Ikan yang segar pasti akan membuatkan apa sahaja masakan anda terasa lebih sedap dan penuh berkhasiat. Manakala ikan yang busuk pula mungkin akan menyebabkan selera makan anda dan keluarga terbantut dan yang lebih teruk lagi jika anda sekeluarga sakit perut selepas memakannya.
Jadilah pengguna dan pembeli yang berpengetahuan supaya anda dapat memastikan kesihatan anda dan ahli keluarga terjamin disamping dapat merasa kesedapan isi ikan yang baru ditangkap.
PERBEZAAN IKAN SEGAR & IKAN YANG TELAH BUSUK
Semoga tips di bawah ini berguna untuk anda.TANDA-TANDA & CIRI-CIRI IKAN SEGAR
- Warna kulit terang dan cerah
- Daging ikan terasa keras apabila ditekan
- Mata jernih ikan menonjol dan cembung
- Sisik ikan segar masih kuat melekat dan berkilat
- Insang berwarna merah
- Sirip masih lagi kuat
- Kulit dan daging ikan tidak mudah robek atau pecah terutama di bahagian perut
- Tidak berbau busuk
TANDA-TANDA & CIRI-CIRI IKAN YANG SUDAH BUSUK
- Mata suram dan tenggelam
- Sisik banyak yang tertanggal dan pudar warnanya
- Warna kulit pudar dan banyak lendir tebal
- Insang berwarna kelabu dan berlendir tebal
- Dinding perut lembik dan pecah-pecah
- Berbau busuk
KESIMPULAN
Sebenarnya banyak lagi perbezaan yang boleh kita lihat diantara ikan yang betul-betul segar dan juga ikan yang telah busuk. Tetapi, cukuplah rasanya tips yang saya kongsikan di atas. Semoga ianya dapat membantu anda membuat pilihan yang betul dalam membeli ikan segar.
Selamat mencuba.
Post a Comment
wow.. perkongsian yang sangat baik. Sebab tak reti nak pilih ikanlah, saya lebih suka suruh suami yang beli ikan. hehe
terima kasih yer sebab follow blog saya, fatimahtony.com .. :)
huuhuhu..info ini membantu jie nak memilih ikan..
blog yang hebat...best banyak tips dan petua boleh dipelajari di sini
trima ksih jgak sbb sudi dtg sini n beri respons.. hehehe :D
trima ksih tuan.. :D hope ptua n tips kt sni brguna la pd smua org.. huhu :D
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.