7 Sebab Permainan 'Lego' Jadikan Anak Anda Pintar

MANFAAT 'LEGO' UNTUK ANAK KECIL

Kita sering mendengar bahawa permainan 'Lego' sangat bagus untuk perkembangan minda anak-anak yang masih kecil. Tetapi tahukah anda apakah sebabnya?

PERMAINAN MANIPULATIF BAIK UNTUK MINDA ANAK KECIL

Sebenarnya 'Lego' merupakan salah satu mainan manipulatif yang sangat bagus untuk perkembangan minda si anak kecil. Permainan manipulatif adalah satu bentuk permainan pembelajaran yang memerlukan anak untuk membina atau membentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut.

Permainan ini membantu anak untuk membina kemahiran motor halusnya terutama koordinasi tangan, mata dan juga otak.

7 MANFAAT 'LEGO' UNTUK ANAK KECIL

Jom baca 7 fakta menarik mengenai permainan ini dibawah.

MANFAAT 'LEGO' UNTUK ANAK KECIL

1. MEMBENTUK KEMAHIRAN MOTOR
Anak-anak dapat melatih otot-otot halus mereka terutama di bahagian jari-jemari bagi membina kemahiran motor halus mereka. Perkara ini amat penting supaya anak-anak anda mudah memegang dan kemudian pandai menulis dengan lebih cepat.

2.MEMPERKENALKAN KONGSEP RUANG

Berbeza daripada apa yang dilihat pada buku atau skrin tablet, permainan seperti ini mengalakkan anak anda untuk memahami konsep ruang yang bersifat 3 dimensi.

3.MEMAHAMI KONSEP SAIZ
Permainan ini mengenalkan anak-anak anda kepada bentuk, saiz, berat, ketinggian dan kelebaran sesuatu objek. Mereka juga dapat memahirkan diri dalam konsep mengira ataupun dengan lebih mudah matematik.

4.LATIHAN KONSENTRASI
Anak-anak anda akan cuba memberikan penumpuan yang tinggi terhadap permainan mereka keranan permainan ini memerlukan mereka untuk menyambung, membentuk dan sebagainya. Perkara ini boleh melatih konsentrasi dan koordinasi otak mereka dengan lebih baik.

5. MENINGKATKAN KEYAKINAN
Apabila berjaya membinan sesuatu sesuai dengan kehendak, mereka akan jadi lebih yakin dan konfiden dengan diri mereka sendiri. Kemahiran sosial mereka juga akan turut meningkat kerana mereka perlu bercakap untuk menghasilkan sesuatu atau meminta bantuan daripada orang lain.

6. MELATIH KOORDINASI MATA

Permainan ini juga baik untuk mata mereka kerana mereka mungkin akan melihat benda yang kecil dan berlainan warna. Perkara ini memudahkan mereka untuk lebih cepat kenal huruf, nombor dan juga warna pada permainan tersebut.

7. MENINGKATKAN KREATIVITI

Anak-anak juga dapat memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan memikirkan cara yang paling baik untuk menyambung dan membentuk sesuatu objek dengan menggunakan 'Lego'. Maka dengan sendirinya, otak mereka akan semakin ligat berfikir dan sentiasa memikirkan idea yang baru.


KESIMPULANNYA - Bukan permainan 'Lego' sahaja yang baik untuk tumbesaran anak-anak kecil, tetapi terdapat permainan lain seperti 'play-doh' dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa, kita seharunsya lebih memahami dan meneliti setiap perkembangan anak-anak kita supaya mereka akan membesar menjadi seseorang yang pintar dan mudah memahami serta menyelesaikan sesuatu perkara tanpa bantuan orang lain.

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget