Cicak Pelik Berekor 3 Suka Minum Kopi

Cicak Pelik Berekor 3 Suka Minum Kopi

Seorang lelaki dikejutkan dengan kehadiran seekor cicak pelik di dalam rumahnya. Pada awalnya, dia berhajat untuk menghalau cicak berkenaan. Namun sekali pandang, cicak tersebut tiada apa bezanya dengan cicak yang lain. Dua kali pandang, lelaki tersebut tidak menjadi menghalau apatah lagi dirinya mahu menyimpan cicak tersebut. Lelaki yang dikenali sebagai Zali Bahaman ini, mendapati cicak tersebut mempunyai keunikan tersendiri kerana mempunyai ekor bercabang tiga. Tambahan pula, kami difahamkan haiwan berkenaan sangat sukakan air kopi manis.

CICAK PELIK BEREKOR 3 SUKA MAKAN LALAT & MINUM KOPI

MUAR – Seorang lelaki terkejut selepas menemui seekor cicak yang mempunyai tiga ekor di rumahnya di Taman Mas Ria, di sini, kira-kira dua minggu lalu.

Zali Bahaman, 56, berkata, dia menemui cicak itu di ruang tamu rumahnya ketika sedang menonton televisyen.

Menurutnya, keunikan pada haiwan itu disedarinya ketika ingin membuang cicak berkenaan.

Apabila diamati cicak ini memiliki lebih daripada satu ekor bukan seperti kebiasaan telah membantutkan hasrat untuk membuang haiwan berkenaan.
“Saya meletakkannya diletakkan di dalam sebuah balang plastik kerana dia belum menemui bekas yang sesuai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Zali berkata, seumur hidupnya, dia belum pernah melihat cicak yang memiliki tiga ekor seperti itu.

Katanya, sejak haiwan berkenaan berada di bawah jagaan keluarganya, cicak berkenaan kelihatan normal seperti biasa dan keluarganya tidak mengalami sebarang kejadian pelik.
“Cuma cicak ini sering mengeluarkan bunyian lebih nyaring pada waktu malam terutamanya jika ia terlihat cicak lain.
“Atas nasihat seorang rakan, saya memberinya makan lalat dan air kopi manis.  Memang pelik, namun itulah kesukaan haiwan berkenaan terutama minuman yang manis,” katanya.
Zali berkata, keunikan yang jarang ditemui itu telah mendorongnya untuk terus membela haiwan berkenaan.
“Saya ada cerita tentang penemuan tersebut kepada rakan-rakan dan sejak itu rumah sering menjadi tumpuan ramai orang.
“Mereka terlalu teruja untuk melihat keunikan ini meskipun ada seorang peniaga Cina menawarkan RM300 untuk membeli cicak ini,” katanya.
Beliau berkata, dia tidak bercadang untuk menjualnya walaupun ada pihak yang ingin menawarkan harga yang lumayan.
“Cicak ini tidak akan dijual, namun kepada orang ramai yang ingin melihatnya sendiri bolehlah berkunjung ke rumah,” katanya.

ULASAN : Cicak memang sukakan gula atau benda-benda yang manis, jadi perkara ini tidaklah nampak pelik.. Tambahan pula, berekor 3 adalah disebabkan kecacatan sejak lahir sebagaimana wujudnya ular berkepala dua, lembu bertanduk 3 dan sebagainya. Semua itu tidak mustahil dengan kuasaNYA. Betul tak?

Post a comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget