Ini adalah kisah benar yang berlaku di negara India. Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah.
WANITA BERSUAMIKAN 5 BERADIK
New Delhi: Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.
TIDAK TAHU BAPA SEBENAR KEPADA ANAKNYA
Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.
Rajo berkata:
“Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.”Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.
Abang sulung Bajju berkata:
“Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri:
“Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”
ULASAN : Ada sesiapa tak nak cuba tradisi di atas? Hahaha. Dan bagaimana anda ingin mengetahui siapa kepada anak anda nanti?
Post a Comment
fuh mmg dasyat....
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.