5 Rahsia Jambang Lelaki Yang Wajib Anda Tahu

5 MANFAAT JANGGUT LELAKI YANG ANDA WAJIB TAHU

Kepada kaum adam, jika anda tidak pernah terfikir untuk menyimpan jambang, mungkin anda patut mempertimbangkannya semula. Fakta mengenai janggut lelaki sama ada dari sudut saintifik dan psikologi telah pun terbukti banyak kelebihan yang anda mungkin belum tahu lagi.

Mari kita sama-sama baca penjelasan yang akan saya terangkan di bawah ini.

5 MANFAAT JANGGUT LELAKI YANG ANDA WAJIB TAHU

Rahsia Jambang Lelaki Yang Wajib Anda Tahu

1. MENGURANGKAN RISIKO LELAH
Tahukah anda, janggut boleh membantu mengurangkan risiko anda terkena penyakit lelah. Menurut sebuah laporan daripada luar negara, janggut ini dapat bertindak sebagai penapis yang menghalang debu daripada memasuki sistem penafasan anda. Kesimpulannya, udara yang anda sedut akan menjadi lebih bersih secara semulajadi. Tapi anda kenalah bersihkan dan trim selalu untuk menjaga kebersihannya.

2. DIGILAI WANITA
Walaupun setiap wanita mempunyai pilihan masing-masing dalam mencari lelaki idaman mereka, namun tidak dinafikan mereka lebih tertarik terhadap lelaki yang mempunyai jambang. Menurut kajian yang dilaporkan oleh media luar negara, wanita mendapati kelebihan janggut lelaki ini menampakkan mereka lebih matang, romantik, agresif, tegap dan dominan.

3. MENGHALANG PERTUMBUHAN JERAWAT
Dr. Shannon C.Trotter, seorang pakar dermatologis merungkaikan bahawa tindakan mencukur boleh membawa jangkitan bakteria dan iritasi kulit. Hal ini kerana mencukur menyebabkan bukaan pada rongga kulit lalu mendorong masalah kulit muka seperti jerawat.

4. TAMPIL LEBIH YAKIN

Kebanyakkan lelaki yang menyimpan jambang mendapati diri mereka lebih konfiden terhadap diri sendiri secara automatik. Malah, orang sekeliling akan mula mengambil serius terhadap pendapat yang anda berikan. Berbanding dahulu jika mereka menganggap muka 'jambu' anda sebagai budak hingusan, namun bila anda sudah berjambang, barulah nampak matang dan meyakinkan. Makin gerun pun ada.

5. MELINDUNGI DARI SINAR UV
Menurut sebuah jurnal yang diterbitkan di luar negara, janggut juga dapat melindungi 95% kulit wajah anda daripada sinaran matahari dan UV yang berbahaya kepada kulit. hasilnya, kulit anda kurnag berkedut, tidak berkedut atau mempunyai bintik-bintik yang tidak diingini. Sekaligus, ia mengurangkan risiko seseorang lelaki menghidap kanser kulit


KESIMPULANNYA..
Ternyata, jambang bukan sahaja menjadi trend hipster zaman sekarang tetapi ia menyimpan seribu satu rahsia yang memberi manfaat kepada para lelaki. Menariknya ia selari dengan tuntutan Islam dan salah satu sunah Nabi Muhammad SAW.

Jadi, wahai kaum adam.. Simpanlah jambang anda mulai hari ini.

Post a Comment

bangga jap ada jambang haha :-d

tau xpe... jambang sejemput pun xpe.. nampak macho... hahaha

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget