Tahukah anda bahawa kemungkinan besar cara mencuci rambut yang anda selalu buat adalah cara yang salah? Sebab itu tanpa disedari, teknik basuhan yang anda sering lakukan menyebabkan rambut anda kurang bermaya dan hilang serinya.
7 PETUA MENCUCI RAMBUT DENGAN BETUL
Di bawah ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang cara yang betul dalam penjagaan dan cucian rambut anda.1. KENA GUNA PERAPI ( CONDITIONER )
Siapa kata perapi tidak penting? Ia sangat membantu dalam melembutkan rambut, terutamanya bagi yang berambut panjang. Jika rambut anda melepasi bahu, sapu perapi pada hujung rambut dan biarkannya seketika sebelum membilasnya. Zat dalam perapi akan melindungi hujung rmabut daripada menjadi cepat kering dan rosak. Selepas itu baru syampu kepala anda.
2. JANGAN GUNA TERLALU BANYAK SYAMPU
Disarankan agar menggunakan syampu sebesar duit syiling pada tapak tangan untuk mencuci rambut. Jika rambut anda terlalu panjang atau tebal, anda boleh menggunakan 2 kali ganda daripada jumlah tersebut.
3. JANGAN SYAMPU LEBIH DARIPADA SEKALI
Terdapat mitos yang sering kita dengari iaitu kita perlu menggunakan syampu 2 kali untuk menghilangkan minyak pada kulit kepala. Sebenarnya, satu kali syampu sahaja sudah mencukupi untuk membuang segala kotoran dan minyak yan terkumpul pada rambut kecuali anda baru sahaja selesai menyertai aktiviti ekstrem atau lasak.
4. GUNAKAN AIR SEJUK UNTUK MEMBILAS
Jika tadi anda menggunakan air panas untuk membasahkan rambut, lain pula caranya untuk membilas. Air sejuk akan menutup kutikel dan lapisan luar kulit kepala dan menjadikan rambut anda nampak segar dan berseri.
5. PASTIKAN RAMBUT BENAR-BENAR BASAH SEBELUM DISYAMPU
Basahkan sekelilin rambut sebelum meletakkan syampu. Sebaiknya gunakan air suam kerana air yang sedikit panas ini akan membuka kutikel yang membolehkan semua kotoran yang melekat pada rambut tertanggal. Ia juga menanggalkan minyak pada kulit kepala serta membuka kutikel agar zat dalam perapi boleh meresap ke dalam kulit.
6. PASTIKAN SYAMPU SAMPAI KE KULIT KEPALA
Rambut yang berada disekeliling kulit kepala adalah bahagian yang paling berminyak manakala rambut di bahagian hujun adalah yang paling rapuh. Jadi, pastikan anda syampu di bahagian kulit kepala sahaja.
7. JANGAN SYAMPU DENGAN KASAR
Ada yang menggosok kepala dengan kasar dan menggunakan kuku yang tajam dengan harapan dapat menanggalkan semua kotoran atau kelemumur. Tapi, cara ini terbukti salah kerana ia boleh mengusutkan rambut dan rambut mudah gugur. Sebaliknya, urut kulit kepala dari atas hingga ke bawah secara perlahan-lahan dengan hujung jari. Ini dapat meningkatkan pengaliran darah ke kulit kepala secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan rambut.
KESIMPULAN
Pemilihan syampu yang bersesuaian juga dapat memastikan rambut anda akan cantik berseri dan kekal lembut.
Selamat mencuba.
Post a Comment
best tips ni...
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.