6 Khasiat Rahsia Air Cucian Beras

KELEBIHAN AIR CUCIAN BERAS YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

Setiap orang pasti tidak pernah terfikir bahawa air cucian beras ada khasiat yang tersembunyi. Mana tidaknya, sesiapapun pasti akan menganggap air cucian daripada beras adalah sesuatu yang kotor. Tetapi tahukah anda, bahawa air yang dianggap kotor itu ada menyimpan 1001 rahsia di dalamnya.

6 KELEBIHAN AIR CUCIAN BERAS YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

Jangan dibuang air cucian tersebut, kerana ternyata air tersebut mengandungi khasiat menakjubkan untuk kita.

6 Khasiat Rahsia Air Cucian Beras

1.TONER KULIT
Rendam kapas dalam air cucian beras dan lapkan kulit anda. Ia dapat menghilangkan setiap kotoran dan sebum berlebihan yang ada di kulit anda. Jika anda lakukan dengan rutin, kulit wajah anda akan menjadi lembut dan segar.

2. MASKER WAJAH

Air cucian beras ini juga boleh dijadikan sebagai masker wajah. Ambil topeng muka dan rendamkan di dalam air cucian beras selama 10 minit. Kemudian letakkan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Rasakan kesegaran wajah anda selepas memakainya.

3. CERAHKAN KULIT
Anda boleh menyimpan air cucian beras dalam botol dan menggunakannya setiap kali anda mencuci muka. Khasiatnya adalah baik untuk mencerahkan kulit. Anda tidak lagi perlu bergantung pada produk kosmetik yang mahal.

4. MENGECILKAN LIANG PORI
Rendamkan kapas ke dalam air cucian beras dan lapkan pada wajah. Usap serta urut secara perlahan pada bahagian yang diinginkan. Ia mampu mengetatkan liang pori dan membuatnya kelihatan lebih kecil.

5. PENYEMBUH JERAWAT
Jangan terkejut jika air cucian beras juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah jerawat anda. Air ini akan dapat menyembuhkan secara semula jadi dan lebih cepat. Cuba la jika tidak percaya!

6. MASKER RAMBUT
Tuangkan air beras pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan syampu. Anda akan mempunyai rambut indah berkilau tanpa perlukan rawatan yang mahal.


ULASAN:
Jadi selepas ini bolehlah kita mula menyimpan air cucian beras itu ye... Hehe

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget