Pintu Gerbang 'Neraka' Muncul Di Turki? ( 3 Gambar )

GAMBAR PINTU GERBANG 'NERAKA' DI TURKI
Gambar Hiasan
Jika di China ada gerbang menuju ke syurga, di Turki pun ada pintu gerbang yang boleh membawa anda terus ke neraka. Penyelidik Itali mengumumkan bahawa sebuah gerbang ke neraka telah terbuka dari runtuhan di sebelah Barat Daya Turki.

GAMBAR PINTU GERBANG 'NERAKA' DI TURKI

Gerbang yang disebut Pluto Gate ini ditemui pada halaman terdahulu di bandar Phrygian, Hierapolis yang kini disebut Pamukkale.

GAMBAR PINTU GERBANG 'NERAKA' DI TURKI 1

"Pluto" berasal dari Plutonion dalam bahasa Yunani atau Plutonium dalam bahasa Latin. Pluto melambangkan gerbang menuju dunia bawah dalam tradisi dan mitos Greco-Roman.

"Bilik ini penuh dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pandangan. Semua haiwan yang melewati wap itu akan terus mati. Aku melemparkan burung pipit ke dalamnya, dan burung itu terus mati dan jatuh," tulis seorang ahli geografi Yunani Strabo.

Penemuan gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di Istanbul Turki, iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D'Andria profesor arkeologi klasik dari University of Salento.

"Kami mencari Plutonium setelah membina laluan ke sebuah sumber air. Ternyata mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini," ungkap D'Andria,

Di dalam gua tersebut penyelidik juga mendapati sisa-sisa kuil, kolam renang, siri prasasti yang dikhaskan untuk para dewa, Pluto dan Kore. Konon orang-orang hanya dibenarkan menonton ritual suci dari jauh kerana hanya para ketua keagamaan yang dibenarkan berdiri di depan portal.

GAMBAR PINTU GERBANG 'NERAKA' DI TURKI 2

Beberapa ritual yang dilakukan dalam gua ini adalah dengan membawa haiwan masuk dalam keadaan hidup, kemudian dikeluarkan mereka dalam keadaan mati. Asap dalam gua tersebut memang sangat mematikan, sehingga jika terlalu dekat, karbon dioksida akan membunuh semua makhluk hidup.

GAMBAR PINTU GERBANG 'NERAKA' DI TURKI 3

Dulu dipercayai bahawa hanya para kasim Cybele, dewi kesuburan kuno, yang mampu memasuki gerbang neraka tanpa mengalami luka atau mati. Mereka menahan nafas selama mungkin. Selain boleh menyebabkan kematian, wap yang muncul dari gua ini boleh menyebabkan halusinasi dalam skala kecil.

"Ini adalah penemuan yang luar biasa kerana menegaskan dan menjelaskan maklumat yang kita dapatkan dari sumber sastera sejarah kuno," jelas Alister Filippini, penyelidik sejarah Romawi di Universities of Palermo, Itali.


ULASAN : Sebagai Umat Islam, kita dilarang mempercayai perkara-perkara seperti ini kerana hanya Allah yang tahu bagaimana rupa Neraka dan Syurga yang sebenarnya. Kita hanya boleh melihat neraka atau syurga di akhirat nanti yang menjadi destinasi terakhir semua manusia. Artikel ini sekadar sebagai pengetahuan am.

Post a Comment

terkejut gak td baca...seram pun ada

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget