4 Petua Mencantikkan Wajah Menggunakan Ais

4 PETUA MENCANTIKKAN WAJAH MENGUNAKAN AIS

Tidak dapat dinafikan, kecantikkan kulit wajah amat penting untuk setiap orang terutamanya wanita. Pelbagai petua dan tips yang boleh dipratikkan untuk memastikan kecantikkan dan kesegaran wajah dapat dikembalikan.

Seharian bekerja dan kemudian pulang ke rumah melayani keluarga pasti akan meletihkan sesiapapun dan kaum wanita mungkin tidak sempat melakukan rawatan kecantikkan untuk muka mereka sendiri. Di sini, kami ingin kongsikan cara paling mudah dan murah iaitu dengan menggunakan ais sahaja.

4 MANFAAT RAHSIA AIS UNTUK MENCANTIKKAN WAJAH

Ais bukan sahaja digunakan untuk menyejukkan minuman, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai petua untuk mencantikkan wajah.

4 Manfaat Rahsia Ais Untuk Cantikkan Wajah

1. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH DI WAJAH

Gosok ais yang sudah dibalut dengan tuala kecil pada wajah anda selama 1 minit. Ia berfungsi melancarakn peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala. Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan dengan kerap iaitu 3 kali sehari untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan.

2. MENGURANGKAN KESEMBAPAN PADA MATA
Mata sembab boleh berlaku akibat kekurangan tidur atau terlalu stres. Ambil beberapa ketul ais dan bungkuskan dengan tuala. Gosok secara perlahan-lahan di permukaan kulit di sekeliling mata anda. Kesejukkan ais akan memberikan kesan yang menenangkan di bahagian mata anda.

3. MENGECILKAN LIANG PORI PADA WAJAH

Ais juga boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori pada wajah anda. Caranya, anda hanya perlu menekap ketulan ais yang dibalut dengan tuala kecil pada wajah anda untuk mengecilkan liang pori sebelum anda menggunakan mekap. Secara tidak langsung, ia membantu mengurankan jumlah bahan kimia yang masuk ke dalam kulit anda.

4. MERAWAT MASALAH JERAWAT
Jerawat ialah musuh utama setiap kulit cantik. Kewujudan jerawat sangat dibenci oleh sesiapapun. Ambil beberapa ketul ais dan gosokkan pada jerawat anda dengan lembut. Ia dapat mengurangkan bengkak dan kemerahan pada wajah. Selain itu, ais juga dapat mengurangkan pengeluaran minyak pada wajah secara tidak langsungkan membantu mengurankan masalah jerawat.


KESIMPULAN
Dengan tips dna petua di atas, anda tidak pelru lagi berbelanja mahal untuk ke spa. Hanya perlukan cuma beberapa minit masa anda di rumah.

Selamat mencuba dan selamat berjaya.

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget