Tahukah anda setiap makanan mempunyai cara penyimpanannya yang tersendiri? Bahkan, tidak semua makanan elok disimpan di dalam peti sejuk. Ada yang lebih sesuai jika disimpan atau diletakkan pada suhu bilik untuk mengekalkan rasa dan kualitinya.
Jadi apakah bahan makanan tersebut?
14 MAKANAN YANG TAK PATUT DISIMPAN DALAM PETI SEJUK
Kalau anda ada menyimpan bahan-bahan makanan di bawah ini, eloklah jika anda keluarkannya sekarang.1. BAWANG
Elakkan menyimpan bawang dalam peti sejuk lagi-lagi yang sudah dipotong. Bakteria akan mudah melekat dan menghasilkan bau yang kurnag menyenangkan.
2. DAUN HERBA
Daun herba seperti daun sup, daun bawang, daun basil dan sebagainya tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. ia akan menyerap semua bau dalam peti sejuk dan mudah menjadi kurang segar.
3. ROTI
Untuk mengekalkan rasa dan tekstur roti, sebaiknya balut dalam plastik berzip dan letak di atas meja. Roti yang disimpan dalam peti sejuk, memang akan tahan lebih lama tetapi akan menjadi kering dan keras. Malah, ia juga cenderung menyerap aroma makanan yang disimpan dalam peti sejuk anda.
4. KOPI
Lebih bagus simpan kopi dalam bekas yang tertutup rapat dengan suhu bilik. Serbuk kopi akan menjadi keras dan sukar diambil jika disimpan dalam peti sejuk.
5. MINYAK MASAK
Sebaiknya letakkan minyak masak di sudut dapur rumah anda, begitu juga dengan minyak lain seperti minyak zaitun dna juga minyak kelapa. Biasanya minyak sebegini boleh bertahan sehingga 2 tahun walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
6. LADA HITAM
Semua jenis rempah seperti lada hitam biasanya lebih baik jika disimpan pada suhu bilik. Suhu dingin akan menjejaskan rasa dan juga teksturnya.
7. SOS CILI
Sebenarnya sos cili tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cukuplah diletak di dalam almari atau kabinet pada suhu bilik. Suhu sejuk akan menjejaskan rasa sos dan menjadikan pengaliran sos menjadi perlahan kerana membeku.
8. UBI KENTANG
Kelembapan dalam peti sejuk mempercepatkan proses pereputan ubi kentang. Ianya lebih elok jika disimpan dalam raga berlubang dan persekitaran yang kering.
9. BUAH-BUAHAN MUDA
Jika ingin mempercepatkan proses kematangan buah, cara menyimpan makanan yang sebetulnya adalah dalam suhu bilik. Buah-buahan yang disimpan dalam peti sejuk akan diperlahankan prosesnya daripada masak ranum.
10. BUAH TOMATO
Menyimpan tomato dalam peti sejuk boleh menjejaskan rasa yang sedia ada, malah menjadikannya lebih cepat rosak.
11. MADU
Madu asli sebenarnya tidak mempunyai tarikh luput kerana ia tidak akan rosak. Jadi tidak perlu susah-susah untuk disimpan ke dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan kualiti dan rasa madu asli, letakkannya di tempat yang tidak terdedah kepada haba.
12. BERAS
Beras tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Sebaliknya, hanya nasi sahaja yang elok disimpan untuk memanjangkan jangka hayatnya.
13. JEM KACANG
Jem atau lepa kacang lebih mudah digunakan jika disimpan dalam suhu bilik. Namun, jika anda jarang menggunakannya, eloklah disimpan dalam peti sejuk.
KESIMPULAN
Jangan pernah menyimpan bahan yang bukan makanan dalam peti sejuk anda seperti bateri atau bahan mekap anda. Ia memang kedengaran pelik, tapi ada manusia yang melakukannya. Bahan kimia di dalam bateri atau bahan mekap akan menyebabkan makanan dalam peti sejuk anda mungkin terjejas atau beracun.
Berhati-hatilah ye.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.