6 Jenis Ketuat Yang Wajib Anda Kenali

JENIS-JENIS KETUAT

APA ITU KETUAT?

KETUAT atau `warts' merupakan sejenis penyakit kulit yang kerap terjadi menyebabkan kita memandang remeh kesan penyakit tersebut terhadap kehidupan seharian kita. Sedangkan ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.

JENIS-JENIS KETUAT

Terdapat lebih 150 jenis ketuat dan ia bergantung kepada kawasan di mana ketuat itu wujud. Berikut adalah kes yang selalu ada pada penghidap ketuat ini :

6 Jenis Ketuat Yang Wajib Anda Kenali

1. KETUAT BIASA (COMMON WARTS)

Ketuat jenis ini kebiasaannya terjadi di bahagian tangan. Bahagian yang dijangkiti akan membonjol keluar, bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras. Ia berwarna seperti kulit atau gelap sedikit.

2. KETUAT KAKI (PLANTAR WARTS)

Ketuat jenis ini akan menimbulkan kesakitan kepada individu apabila berat badan menekan kawasan yang dijangkiti terutama apabila berjalan atau berlari.

Lazimnya terdapat bintik hitam disebabkan oleh pendarahan kecil di permukaannya. Penggunaan alas berbentuk bulat seperti donut pada bahagian tersebut akan membantu mengurangkan kesakitan.

3. KETUAT FILIFORM (FILIFORM WARTS)

Ketuat jenis ini berbentuk unjuran panjang seperti jari dan boleh berlaku di sekeliling kelopak mata, muka dan leher.

5. KETUAT PLANAR

Ketuat jenis ini kelihatan seperti biji-biji leper di permukaan kulit dan warnanya seperti warna kulit dan ia terjadi pada permukaan kulit yang lembut.

6.KETUAT KELAMIN (GENITAL WARTS)

Ketuat jenis ini adalah lembut, lembap, tidak sakit. Ia berwarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur (anal warts) dan kadangkala ia muncul di faraj wanita
Perhatian kepada kaum wanita, ketuat kelamin berpotensi menyebabkan kanser, terutamanya barah pangkal rahim
Oleh kerana lazimnya penyakit ini tidak ada gejala, kaum maka wanita dinasihatkan menjalankan ujian `pap smear' secara berkala terutama mereka yang menjangkau umur 40-an.

Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dijalankan dengan segera kerana risiko virus HPV menjangkiti bayi adalah tinggi semasa melahirkan anak terutamanya apabila bayi tersebut dilahirkan secara normal. Ini kerana bayi dilahirkan akan melalui kawasan yang dijangkiti dan mendedahkannya kepada jangkitan.



KESIMPULAN
Mungkin ada yang bertanya adakah ketuat berbahaya. Jawapannya tidak. Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.

So, pastikan korang basuh baju/seluar tu betul-betul kalau beli baju bundle

TAGS :

Apa Itu Ketuat, Jenis-jenis Ketuat, Virus HPV, Warts, Penyakit Kulit, Kanser Pangkal Rahim,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget