Ketika Ibrahim bin Khadam (seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai.
Di antara mereka ada yang bertanya :
Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya?
Beliau menjawab :
10 SEBAB DOA DITOLAK
Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu :- Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
- Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.
- Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
- Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
- Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
- Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.
- Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka.
KESIMPULAN
Sesungguhnya tiap-tiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada cerita di atas. Amin
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.