Air Tin Meletup, Pipi Terkoyak

PIPI RABAK AIR TIN BEKU MELETUP

Memang tidak dinafikan, ada di kalangan kita gemar mengoncangkan air tin agar air memancut keluar apabila dibuka. Namun tahukah anda, air tin yang dimasukkan dalam peti sejuk takat beku, dipercayai lebih berbahaya. Ini kerana tekanan dalam air tin tersebut boleh menyebabkan kita boleh terluka.

Walaupun fakta ini masih diragui, namun kesannya adalah seperti gambar di bawah ini apabila seorang budak luka di bahagian pipi kerana terkena air tin yang pecah akibat tekanan.

PIPI RABAK AIR TIN BEKU MELETUP

Di daerah Jiading, Shanghai, seorang budak lelaki mengalami kecederaan yang dasyat apabila air tin yang dibekukannya meletup dengan kuat sejurus dibuka penutupnya. Ini menyebabkan pipi budak berkenaan, terkoyak dengan 31 jahitan manakala mukanya menerima 7 jahitan.

Memanaskan atau membekukan air berkarbonat, merupakan satu tindakan yang sangat merbahaya kerana menyebabkan Karbon Dioksida yang larut dalam soda berkenaan akan terlerai menyebabkan berlakunya satu tekanan yang tinggi di dalam air tin berkenaan.


ULASAN - Baca di luar air tin. Ada dinyatakan jangan dipanaskan atau dibekukan di bawah takat beku 0 ° c. Sekadar peringatan untuk para pembaca.

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget