning Bayi Pramatang, Punca Demam Kuning Terjadi, Jenis-jenis Demam Kuning, Rawatan Fototerapi Atasi Demam Kuning

BUAH MANJAKANI TERHASIL DARIPADA POKOK MEMPENING

Pokok Mempening merupakan sejenis genus tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lithocarpus, Quercus, dan Trigonobalanus.

BUAH MANJAKANI TERHASIL DARIPADA POKOK MEMPENING

Pokok Mempening merupakan dari mana buah manjakani dituai. Buah manjakani merupakan hasil dari tidakbalas pokok terhadap serangan sejenis tebuan (Cynips gallae tinctoria). Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas, apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil.

Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani. Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli. Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering. Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.

BUAH MANJAKANI TERHASIL DARIPADA POKOK MEMPENING
Pokok Mempening ( Lithocarpus edulis, Jepun )
Pokok manjakani boleh ditemui di hutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan. Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok Mempening.

Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekitar 1.8 meter. Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang, licin, berbentuk bulat dan berwarna hijau muda. [ sumber ]


KESIMPULAN

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid. Biji manjakani terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo, Syria.


TAGS :

Kelebihan Buah Manjakani, Rahsia Buah Manjakani, Kebaikan Buah Manjakani, Manfaat Buah Manjakani, Buah Manjakani Ubatan Tradisional, Lithocarpus, Tebuan Cynips Gallae Tinctoria, Quercus, Trigonobalanus, Buah Manjakani Daripada Pokok Mempening, 

Hadis Mengenai Iblis Laknatullah
Sekadar Gambar Hiasan
Mungkin ramai dikalangan kita yang keliru dan tidak dapat membezakan di antara tiga makhluk Allah S.W.T iaitu Iblis, Syaitan dan Jin. Ada sebahagian daripada kita mungkin menganggap ketiga-tiganya adalah sama saja tidak ada perbezaan.

Untuk membahaskan dengan jelas marilah kita merujuk kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. supaya kita lebih mengenali mereka dan dapat menjauhkan diri daripada hasutan dan bisikan makhluk yang jahat ini.

AYAT AL-QURAN & HADIS MENGENAI IBLIS LAKNATULLAH

Iblis menurut bahasa arab berasal dari kata " ablasa – yublisu – ilbisan " yang bererti putus asa, kecewa atau berdukacita. Iblis menurut Al Quran adalah salah satu dari golongan jin yang ingkar terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam as.

Allah berfirman maksudnya :
”Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam a.s) diwaktu Aku menyuruhmu?” lblis menjawab : ”Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”
(Surah al A’raf ayat 12)

Sedangkan Iblis adalah makhluk derhaka yang jenisnya adalah daripada kalangan jin, bukan jenis manusia. Al-Quran Al-Karim secara tegas menyebutkan bahawa Iblis itu adalah dari jenis jin.

Firman Allah S.W.T. yang maksudnya :
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim."
(Surah al-Kahf ayat 50)

Jadi bolehlah disebutkan bahawa Iblis itu adalah makhluk yang sebangsa dengan jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah S.W.T, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mahu diperintahkan untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. iaitu manusia pertama.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat maksudnya :
"Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir".
(Surah al-Baqarah ayat 34)

Motivasi yang menghalangi Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah rasa kesombongan dan tinggi diri. Dia merasa dirinya jauh lebih baik dari Nabi Adam.

Allah berfirman maksudnya :
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku menyuruhmu?" Jawab Iblis "Saya lebih baik daripadanya : Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
( Surah al-A'raf ayat 12 )

Ciri yang paling utama bagi Iblis adalah dia tidak akan mati sehingga tibanya hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah S.W.T
"Iblis menjawab: 'Beri tangguhlah saya sehingga waktu mereka dibangkitkan'. Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."
(Surah al-A'raf ayat 14-15 )
"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya ".
(Surah Shaad ayat 79-81 )

Jadi Iblis adalah nama seorang jin yang hidup di masa penciptaan Adam a.s (nama asalnya Azazil dan dipanggil Iblis apabila dia enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.)

Dalam Tafsir Ibnu Katsir, dikisahkan bahawa Azazil adalah nama awal Iblis... makhluk yang awal mula menjadikan Adam dan Hawa tergelincir dari jalannya... (Kisah tergelincirnya Adam dan Hawa muncul dalam kitab Al Quran, Taurat dan Injil)

Azazil dikisahkan sebagai makhluk Allah yang paling banyak ibadah serta paling luas pengetahuannya, tafsir at-Tabari juga menyatakan hal yang sama yakni Azazil adalah makhluk yang paling rajin dan berdedikasi, suatu wujud yang dikenal kerana pandangan dan pengajarannya. Ibadah dan pengetahuannya mengalahkan makhluk lainnya termasuk para malaikat.

Hanya saja dalam melaksanakan ibadahnya, Azazil tidak memiliki kesedaran bahawa Allah lah yang memberi kekuatan kepada seorang hamba untuk beribadah kepadaNya. Hal tersebut memunculkan rasa sombong dalam diri Azazil dan yang merasa paling berhak menduduki maqam tertinggi makhluk. Kesombongan itu Azazil memebuatkan ia menolak perintah Allah. Kesombongan yang muncul kerana melihat penciptaan dari api itu lebih baik dan lebih mulia dari tanah liat (sebagai bahan dalam penciptaan Adam a.s).

Dan tatkala Allah menciptakan Adam dari segumpal tanah, lalu Allah memerintahkan seluruh makhluk untuk tunduk menghormati Adam, maka tunduklah segala makhluk menuruti perintah Allah kecuali Azazil. Azazil merasa maruahnya tercabar kerana menyangka dirinya yang dicipta dari api lebih mulia dari Adam yang dicipta dari tanah. Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis.
“Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”
( Surah Al-A’raaf Ayat 13  )

Iblis memohon kepada Allah S.W.T. supaya dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat, ternyata Allah S.W.T. menerimanya permintaannya itu kerana ada hikmahnya. Iblis mula membuat strategi bagaimana caranya menjerumuskan Adam. Dia begitu benci dan dendam kepada Adam kerana dia merasa Adamlah yang menyebabkannya dibuang dari syurga. Adam jugalah yang menyebabkannya dirinya menjadi hina. Kononnya disebabkan Adam dia tidak mendapat nikmat lagi dan dijauhkan dari rahmat Allah S.W.T.

Kerana geramnya melihat Adam, dia berjanji kepada Allah akan menggoda dan menyesatkan Adam bersama anak cucunya, sesuai dengan Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“Iblis menjawab 'Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan menghalang-halangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat).”
(Surah Al-A’raaf ayat 16-17 )

Iblis telah berkahwin dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya, lalu mereka dianugerahkan keturunan. Keturunan yang berasal Iblis inilah yang disebut syaitan. Iblis mempunyai kerajaan yang besar dan mengandungi menteri-menteri, pemerintahan, dan pejabat-pejabat yang besar.

Iblis boleh wujud menyerupai manusia ketika beliau mendatangi kaum musyrikin dalam bentuk Suraqah bin Malik kala mereka hendak pergi menuju Peperangan Badar. Mereka dapat berubah-ubah dalam bentuk yang banyak, seperti anjing hitam atau juga kucing hitam. Kerana warna hitam itu lebih signifikan bagi kekuatan Iblis atau syaitan dan mempunyai kekuatan panas.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa,
" Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur. "


KESIMPULAN
Iblis berumur panjang dan dia tidak akan mati sehinggalah hari kiamat. Iblis adalah nenek moyang syaitan yang juga punya keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada diantara keturunannya itu yang mati. Barangkali usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan mati juga. Kecuali nenek moyang mereka iaitu Iblis.


TAGS :

Ayat Al-Quran Mengenai Iblis, Hadis Mengenai Iblis, Iblis Menyerupai Kucing Hitam, Iblis Menyerupai Anjing Hitam, Iblis Menyerupai Suraqah bin Malik, Iblis Muncul Dalam Perang Badar, Sifat-sifat Iblis, Keturunan Iblis, Nama Anak-anak Iblis, Kerajaan Pemerintahan Iblis, Siapakah Iblis Sebenarnya, Azazil Nama Asal Iblis, Azazil Adalah Ketua Malaikat

IKAN PALING BERBAHAYA & MEMBUNUH
Jika anda seorang yang meminati aktiviti memancing, anda mungkin lebih mengetahui mengenai pelbagai jenis spesis ikan yang terdapat di dalam laut dan sungai. Biasanya, kebanyakan daripada kita hanya mengetahui spesis ikan yang kita makan dalam kehidupan seharian sahaja, tidak lebih daripada itu.

Terdapat lebih daripada 31,900 spesies ikan, menjadikannya antara kelas vertebrata terbesar dalam kepelbagaian spesies Ikan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori utama:
  1.     ikan bertulang keras (29,000 spesies)
  2.     ikan bertulang rawan (970 spesies)
  3.     ikan tanpa rahang (108 spesies)
Dan di antara spesis ikan ini, terdapat ikan yang sangat berbahaya dan berpotensi membunuh, antaranya adalah ikan jerung. Masih terdapat banyak lagi jenis ikan yang sangat berbahaya di dalam laut yang tidak kita ketahui.

7 JENIS IKAN PALING BERBAHAYA & MEMBUNUH

Kali ini kami ingin berkongsi mengenai 7 spesis ikan yang paling berbahaya di dalam lautan dan sungai.

1. PIRANHA

Ikan yang sememangnya diketahui seluruk pelusuk dunia mengenai keganasannya iaitu ikan Piranha. Tiada siapa yang boleh menyangkal kedudukan ikan ini untuk berada di tangga pertama ikan paling berbahaya di dunia.

Spesies Ikan Paling Bahaya Di Dunia

Mempunyai di antara 40 hingga 60 spesis. Walaupun bertubuh kecil sebesar tapak tangan, dengan gigi yang sangat tajam, rahang yang sangat kuat serta pergerakan yang terlalu pantas, 300 ekor Piranha boleh melenyapkan segala isi pada tubuh manusia seberat 80 kilogram hanya dalam masa 5 minit. Boleh dijumpai dalam sungai air tawar di sekitar sungai Amerika Selatan seperti Amazon, Bolivia, Colombia dan banyak lagi.

2. THE GOLIATH TIGERFISH

Ikan ini mempunyai rahang menyerupai buaya dan sangat kuat serta boleh mencapai satu setengah merta dengan berat 54 kilogram.

Spesies Ikan Paling Bahaya Di Dunia

Jika dilihat pada rupanya sahaja anda sudah boleh tahu akan bahayanya ikan ini, dan namanya diberi gelaran "tiger" kerana ikan ini merupakan spesis yang sangat ganas dan menakutkan. Merupakan jenis terbesar dalam keluarga tigerfish. Walaupun sangat berbahaya tetapi ia amat jarang dijumpai membuatkan ia tidak berada di nombor satu senarai ini.

3. BARRACUDA

Ikan yang bertaring sangat tajam dan boleh membesar sepanjang 45 sentimeter ini biasanya dijumpai di laut tropika terutamanya Laut Carribean.

Spesies Ikan Paling Bahaya Di Dunia

Tergolong dalam karnivor laut dalam, apa yang membuatkan ikan ini bahaya adalah kebolehannya untuk memecut dengan kelajuan 90 kilometer sejam dengan hanya menggerakkan ekornya dan memangsa haiwan laut lain dengan pantas. Ia masih berbahaya kepada manusia dan akan menyerang manusia walaupun tidak masuk dalam pemakanan haiwan berbahaya ini.

4. ANGLERFISH

Spesis yang biasanya dijumpai di laut dalam Atlantik dan Antartik ini bukan sahaja antara ikan yang paling berbahaya di dunia tetapi juga paling hodoh di dunia. Namanya "angler fish" digelar oleh kerana cara ikan ini yang amat bijak untuk mengumpan mangsanya dengan menarik perhatian mereka oleh cahaya yang dipancarkan daripada bahagian atas kepalanya.

Spesies Ikan Paling Bahaya Di Dunia

Ia mempunyai kebolehan untuk membuka mulutnya dengan besar untuk memakan haiwan lain yang lebih besar daripadanya. Walaupun merbahaya di lautan, ia amat digemari oleh orang Korea dan Jepun dalam hidangan makanan mereka.

5. STONEFISH

Merupakan sejenis ikan yang agak pemalu, namun antara yang paling beracun di dunia. Biasanya hidup di laut Pasifik dan laut India, ia mendapat namanya disebabkan rupa bentuknya yang menyerupai batu.

Spesies Ikan Paling Bahaya Di Dunia

Sirip-siripnya yang berduri mempunyai racun yang sangat kuat dan boleh membunuh manusia yang menyentuhnya. Apa yang lebih bahaya adalah rupanya yang sukar untuk dilihat itu membuatkan anda boleh terpijak haiwan ini dan menyebabkan anda disengat.

6. VIPERFISH

Sekali pandang pun memang dah nampak keganasan dan bahaya pada ikan ini, namun memang sukar untuk ditemui kerana ia biasanya tinggal di kawasan yang sangat dalam sedalam 2800 meter.

Spesies Ikan Paling Bahaya Di Dunia

Walaupun bersaiz kecil, maksima 30 sentimeter namun ia amat berbahaya dan agresif kerana rahangnya mempunyai taring yang sangat tajam. Menurut saintis, ia merupakan satu daripada empat populasi hidupan laut. Jika anda berpeluang untuk berhadapan dengan ikan ini, risiko untuk anda diserang adalah sangat tinggi.

7. BLOWFISH ( IKAN BUNTAL )

Kebanyakan daripada kita mengenali ikan ini. Ikan yang bukan sahaja dijumpai di perairan tropika dan subtropika tetapi juga air tawar dan paya, merupakan karnivor.

Spesies Ikan Paling Bahaya Di Dunia

Ciri pertahanan diri yang ada pada ikan buntal daripada pemangsa adalah keupayaan untuk mengembangkan badan, dan ini dapat menakutkan ikan lain. Dipercayai merupakan vertebrata kedua paling beracun di dunia selepas katak racun emas.

KESIMPULAN

Walaupun kelihatan comel, kulit dan juga duri-duri ikan BUNTAL mengandungi racun 1200 kali ganda daripada cyanide ketika mengembang yang boleh membunuh sehingga 30 manusia, membuatkan ia antara ikan paling berbahaya di dunia.


TAGS :

Ikan Paling Berbahaya, Ikan Paling Menakutkan, Ikan Boleh Membunuh Manusia, Ikan Paling Beracun, Ikan Lautan Dalam, Ikan Paling Hodoh, Ikan Yang Paling Bijak, Ikan Paling Pantas, Ikan Yang Ganas, Ikan Yang Jarang Dijumpai, Ikan Bergigi Tajam,

Fakta Mengenai Syaitan

Syaitan atau juga Setan, (Arab: شيطان, Shaitan; Ibrani Piawai: שָׂטָן, Satan; Ibrani Tiberia Śāṭān; Greek Koine: Σατανάς, Parsi: اهریمن, Satanás; Aramia: סטנא, Saṭänä; Ge'ez: ሳይጣን Sāyṭān, Turki: Şeytan), merupakan kata sifat bagi menunjukkan sesuatu perkara yang jahat dan buruk. Syaitan di dalam bahasa arab, bermaksud 'Penuduh (The Accuser), Speculator (Pembuat Andaian/Spekulasi)'.

Syaitan terbahagi kepada dua iaitu
  1. Syaitan Jin
  2. Syaitan Manusia

18 FAKTA MENGENAI SYAITAN

Kali ini saya akan kongsikan sedikit sebanyak fakta mengenai syaitan yang mungkin anda belum tahu atau sedar.

1. Muncung/Paruh Syaitan Membuatkan Manusia Lalai Mengingati Allah

Sabda Rasullullah SAW:
"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya"
(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

2. Syaitan Menangis

Sabda Rasullullah SAW:
"Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah, lalu ia sujud, nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka"
(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)

3. Kencing Syaitan

Dari Ibnu Masud dia berkata:
Diceritakan ( Allah ) kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi), sabda Baginda SAW :
"Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

4. Syaitan Tertawa ( Ketawa )

Sabda Rasullullah SAW:
"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sebaik mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

5. Rambut & Janggut Syaitan Adalah Kusut

Dari Atha bin Yasr dia berkata:
Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya mengemaskan (meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu pun melakukannya, kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda:
"Bukankah ini lebih baik daripada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."
(Hadis Riwayat Malik)

6. Syaitan Menyilangkan( mematah-matahkan ) Jari Tangan

Sabda Rasullullah SAW:
"Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan (mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seseorang daripada tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid (mosque) sehingga ia keluar darinya."
(Hadis Riwayat Ahmad)

7. Syaitan Masuk Ke Dalam Aliran Darah Manusia

Sabda Rasullullah SAW bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia melalui saluran darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)

8. Syaitan Takut Pada Orang Yang Solat Berjemaah

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjemaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"
(Hadis Riwayat Abu Daud)

9. Hentakan Kaki Syaitan Menyebabkan Wanita Istihadhah (mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat)

Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya (darah istihadhah), lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.
Rasullullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Syaitan Menghadang di Saf Solat


Sabda Rasullullah:
"Apabila salah seorang kamu solat (sembahyang dengan memakai batas (Sutroh)(penghadang), lalu ada orang yang melintas dihadapannya ( dalam kawasan solat,  dibawah penghadang hendaklah ia menghalanginya. Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga, melintasi dengan sengaja berulang kali ) maka boleh orang itu diperangi (usir atau dibunuh), kerana dia itu tidak lain adalah syaitan".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

11. Rasullullah SAW Menangkap dan Mencekik Syaitan

Ketika Nabi SAW akan melakukan solat, lalu datang kepadanya syaitan hendak menganggu solat Baginda, Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya (syaitan itu) lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi).
(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

12. Syaitan Terkentut
"Apabila diseru untuk melakukan solat (laungan azan), maka berundurlah syaitan sambil terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan, maka selesai azan ia kembali lagi. Dan apabila akan berdiri solat (laungan iqamah), ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah, ia datang kembali"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)

13. Syaitan Menyelit Disaf Solat Yang Renggang

Sabda Rasullullah SAW:
"Luruskan saf-safmu, rapatkan bahu-bahumu (dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana sesungguhnya syaitan masuk (menyelitkan diri) pada celah-celahmu, bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

14. Syaitan Menghalang Seseorang Daripada Khusyuk Dalam Solat (menyempurnakan sembahyangnya)

18 Fakta Mengenai Syaitan Yang Patut Anda Tahu

Dari Aisyah berkata:
Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat (melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu) maka sabda Nabi Muhammad SAW:
"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)"
(Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)
Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:
"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya, lalu syaitan mengingatkan kepadanya, keperluan begini dan begitu. Maka janganlah ia menurutinya. Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya, maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya, maka janganlah diikutinya (mempercayainya)".
(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

15. Mimpi Buruk Daripada Syaitan

Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tiga kali dan hendaklah membaca:
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:
"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam"
Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah).


16. Syaitan Mencelak Mata

Syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.


17. Syaitan Mengincu Bibir


Syaitan akan mengincu bibir para pendengar ceramah supaya berbual-bual dengan temannya dan mengeluarkan kata-kata kesat ( tidak sepatutnya ).


18. Syaitan Mengetuk Para Pendengar Ceramah DenganTongkatnya 


Supaya mereka membuat bising dan tidak dapat duduk diam, disamping membuat kacau dan kekalutan.

Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar. Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan ('syaitan' - Maksud Arab - The Accuser/Penuduh).


KESIMPULAN
Untuk mengetahui sesuatu itu datang dari syaitan atau pun tidak, seseorang akan mendengar dari dalam dirinya sebuah tuduhan/spekulasi tentang sama ada tentang amalannya, hatinya, kejadian atau pun amalan jirannya terhadap dia atau orang lain. Sama ada tuduhan/spekulasi itu benar atau tidak, ianya datang dari syaitan tanpa dia juga mengetahuinya. Tangkislah dengan solat yang banyak dan khusyuk.

TAGS :

Fakta Mengenai Syaitan, Fakta Mengenai Iblis, Fakta Mengenai Jin, Cara Iblis Menghasut Manusia, Cara Syaitan Menghasut Manusia, Bilangan Anak-anak Iblis, Perbezaan Iblis dan Syaitan, Tugas Jahat Anak-anak Iblis, Syaitan jin, Syaitan Manusia

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget