Penemuan Bunga Pelik Di Terengganu

PENEMUAN BUNGA PELIK DAN MENYERAMKAN DI TERENGGANU

Sekali pandang dah macam bunga Rafflesia pula, tetapi dua kali pandang macam bukan. Namun itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki di Kuala Terengganu apabila menemui spesis bunga pelik yang tumbuh di kawasan kebun belakang rumahnya. Secara umumnya, memang kita sendiri tidak mengetahui spesis apakah bunga ini sehingga menimbulkan tanda tanya. Bunga ini tidak pernah ditanam, apatah lagi tidak mengetahui tentang kewujudannya sehinggalah ia ditemui dalam keadaan bersaiz besar.

PENEMUAN BUNGA PELIK DAN MENYERAMKAN DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas terkejut apabila mendapati sekuntum bunga setinggi lebih kurang 76.2 sentimeter tumbuh di atas tanah di dalam kebun belakang rumahnya empat hari lalu.

Abdullah Mohd, 66, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Manir berkata, susulan penemuan bunga pelik berwarna merah hati itu, penduduk kampung sering datang ke rumahnya untuk melihat sendiri rupa bentuk bunga yang diceritakan orang ramai.

Dia yang sebelum ini tidak pernah melihat bunga sebesar itu berasa hairan, kerana tidak perasan bila bunga itu mula tumbuh, dan hanya menyedarinya setelah ia kembang.
“Saya pelik macam mana bunga ini boleh tumbuh di atas tanah seakan kulat (cendawan), tetapi terdapat debunga serta kelompok, sama seperti bunga-bunga lain.
“Saya tak tahu bunga jenis apa yang tumbuh ini, lagipun bunga ini tumbuh di tapak saya membakar sampah,” katanya.
Abdullah berkata, kali terakhir dia membakar sampah di situ adalah sebulan lalu, dan sejak itu dia membiarkan tanah bakar begitu sahaja, sehingga tiba musim hujan sejak kebelakangan ini.
“Sejak hujan, tanah bakar ini membentuk lubang, dan mungkin lubang itu adalah kesan daripada tanaman pokok ubi sarek (ubi ular) yang telah mati.
“Tetapi yang menghairankan saya, pokok ubi sarek tidak pernah mengeluarkan bunga, malah pokok itu sudah dibakar bersama sampah sebulan yang lalu.
“Berkemungkinan besar, bunga itu tumbuh dari dalam lubang yang terbentuk selepas tanah bakar ini dibiarkan,” katanya.
Menurutnya, sejak bunga itu tumbuh, tiada kejadian ganjil berlaku kepadanya sekeluarga dan Abdullah percaya itulah kekuasaan ALLAH SWT yang mampu mencipta apa sahaja.

Menurutnya, dia akan menyimpan bunga itu sehingga ia kering dan akan cabut untuk merungkai misteri tumbuhan berkenaan.


ULASAN: Anda rasa bunga ape tu ye?

Post a comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget