January 2017



Ikan yang segar pasti akan membuatkan apa sahaja masakan anda terasa lebih sedap dan penuh berkhasiat. Manakala ikan yang busuk pula mungkin akan menyebabkan selera makan anda dan keluarga terbantut dan yang lebih teruk lagi jika anda sekeluarga sakit perut selepas memakannya.

Jadilah pengguna dan pembeli yang berpengetahuan supaya anda dapat memastikan kesihatan anda dan ahli keluarga terjamin disamping dapat merasa kesedapan isi ikan yang baru ditangkap.

PERBEZAAN IKAN SEGAR & IKAN YANG TELAH BUSUK

Semoga tips di bawah ini berguna untuk anda.

TANDA-TANDA & CIRI-CIRI IKAN SEGAR

  1. Warna kulit terang dan cerah
  2. Daging ikan terasa keras apabila ditekan
  3. Mata jernih ikan menonjol dan cembung
  4. Sisik ikan segar masih kuat melekat dan berkilat
  5. Insang berwarna merah
  6. Sirip masih lagi kuat
  7. Kulit dan daging ikan tidak mudah robek atau pecah terutama di bahagian perut
  8. Tidak berbau busuk

TANDA-TANDA & CIRI-CIRI IKAN YANG SUDAH BUSUK

  1. Mata suram dan tenggelam
  2. Sisik banyak yang tertanggal dan pudar warnanya
  3. Warna kulit pudar dan banyak lendir tebal
  4. Insang berwarna kelabu dan berlendir tebal
  5. Dinding perut lembik dan pecah-pecah
  6. Berbau busuk



KESIMPULAN
Sebenarnya banyak lagi perbezaan yang boleh kita lihat diantara ikan yang betul-betul segar dan juga ikan yang telah busuk. Tetapi, cukuplah rasanya tips yang saya kongsikan di atas. Semoga ianya dapat membantu anda membuat pilihan yang betul dalam membeli ikan segar.

Selamat mencuba.

CARA MEMILIH IKAN SEGAR DI PASAR

Tahukah anda, ikan yang kurang segar boleh menyebabkan apa sahaja yang kita masak terasa kurang sedap. Kemungkinan besar anda dan keluarga mungkin akan terkena penyakit bawaan ikan kerana ikan yang kurang segar juga berkemungkinan tidak lagi bersih dan sihat serta berbau busuk yang disebabkan oleh bakteria di dalam perut.

4 CARA MEMILIH IKAN SEGAR DI PASAR

Jadi, kali ini saya akan kongsikan sedikit tips dan petua yang sangat berguna untuk anda atau keluarga dalam memilih atau membeli ikan segar di pasar.

Tips Berguna Memilih Ikan Segar Di Pasar

1. INSANG IKAN
Tengok insang ikan dan pastikan ianya masi merah serta berlendir. Kalau ia berwarna kekelabuan, bermakna ianya sudah lama dibekukan.

2. PERUT IKAN
Cuba tekan betul-betul di kawasan perut ikan secara perlahan-lahan. Rasa betul-betul. Kalau perutnya lembik, jangan beli kerana ianya ikan yang telah disimpan lama.

3. MATA IKAN
Pastikan mata ikan jernih atau kebiruan dan masih berlendir. Itu baru ikan yang betul-betul segar. Jangan beli ikan yang matanya sudah kemerahan.

4. ISI IKAN
Cuba tekan sedikit dengan jari anda. Pastikan isi ikan tersebut masih lagi pejal dan tidak lembik.



KESIMPULAN : Bukan susah untuk memilih atau membeli ikan yang segar di pasar. Semoga info di atas bermanfaat untuk anda semua.

Selamat mencuba.

Hukum Memakai Gelang Kaki Tanpa Loceng

Soalan: 
Salam ustaz, adakah haram memakai gelang kaki tapi tidak ada loceng? Bagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng? Mohon penjelasan terperinci dari ustaz.

Jawapan: 
Bila termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini, memang kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang saya lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini.

Alasan mereka Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik. Paling malang lagi, mereka mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang singkat tanpa menjelaskan secara terperinci pakaian yang dikehendaki oleh Islam. Di kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng.

HUKUM PAKAI GELANG KAKI TANPA LOCENG

Hukum Memakai Gelang Kaki Tanpa Loceng

Firman Allah yang bermaksud :
        “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)
Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerana ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya.

Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi.

Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :
        “Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)
Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya.

Semuanya bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik.

Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya.


ULASAN : Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stokin atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa. – ustaznoramin 

TAGS :

Hukum Memakai Gelang Kaki, Hukum Memakai Gelang Kaki Tanpa Loceng, Gelang Kaki Berloceng, Gelang Kaki Tanpa Loceng, Anda Tanya Ustaz Jawab, Hukum Memakai Gelang Tangan, Hukum Memakai Gelang Tangan Tanpa Loceng, Hukum Memakai Gelang Tangan Berloceng, Hukum Memakai Gelang Kaki Berloceng, Gelang Tangan Berloceng, Gelang Tangan Tanpa Loceng,

Kupu-kupu Berwajah Manusia

Seperti yang kita tahu terdapat perbezaan di antara rama-rama-dan kupu-kupu. Rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu dan melakukan aktiviti pada waktu siang. Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan atau lampu dan bergerak pada waktu malam. Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk mengekalkan suhu badan malah sayapnya terlipat tegak semasa berehat. Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat.

Namun pernahkah kita melihat kupu-kupu berwajah manusia? Ia satu perkara yang sangat pelik. Jom lihat gambar di bawah ini.

KUPU-KUPU BERWAJAH MANUSIA

Penemuan ini berlaku di negara Indonesia. Serangga yang mempunyai wajah manusia di atas kepalanya ini telah ditemui oleh Nafiah 55 tahun. Nafiah menceritakan,pada ketika itu dia sedang bermain dengan cucunya. Tiba-tiba dia telihat ada haiwan yang hinggap di dinding bilik. Rasa seperti teruja, kemudian memanggil anaknya, Sutrisno (33), dan meminta untuk menangkap kupu-kupu tersebut.

Setelah diperhatikan betul-betul, ternyata sayapnya membentuk sebuah wajah manusia. Kupu-kupu tersebut merupakan sebuah kupu-kupu besar. Dua bola mata terbentuk di atas, sedangkan bawahnya ada goresan garis hitam yang membentuk semacam kumis. Corak lain membentuk bangun segitiga yang menyerupai hidung. Dan dibawahnya ada selarik garis putih yang pada corak tersebut seperti sebuah bibir yang tersenyum dengan deretan gigi berwarna putih.


ULASAN : Walaupun tidaklah mempunyai persamaan sehingga 100% tentang persamaan wajah manusia, sedikit sebanyak ia memberikan satu gambaran yang unik. Kupu-kupu ini bagaimanapun mendapat perhatian penduduk di sana. Apa yang perlu kita tahu adalah, semua ini adalah ciptaan Allah SWT.

Ikan Berkepala Babi

IKAN BERKEPALA KHINZIR

Memang sangat pelik bila melihat babi berbadan ikan yang dipercayai telah ditemui di Palembang.

Mana mungkin Ikan dengan Babi boleh mengawan?

Semua yang terjadi atas izin dan kekuasaan Allah. MashaAllah !

Ikan Berkepala Babi


ULASAN: Apa pendapat anda selepas melihat gambar ini? Adakah gambar ini palsu? Jika palsu, sila nyatakan pada kami supaya kami dapat padam post ini. Terima kasih..

CARA BERKESAN MENGHALAU CICAK DARIPADA MEMASUKI RUMAH

Kewujudan cicak di rumah seringkali membuat kita jijik dan kesal kerana tahi cicak yang sering mencemarkan rumah, cicak boleh suka menghampiri makanan dan minuman kita . Lalu macam mana nak menghalau cicak dari  dalam rumah atau bilik kita dan membuat cicak tidak balik lagi ke dalam rumah?

8 CARA BERKESAN MENGHALAU CICAK DARIPADA MEMASUKI RUMAH

Anda boleh gunakan cara yang saya nyatakan di bawah ini.

8 Petua Berkesan Menghalau Cicak Dalam Rumah

1. SERBUK KOPI
Letak sedikit serbuk kopi ke dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaulkan. Ambil pencunkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian letakkan serbuk yang telah digaulkan tadi. Letak di tempat yan sering dimasuki oleh cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati apabila memakan serbuk tersebut.

2. LADA HITAM

Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air serta masukkan kesemua bahan tersebut dalam bekas spray. Sembur pada dinding, tingkap dan pintu untuk mengelakkan cicak daripada masuk atau merayap ke dalam rumah anda. Cicak tidak tahan dengan rasa atau bauan yang pedas.

3. SOS TABASCO
Campurkan air bersama sedikit sos Tabasco dan masukkannya ke dalam botol spray. Sembur bahan tersebut ke belakang almari, rak atau tempat tertutup. Baunya yang tajam akan membuatkan cicak tidak akan berani datang ke tempat semburan itu.

4. BULU AYAM
Cicak secara semulajadinya memang sangat takutkan bulu ayam. Gantung atau letak bulu ayam di sekitar rumah anda. Secara tidak langsung, cicak tidak akan berani mendekati tempat tersebut.

5. KULIT TELUR
Cicak tidak suka bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong seperti tepi tinka atau pintu untuk mengelakkan daripada dimasuki cicak. Jangan lupa untuk gantikan dengan yang baru selepas 2 minggu digunakan ye.

6. BAWANG PUTIH/MERAH
Cicak sangat bencikan bau bawang putih atau merah. Gantung atau letakkan di tempat yang selalu cicak muncul. Anda juga boleh kisarkan bawang dengan sedikit air untuk dijadikan air semburan spray.

7. PLY PAPER
Letakkan ply paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding. Apabila cicak melaluinya, ia akan melekat pada ply paper tersebut. Jadi, dengan mudah anda dapat membuang cicak-cicak yang melekat.

8. PERANGKAP TIKUS
Ramai yang tidak tahu bahawa, perangkap tikus juga boleh digunakan untuk menangkap cicak. Kalau anda tidak percaya, cuba gunakannya dan lihat hasilnya nanti.


KESIMPULAN
Anda haruslah memastikan keadaan rumah anda bersih supaya tiada saki baki sisa makan di dapur ataupun lantai yang boleh menarik perhatian serangga mengerumuninya sekaligus menarik perhatian cicak untuk datang. Pastikan juga pinggan mangkuk yang telah digunakan dicuci dengan segera.

Semoga petua dan tips di atas berguna untuk anda dan keluarga. Selamat mencuba.

MISTERI BUNGKUSAN KAIN BERDARAH

Siapa yang tidak terkejut apabila menemui satu bungkusan kain berdarah di kawasan semak. Penemuan ini ditemui oleh orang awam yang melalui di kawasan tersebut. Sejurus selepas itu, mereka telah menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun misteri kain berdarah itu terjawab apabila ia dibuka.

Persoalannya, apakah dalam bungkusan tersebut?

MISTERI BUNGKUSAN KAIN BERDARAH

MARANG – Orang ramai yang menggunakan laluan di bahagian belakang bangunan sebuah gelanggang futsal dekat sebuah kedai jahit di Pekan Bukit Payung di sini, terkejut apabila menemui bungkusan kain di kawasan semak, yang disangka janin bayi, kelmarin.Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, salah seorang daripada mereka yang enggan namanya dikenali berkata, mereka merasa curiga selepas melihat bungkusan kain berlumuran darah dan dihurung lalat, dibuang di kawasan semak di situ.
“Kami tidak memeriksa bungkusan berkenaan, sebaliknya ada individu di sini menghubungi rakan mereka yang menjalankan tugas rondaan bersama pihak polis bagi membuat pemeriksaan isi kandungan sebenar terdapat dalam bungkusan kain itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Setelah membuat panggilan, dua anggota polis dari Balai Polis Bukit Payung di sini bersama beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah dan Rela daerah tiba di lokasi kejadian.

Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila pasukan rondaan yang tiba di lokasi kejadian membuat pemeriksaan kemudiannya mengesahkan isi kandungan dalam bungkusan kain adalah bangkai kucing dan bukannya janin bayi seperti disangka.


ULASAN : Alhamdulillah, nasib baik itu bukan janin bayi.

WANITA BERSUAMIKAN 5 BERADIK

Ini adalah kisah benar yang berlaku di negara India. Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah.

WANITA BERSUAMIKAN 5 BERADIK

New Delhi: Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.

Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

TIDAK TAHU BAPA SEBENAR KEPADA ANAKNYA


Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata:
“Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.”
Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata:
“Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.
Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri:
“Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”


ULASAN : Ada sesiapa tak nak cuba tradisi di atas? Hahaha. Dan bagaimana anda ingin mengetahui siapa kepada anak anda nanti?

RAHSIA KAMBING BERHARGA RM640,000

Di Malaysia ibadah korban lebih sinonim kepada haiwan seperti lembu, dan kambing. Namun pada kali ini kita akan bercerita tentang seekor kambing yang mempunyai nilai mencecah RM640 ribu.

Tetapi mengapa ia terlalu mahal. Apa yang istimewanya tentang kambing ini?

KENAPA KAMBING INI BERHARGA RM640,000?

Slam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha. Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.

Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.
“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.
“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.
Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.
“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.
Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.

Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.

Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.
“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam.


ULASAN - Subhanallah! Betapa hebatnya kuasa Allah. Kalimah Allah jelas tertera di bahagian badan kambing tersebut. Namun janganlah kita terlalu taksub seolah-olah ia seekor kambing yang ajaib. Itu adalah tanda kekuasaan Allah. Semoga dengan peristiwa ini mampu memberikan kita gambaran tentang tanda-tanda kebesaran Allah. Ingat, jika ada tanda kalimah ataupun tidak, ia tetap ciptaan Allah SWT.

CARA PENGHASILAN STEVIA

Sejak akhir-akhir ini banyak produk Stevia dipasarkan di pasaran. Sasaran utama golongan peniaga Stevia ini ialah pesakit kencing manis dan penyakit kronik lain. Bukti terbaru menunjukkan Stevia diproses dengan 'methyl-alcohol' dan bahan toksik lain.

Sememangnya Stevia adalah daun hijau tetapi kebanyakkan produk Stevia di pasaran adalah dalam bentuk serbuk atau cecair BUKAN asalnya daripada daun hijau Stevia. Produk Stevia yang anda gunakan sekarang adalah ekstrak Stevia yang telah dicampur dengan pelbagai bahan kimia, peluntur warna dan seterusnya dipasarkan sebagai makanan "kesihatan". Daun hijau Stevia mempunyai rasa manis 40 kali ganda lebih dari gula putih. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kesan selepas rasa manis yang sangat pahit.

CARA PENGHASILAN STEVIA

Produk STEVIA - Pemanis Semulajadi Atau Racun

Stevia yang diproses tidak mempunyai kesan selepas rasa manis ini. Pelbagai bahan kimia antaranya GMO Maltodextrine, GMO gula tebu, GMO Erythritol dan lain-lain ditambah untuk menghilangkan kesan "aftertaste" ini. Stevia yang diproses ini mempunyai rasa manis hampir 350 kali ganda daripada gula putih. Anda hanya perlu setitis sahaja untuk maniskan secawan air atau sedikit makanan anda.

Pengguna Stevia menyangka mereka menggunakan bahan berasaskan daun Stevia, tetapi sebenarnya mereka tertipu dengan membeli bahan pemanis yang dimaniskan dengan pelbagai bahan GMO. Sebagai contoh GMO Erythritol adalah pemanis yang terhasil akibat fermentasi jagung yang dihasilkan melalui modifikasi genetik. "Stevia" yang anda gunakan ini adalah kombinasi bahan-bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya diambil untuk jangkamasa panjang. Kira-kira 85% stevia yang diproses ini dihasilkan di China.

Daun asli Stevia sangat kukuh. Sel daunnya sukar dimusnahkan dengan dididihkan dalam air atau dengan proses 'centrifuge'. Jadi untuk mengeluarkan ekstrak bahan pemanis dalam daun Stevia dan untuk menghilangkan kesan selepas rasa manis yang pahit, pengeluar produk ini menggunakan pelbagai bahan kimia supaya sasaran mereka tercapai. Antara bahan kimia itu ialah methanol, kerosene, alcohol, chlorine, asid, titanium dioksida, arsenik dan bahan-bahan kimia penstabil.

Sehingga kini terdapat lima cara dipatenkan di seluruh dunia untuk proses ekstrak daun Stevia. Kesemua cara yang dipatenkan tersebut menggunakan ALKOHOL. Jadi sebagai umat Islam, penggunaan produk Stevia dalam makanan kita juga diragukan mengandungi bahan haram ALKOHOL.

Jadi fahamlah kita bahawa di dalam botol cecair yang dilabelkan sebagai "Stevia Semulajadi", tidak ada satu bahan pun yang semulajadi. Semuanya bahan kimia. Sekiranya cecair itu berwarna hijau, warna hijau itupun adalah bahan kimia.

Manusia tidak boleh lari daripada PEMANIS. Lidah kita dicipta untuk merasai betapa sedapnya rasa manis ini. Islam menyediakan pemanis semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan kita iaitu MADU. Walaubagaimanapun, madu pada zaman ini diragui ketulenannya.

Pilihan pemanis yang paling sesuai kepada kita pada zaman ini selain madu ialah GULA KABUNG. Gula kabung atau 'coconut palm sugar' ialah pemanis yang sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan penyakit kronik lain. Ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Malangnya strategi pemasaran besar-besaran yang dijalankan oleh pengeluar Stevia menyebabkan gula kabung menjadi "asing" kepada kita. Kita lebih kenal kepada Stevia berbanding dengan gula kabung yang jauh lebih selamat dari Stevia. SUMBER


KESIMPULAN : Elakkan Stevia yang diproses selama-lamanya sekiranya anda pentingkan kesihatan anda. Artikel ini mungkin akan menimbulkan kontroversi. Jika perkara ini terjadi dan kenyataan di atas didapati bercanggah dengan perkara yang sebenar, pihak kami akan memadam artikel ini. Jika anda ada sebarang keraguan, boleh lihat sumber di atas atau tinggalkan ulasan dan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

GAMBAR TSUNAMI RIBUT PASIR DI KUWAIT

Kali ini di Kuwait sebuah fenomena alam yang sangat menyeramkan telah berlaku di sana. Kejadian ini berlaku seperti satu tsunami yang amat dasyat melibatkan gelombang pasir yang membentuk seperti ombak.

GAMBAR TSUNAMI RIBUT PASIR DI KUWAIT

Jom kita lihat gambar di bawah ini.

GAMBAR TSUNAMI RIBUT PASIR DI KUWAIT2

GAMBAR TSUNAMI RIBUT PASIR DI KUWAIT3

GAMBAR TSUNAMI RIBUT PASIR DI KUWAIT4

GAMBAR TSUNAMI RIBUT PASIR DI KUWAIT5

GAMBAR TSUNAMI RIBUT PASIR DI KUWAIT6

ULASAN - Cuba bayangkan jika ia berlaku di depan mata kita.. Allah. Semoga Allah jauhkan perkara-perkara seperti ini daripada kita. Boleh bayangkan betapa seramnya jika ia berlaku kerana ribut pasir satu perkara yang sangat berbahaya. Pasir boleh masuk mata, dan secara tidak langsung boleh menyebabkan sistem pernafasan kita akan mengundang masalah. Namun peristiwa ini menggambarkan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.

KISAH AINUL MARDHIAH
Gambar Hiasan

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan sunnah besar Nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat R.Hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah SAW bersabda
“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”
(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT.)
        Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
        QS. ar-Rahman (55) : 58
        Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
        QS. ar-Rahman (55) : 70
        (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
        QS. ar-Rahman (55) : 72
        Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang  menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
        QS. ar-Rahman (55) : 74

KISAH AINUL MARDHIAH - KETUA BIDADARI SYURGA

Siapakah Ainul Mardhiah - Ketua Bidadari Syurga
Gambar Hiasan

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada Nabi SAWkerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri, lalu di tanya sahabat ini,  di manakah beliau berada, lalu ada suara yang menjawab, inilah syurga.

Tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi SAW beritahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini ke sana. Di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu, tak pernah dilihat didunia ini, lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya,
"Andakah Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita), saya penjaganya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai lalu dia memberi salam dan di tanya lagi
"Andakah Ainul Mardiah? Lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.
Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi, dan tidak pernah di lihat di dunia, lalu wanita itu berkata,
"Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.
Apabila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, nanti kamu belum syahid lagi, tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi SAW di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada Nabi SAW. Nabi SAW menjawab benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.


ULASAN - Semoga kita tergolong dalam kalangan muslim/mukmin yang mati syahid di jalan Allah suatu hari nanti.. InsyaAllah.

TAGS :

Siapakah Ainul Mardhiah, Siapakah Ketua Bidadari Syurga, Ainul Mardhiah, Ketua Bidadari Syurga, Ciri-ciri Bidadari Syurga, Bidadari Syurga, Isteri Bidadari Untuk Suami, Kenapa Bidadari Diciptakan, Untuk Siapa Bidadari Diciptakan, Ainul Mardhiah Ketua Bidadari, Rupa Ainul Mardhiah, Rupa Bidadari Syurga, Kecantikan Ainul Mardhiah, Kecantikan Ketua Bidadari Syurga, Ainul Mardhiah Untuk Orang Mati Syahid

CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DIHIMPIT & DIHEMPAP KETIKA TIDUR

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan.
Kaedah Islam

Untuk pengatahuan anda juga, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّه
Ertinya : Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DIHIMPIT & DIHEMPAP KETIKA TIDUR

Petua Berkesan Mengelakkan Diri Daripada Ditindih Ketika Tidur

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan 
  1. Menyebut A’uzubillah
  2. Membaca Ayat Tiga Qul dan sebagainya
  3. Meludah ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), 
  4. Beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.
Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.



ULASAN : Diharap segala petua dan doa-doa yang saya kongsikan di atas dapat membantu anda semua menyelesaikan masalah gangguan syaitan semasa anda tidur atau daripada dihimpit, ditindih atau dihempap ketika tidur. Amalkan selalu, InsyaAllah anda akan dilindungi olehNya. Amin.

DIHEMPAP KETIKA TIDUR

Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.

DIHEMPAP KETIKA TIDUR - BAGAIMANA & KENAPA TERJADI?

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Penulis percaya, tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.

Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah:
“Betul ke bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”
Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.

ISTILAH SAINS

Ditindih Ketika Tidur - Bagaimana & Kenapa Boleh Terjadi

Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?

Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?

Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak

Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan. Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.


ULASAN : Sebab itu, sebagai Umat Islam, kita diharuskan membaca doa dan pendinding diri sebelum tidur. Kita juga tidak digalakkan untuk terlalu banyak berfikir sebelum tidur kerana perkara itu berkemungkinan besar akan menjadi mimpi ngeri kita. Kesimpulannya, hanya orang yang pernah dihimpit ketika tidur tahu akan kebenarannya, bukan?

KERETA KEMALANGAN AKIBAT POCONG MENJELMA SECARA TIBA-TIBA

Orang Melayu memang gemar menggelarkan hantu dengan beberapa nama antaranya seperti langsuir, pocong dan sebagainya. Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Janariah telah mengalami kemalangan kereta apabila dirinya mendakwa ternampak kelibat pocong. Kereta yang dipandunya terbabas lalu terhumban ke dalam parit. Mujurlah keadaan wanita ini selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

KERETA KEMALANGAN AKIBAT POCONG MENJELMA SECARA TIBA-TIBA

KUALA KURAU – Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam.

Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan.
“Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul tiba-tiba di atas jalan.
“Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.
Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit, dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya.

Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan.

Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit.
“Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah.
“Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap,” katanya.
Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung.
“Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun,” katanya.

ULASAN : Berhati-hatilah semasa memandu. Nasib baik semuanya selamat. Jika anda jenis yang mudah terkejut,  jangan memandu berseorangan. Bawalah kawan yang berani sebagai peneman. Semoga kejadian seperti ini tidak akan berlaku kepada anda dan orang yang anda sayangi. InsyaAllah.

TAGS :

Pocong Melintas, Pocong Muncul Di Kuala Kurau, Kereta Terbabas Gara-gara Pocong, Kemunculan Pocong Di Kuala Kurau, Hantu Pocong

AKIBAT TIDAK SOLAT, JENAZAH BERTUKAR MENJADI HITAM
Sekadar Gambar Hiasan

Berkhidmat dalam bidang menguruskan jenazah merupakan satu amalan yang mulia. Biarpun pekerjaan seperti ini, seperti satu yang menakutkan, ia merupakan satu tanggungjawab muslim kepada muslim yang lain. Seorang yang ditugaskan mengurus jenazah menceritakan detik pengalaman berhadapan dengan situasi terlihat wajah jenazah yang bertukar hitam. Ini bukan kisah seram untuk menakut-nakutkan kita, akan tetapi sebagai satu renungan buat kita semua.

AKIBAT TIDAK SOLAT, JENAZAH BERTUKAR MENJADI HITAM

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Balasan Tinggalkan Solat, Jenazah Menjadi Hitam Terbakar
Sekadar Gambar Hiasan

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
“Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya.
Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.
 “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata,
“Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi
"Apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,
“Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya.
“Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.


ULASAN : Inilah kuasa Allah. Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada orang ramai terutama Umat Islam yang masih tidka mahu mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.. InsyaAllah. :)

KENAPA DARAH MANUSIA AJAIB?

Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.

KENAPA DARAH MANUSIA AJAIB?

Berikut fakta mengagumkan tentang darah kita.

Fakta Menarik Tentang Darah Manusia

1). AIR MASAK
Apabila Gelas diisi air putih, dititiskan darah segar (manusia), maka air berubah menjadi merah kerana darah bercampur rata tanpa diaduk.
● Kesimpulan:
Air putih itu sangat baik untuk tubuh/darah kita.

2). AIR GARAM
Gelas diisi air garam, dititiskan darah segar, diaduk. Tetap tidak tercampur dengan baik/rata, terlihat darah menggumpal kecil-kecil dan kental.
● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan garam, darah jadi kental, menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah, jantung harus bekerja lebih keras mengepam,boleh mengakibat kan darah tinggi dan stroke.

3). MINYAK
Gelas diisi minyak, dititiskan darah. Tidak mau bercampur dan menggumpal besar.
● Kesimpulan:
Terlalu banyak makan makanan berminyak tidak baik, kolestrol menyumbat pembuluh darah yg mengalir ke jantung, menyebabkan penyakit jantung yang meninggikan risiko kematian kerana boleh tiba2 sesak nafas dan tidak dapat dibantu.

4). ALKOHOL
Gelas diisi alkohol, dititiskan darah. Terus bercampur, tapi lama2 darah berubah warna menjadi coklat, bererti darah menjadi rosak.
 ● Kesimpulan:
Alkohol itu sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia. Sebab itu Islam melarang umatnya meminum arak.


ULASAN : Mari kita sampaikan perkara yg baik walaupun satu ayat. Semoga bermanfaat untuk tubuh dengan menjaga pola makanan setiap hari.

Semoga bermanfaat.

10 AMALAN TERBALIK ORANG MELAYU

Masyarakat melayu adalah kaum yang paling ramai tinggal di Malaysia. Tetapi, kebanyakkan mereka hanya melayu pada nama kerana mereka hanya terikut-ikut budaya atau amalan masyarakat lain tanpa usul periksa. Saya tidak katakan amalan masyarakat lain adalah salah, apa yang saya ingin katakan ialah, sebagai orang Melayu yang beragama Islam, kita perlu tahu apa yang betul dan apa yang tidak patut seperti yang diajarkan oleh agama Islam.

10 AMALAN TERBALIK ORANG MELAYU

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:

10 Amalan Songsang & Pelik Masyarakat Melayu

1. KENDURI ARWAH
Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
        “Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”

        (Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. MAJLIS KAHWIN
Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. CARA BERPAKAIAN
Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. MENJADI TETAMU
Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. SOLAT SUNAT
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. DI BULAN PUASA
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. KENDURI SEBELUM MENUNAIKAN HAJI
Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. PERANAN IBU BAPA
Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. MENGEJAR REZEKI
Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. ISTERI BERHIAS
Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.


KESIMPULAN:
Apa yang saya katakan di atas semuanya perkara yang betul. Saya jamin, anda sendiri pasti pernah mengalami perkara yang sama kan? Tapi itulah hakikatnya, sepatutnya sebelum kita melakukan sesuatu, kita haruslah berfikir sama ada apa yang kita lakukan itu betul atau terbalik dari apa yang diajarkan oleh Rasul kita.

Semoga info di atas bermanfaat.

TAGS :

Amalan Songsang Masyrakat Melayu, Amalan Pelik Masyrakat Melayu, Amalan Terbalik Masyrakat Melayu, Kenduri Arwah Masyarakat Melayu, Solat Sunat Masyarakat Melayu, Cara Isteri Berhias Masyarakat Melayu, Cara Mencari Rezeki Masyarakat Melayu, Peranan Ibu Bapa Dalam Masyarakat Melayu, Kenduri Sebelum Menunaikan Haji, Bulan Puasa Masyarakat Melayu, Cara Berpakaian Masyarakat Melayu, Adab Tetamu Masyarakat Melayu, Majlis Kahwin Masyarakat Melayu,

KEBAIKKAN JIKA SUAMI TEMANKAN ISTERI BERSALIN

Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.

5 KEBAIKAN JIKA SUAMI TEMANKAN ISTERI BERSALIN

KEBAIKKAN JIKA SUAMI TEMANKAN ISTERI BERSALIN

1. MENGURANGKAN KESAKITAN ISTERI
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

2. MEREDAKAN DEBARAN DI HATI ISTERI
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

3. LEBIH MENGHARGA KELUARGA
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

4. LEBIH MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ISTERI
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. MENIMBULKAN KEINSAFAN DI HATI SUAMI
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.


Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu dengan cara:
  1. Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
  2. Memberi kata-kate semangat untuk isteri
  3. Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
  4. Mengelap muka isteri apabila berpeluh
  5. Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri


ULASAN : Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

GAMBAR PINTU GERBANG 'NERAKA' DI TURKI
Gambar Hiasan
Jika di China ada gerbang menuju ke syurga, di Turki pun ada pintu gerbang yang boleh membawa anda terus ke neraka. Penyelidik Itali mengumumkan bahawa sebuah gerbang ke neraka telah terbuka dari runtuhan di sebelah Barat Daya Turki.

GAMBAR PINTU GERBANG 'NERAKA' DI TURKI

Gerbang yang disebut Pluto Gate ini ditemui pada halaman terdahulu di bandar Phrygian, Hierapolis yang kini disebut Pamukkale.

GAMBAR PINTU GERBANG 'NERAKA' DI TURKI 1

"Pluto" berasal dari Plutonion dalam bahasa Yunani atau Plutonium dalam bahasa Latin. Pluto melambangkan gerbang menuju dunia bawah dalam tradisi dan mitos Greco-Roman.

"Bilik ini penuh dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pandangan. Semua haiwan yang melewati wap itu akan terus mati. Aku melemparkan burung pipit ke dalamnya, dan burung itu terus mati dan jatuh," tulis seorang ahli geografi Yunani Strabo.

Penemuan gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di Istanbul Turki, iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D'Andria profesor arkeologi klasik dari University of Salento.

"Kami mencari Plutonium setelah membina laluan ke sebuah sumber air. Ternyata mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini," ungkap D'Andria,

Di dalam gua tersebut penyelidik juga mendapati sisa-sisa kuil, kolam renang, siri prasasti yang dikhaskan untuk para dewa, Pluto dan Kore. Konon orang-orang hanya dibenarkan menonton ritual suci dari jauh kerana hanya para ketua keagamaan yang dibenarkan berdiri di depan portal.

GAMBAR PINTU GERBANG 'NERAKA' DI TURKI 2

Beberapa ritual yang dilakukan dalam gua ini adalah dengan membawa haiwan masuk dalam keadaan hidup, kemudian dikeluarkan mereka dalam keadaan mati. Asap dalam gua tersebut memang sangat mematikan, sehingga jika terlalu dekat, karbon dioksida akan membunuh semua makhluk hidup.

GAMBAR PINTU GERBANG 'NERAKA' DI TURKI 3

Dulu dipercayai bahawa hanya para kasim Cybele, dewi kesuburan kuno, yang mampu memasuki gerbang neraka tanpa mengalami luka atau mati. Mereka menahan nafas selama mungkin. Selain boleh menyebabkan kematian, wap yang muncul dari gua ini boleh menyebabkan halusinasi dalam skala kecil.

"Ini adalah penemuan yang luar biasa kerana menegaskan dan menjelaskan maklumat yang kita dapatkan dari sumber sastera sejarah kuno," jelas Alister Filippini, penyelidik sejarah Romawi di Universities of Palermo, Itali.


ULASAN : Sebagai Umat Islam, kita dilarang mempercayai perkara-perkara seperti ini kerana hanya Allah yang tahu bagaimana rupa Neraka dan Syurga yang sebenarnya. Kita hanya boleh melihat neraka atau syurga di akhirat nanti yang menjadi destinasi terakhir semua manusia. Artikel ini sekadar sebagai pengetahuan am.

PETUA GORENG AYAM SUPAYA RANGUP, SEDAP & TIDAK BERDARAH

Nampak macam mudah bukan. Tetapi tahukah anda bahawa goreng ayam pun ada teknik dan cara yang perlu anda ketahui supaya benar-benar masak isinya. Kalau terlalu cepat diangkat, boleh jadi mentah. Tapi, kalau terlalu lama pula boleh menyebabkan ianya menjadi sedikit keras dan kurang sedap.

Ayam yang berdarah dan masih mentah menajdi pembawa bakteria dan virus yang berbahaya. Bukan itu sahaja, melihatnya saja pun boleh menghilangkan selera anda.

6 PETUA GORENG AYAM SUPAYA RANGUP, SEDAP & TIDAK BERDARAH

Di bawah ini adalah cara yang betul menggoreng ayam supaya dapat menghasilkan ayam goreng yan rangup dan tidak berdarah.

Cara Yang Betul Goreng Ayam Supaya Sedap & Tidak Berdarah

1. MENGELAR ATAU MEREBUS TERLEBIH DAHULU

Jika anda lebih sukakan potongan ayam yang besar, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia akan masak dengan sempurna. Selain itu, anda jua boleh merebus atau mengukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.

2. GUNA MINYAK YANG BANYAK
Untuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna, pastikan anda mengisi minyak masak dengan banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali. Dengan cara ini, secara automatiknya proses pemanasan akan lebih merata sehingga daging ayam akan masak dengan sempurna dan tidak berdarah.

3. MASUKKAN BAHAGIAN YANG BERTULANG DAHULU
Bahagian yang mempunyai 'joints' atau tulang-temulang bersambung dan lebih cenderung mengeluarkan darah tadi sepatutnya dimasukkan terlebih dahulu semasa mula menggoreng. Kemudian, barulah diterbalikkan ke bahagian lain agar ia akan masak dengan sempurna.

4. PASTIKAN POTONGAN AYAM TIDAK TERLALU BESAR
Pertama sekali, anda perlu melihat saiz ayam yang hendak dimasak terutamanya pada bahagian bertulang seperti peha dan juga kepak. Pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.

5. CAIRKAN DULU AYAM YANG DISEJUK BEKU
Jangan terus menggoreng ayam yang baru sahaja dikeluarkan dari bahagian 'freezer'. Walaupun kelihatan tidak berais, suhu yang sejuk ini mengambil masa untuk mengembalikan ayam ke suhu bilik. Kalau terus digoreng, kemungkinan besar ayam cuma masak di bahagian luar sahaja.

Maka, pastikan anda rendam dahulu ayam yang baru dikeluarkan dari peti ais ke dalam air suam atau anda juga boleh panaskannya ke dalam microwave.

6. GUNA API YANG SEDERHANA
Bagi memastikan ayam dimasak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, lebih baik memasak dengan suhu api yang kecil atau sederhana. Jika api yang digunakan terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak atau mungkin hangus walaupun bahagian dalamnya masih belum masak sepenuhnya.


KESIMPULANNYA :
Dengan mengamalkan petua dan tips di atas, diharap selepas ini ayam yang dimasak oleh anda akan menjadi sempurna dan lebih enak apabila dimakan.

Selamat mencuba.

CARA HILANGKAN BAU HANYIR IKAN SEBELUM DIMASAK

Bau hanyir ikan memang boleh menyebabkan selera makan seseorang itu terbantut. Walau sesedap manapun ikan yang dimasak, kalau bau hanyir masih ada, memang akan dianggap gagal. Sebab itu penting untuk mengetahui teknik yang betul cara hilangkan bau hanyir pada ikan sebelum memasaknya.

8 CARA HILANGKAN BAU HANYIR IKAN SEBELUM DIMASAK

Mudah sahaja caranya, hanya gunakan bahan-bahan harian yang terdapat di dapur rumah anda.

8 Petua Berkesan Hilangkan Bau Hanyir Ikan

1. SAPUKAN DENGAN PES CAMPURAN SERBUK KUNYIT, GARAM & TEPUNG JAGUNG
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan. Perap selama 30 minit hingga satu jam. Terpulang pada anda sama ada ingin membilas ikan itu dahulu atau terus menggoreng menggunakan pes tadi.

2. PASTIKAN IKAN DIBERSIHKAN DENGAN BETUL
Buang segala organ dalaman ikan, insang dan juga membran putih yang terdapat dalam ikan. Perkara ini dapat menghilangkan bau hanyir ikan jika dilakukan dengan betul.

3. GUNAKAN JUS LEMON
Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan ia meresap sebelum dibilas dengan air bersih. Anda juga boleh menggunakan limau purut jika mahu.

4. GUNAKAN HALIA
Halia bukan sahaja dapat menghilangkan bau hanyir ikan malah juga boleh membuang toksin yang ada pada sesetengah ikan. Caranya, cincang halus dengan halus dan letakkan pada ikan. Biarkan selama 30 minit sehingga 1 jam.

5. SAPU DENGAN MINYAK BIJAN
Sapu minyak bijan pada ikan dan biarkannya seketika. Minyak bijan dapat menghilangkan bau hanyir ikan dengan cepat.

6. RENDAM DALAM SUSU
Masukkan ikan yang sudah dibersihkan ke dalam susu dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih. Susu mengandungi 'casein' yang bertindak menghilangkann bau hanyir ikan.

7. DAUN JAMBU BATU
Ambil beberapa helai daun jambu batu, bersihkannya dan ramaskan daun berkenaan ke dalam bekas yang berisi air. Selepas itu, masukkan ikan ke dalam air tersebut. Biarkan selama 30 minit.

8. RENDAM DALAM AIR GARAM ATAU CUKA
Selepas dibersihkan, rendam ikan dalam air garam atau cuka selama 15 minit. InsyaAllah, semua bau hanyir akan hilang dengan serta-merta.


KESIMPULAN:
Mudah sahaja petuanya bukan? Ikan adalah sumber protein yang terbaik dalam diet seharian. Jangan disebabkan anda tidak tahu cara yang betul untuk membuang hanyirkan ikan, anda mengelakkan diri daripada masak ikan. Ikan lebih bermanfaat daripada ayam atau daging.

Selamat mencuba.

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget