Kereta Terbabas Gara-gara Pocong Melintas

KERETA KEMALANGAN AKIBAT POCONG MENJELMA SECARA TIBA-TIBA

Orang Melayu memang gemar menggelarkan hantu dengan beberapa nama antaranya seperti langsuir, pocong dan sebagainya. Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Janariah telah mengalami kemalangan kereta apabila dirinya mendakwa ternampak kelibat pocong. Kereta yang dipandunya terbabas lalu terhumban ke dalam parit. Mujurlah keadaan wanita ini selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

KERETA KEMALANGAN AKIBAT POCONG MENJELMA SECARA TIBA-TIBA

KUALA KURAU – Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam.

Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan.
“Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul tiba-tiba di atas jalan.
“Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.
Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit, dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya.

Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan.

Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit.
“Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah.
“Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap,” katanya.
Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung.
“Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun,” katanya.

ULASAN : Berhati-hatilah semasa memandu. Nasib baik semuanya selamat. Jika anda jenis yang mudah terkejut,  jangan memandu berseorangan. Bawalah kawan yang berani sebagai peneman. Semoga kejadian seperti ini tidak akan berlaku kepada anda dan orang yang anda sayangi. InsyaAllah.

TAGS :

Pocong Melintas, Pocong Muncul Di Kuala Kurau, Kereta Terbabas Gara-gara Pocong, Kemunculan Pocong Di Kuala Kurau, Hantu Pocong

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget