3 Cara Berkesan Melembutkan Daging Dalam Masakan

3 PETUA BERKESAN & MUDAH MELEMBUTKAN DAGING DALAM MASAKAN

Memang menyakitkan hati kalau dapat daging yang liat bukan? Mulut dan gigi habis kejang sebab nak pastikan daging habis dikunyah halus dahulu sebelum ditelan. Naya kalau tertelan ketulan daging yang besar.

Bukan perkara mudah untuk memastikan daging yang kita masak benar-benar empuk sebelum dimakan. Perlu ada teknik yang betul dan cara memasak daging juga perlu diambil perhatian kerana jika terlebih masak, daging akan jadi lebih kering dan keras.

3 PETUA BERKESAN & MUDAH MELEMBUTKAN DAGING DALAM MASAKAN

1. PERAP
Untuk melembutkan daging, buat perapan antara 12-24 jam dengan menggunakan sumber makanan yang boleh melembutkan tisu otot dan bahagian keras secara semulajadi. Asid yang terhasil sewaktu perapan akan membantu melembutkan 'fiber' otot.

Perapan juga membantu menambah kelembapan dalam daging menjadikannya lebih enak dan lembut ketika dimakan. Antara perapan yang boleh digunakan ialah
  • Jus limau nipis atau lemon
  • Cuka atau Yogurt
  • Halia, buah nanas, dan kiwi
Anda boleh menggunakan salah satu bahan perapan di atas atau digabungkan bersama.

2. KETUK DAGING
Dengan menggunakan meat tenderizer, mallet atau yang lebih dikenali dengan pengetuk daging, ketuk bahagian lembut daging perlahan-lahan dan ketuk dengan kuat pada bahagian yang keras. Tujuan mengetuk dgaing adalah untuk melembutkan otot-otot fiber daging yang keras. Akhirnya, daging akan menjadi lembut apabila dimasak.

3 Cara Berkesan Melembutkan Daging Dalam Masakan

3. GUNAKAN CARA MASAK YANG SESUAI
Secara amnya, anda boleh menggunakan pressure cooker untuk mendapatkan daging yang lembut. Tetapi, tahukah anda, setiap jenis daging ada cara masakannya yang tersendiri.
  • Daging yang lembut boleh dipanggang, direbus atau dibuat BBQ
  • Daging yang keras seperti ' Flank Steak' dan 'Cube Steak' pula perlu ditumis dengan air atau sup.

KESIMPULAN
Kalau dah tahu teknik melembutkan daging, bolehlah anda selalu memasak hidangan daging dengan mudah bukan? Macam-macam jenis masakan yang boleh dibuat seperti kari, sup atau goreng kunyit.

Tetapi, walaupun sedap dimakan, anda disarankan supaya mengurangkan pengambilan daging merah dalam diet seharian anda untuk mengelakkan daripada menghidapi pelbagai masalah kesihatan.

Post a Comment

Ok boleh start masak daging yang empuk lepas ni hehe :-)

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget