5 Manfaat Rahsia Air Suam

KELEBIHAN MINUM AIR MASAK

Tawar di lidah apatah lagi di tekak, tetapi itulah rasa air suam atau air kosong yang membuatkan sesetengah individu tidak menggemarinya. Mungkin ini juga merupakan alasan mengapa lebih ramai orang suka kepada minuman yang manis dan juga berkafein.

JADIKAN AIR SUAM SEBAGAI MINUMAN KEGEMARAN

Memang tidak dapat dinafikan ramai yang kurnag gemar minum air suam ataupun air masak kerana rasanya yang tawar. Tetapi tahukah anda air yang tawar inilah mengadungi 1001 manfaat yang tidak ramai orang tahu.

5 KELEBIHAN MINUM AIR MASAK YANG PERLU ANDA TAHU

Berikut merupakan 5 manfaat rahsia minum air suam dalam amalan seharian kita. Kepada yang tidak suka akan air suam, bersedialah untuk mengubah fikiran anda selepas membaca kehebatan air suam di bawah.

1.MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
Penyingkiran toksin yang berlaku apabila kita minum air suam akan dapat memperbaiki dan juga melancarkan peredaran dalam badan kita. Dengan sistem peredaran darah yang baik ini, badan kita akan jadi lebih sihat.

Manfaat Rahsia Air Suam

2. MEMPERBAIKI SEL KULIT 
Kehadiran toksin yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan proses penuaan yang lebih cepat terhadap kulit berbanding usia anda yang sebenar. Bagi memiliki kulit yang lebih anjal, jadikan amalan meminum air suam ini dalam kehidupan seharian anda. Ianya membantu menyingkirkan toksin daripada badan dan memperbaiki sel-sel kulit sekaligus menjadikan kita kelihatan seperti awet muda.

3. MEMBANTU PENURUNAN BERAT BADAN 
Bagi yang mengimpikan berat badan yang ideal, air suam adalah minuman yang terbaik untuk anda pada awal pagi. Air suam akan meningkatkan suhu badan dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. ianya dapat membantu tubuh badan untuk membakar lemak dengan lebih banyak dan seterusnya menurunkan berat badan anda.

4. MEMPERBAIKI SISTEM PENCERNAAN 
Minum air suam terutamanya ketika awal pagi dapat merangsang sistem pencernaan untuk memudahkan makanan dicerna. Ini kerana, apabila kita minum air suam, pembuluh darah akan mengembang dan ini membantu kita untuk mencernakan makanan dengan lebih baik sekaligus mengatasi masalah sembelit.

5. MENGURANGKAN KESAKITAN
Antara manfaat lain minum air masak ialah ia juga dapat mengurangkan rasa sakit akibat kekejangan pada anggota badan termasuklah kekejangan yang sering kali dialami oleh wanita ketika menstruasi yang juga dikenali sebagai 'period pain'. Hal ini kerana, air suam membantu otot-otot yang berkenaan untuk lebih relaks dan seterusnya melegakan kesakitan yang dihadapi.



KESIMPULANNYA -
Walaupun air suam banyak manfaatnya, tetapi kita juga harus beringat dan besederhana dalam pengambilannya. Pengambilan air suam yang berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang berasa pening kepala, muntah, kepenatan dan membuang air kecil dengan sangat kerap. Sesetengah individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar mengenai kuantiti air suam yang harus diminum setiap hari.

Selamat menjalani hidup yang sihat.

TAGS :

Rahsia Air Suam, Rahsia Air Masak, Kelebihan Air Suam, Kelebihan Air Masak, Manfaat Air Suam, Manfaat Air Masak, Kebaikan Air Suam, Kebaikan Air Masak, Air Suam Melancarkan Peredaran Darah, Air Suam Untuk Awet Muda, Air Suam Memperbaiki Sistem Percernaan, Air Suam Membantu Turunkan Berat Badan, Air Suam Memperbaiki Sel Kulit Mati, Air Masak Melancarkan Peredaran Darah, Air Masak Untuk Awet Muda, Air Masak Memperbaiki Sistem Percernaan, Air Masak Membantu Turunkan Berat Badan, Air Masak Memperbaiki Sel Kulit Mati,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget