10 Tanda Kekasih Anda Pengongkong

PETANDA TEMAN LELAKI ANDA SEORANG PENGONGKONG

Betapa indahnya dilamun cinta. Perasaan mencintai dan dicintai membuatkan hidup seperti di alam syurgawi dan anda sentiasa teringatkan si dia. Anda ingin didampingi si dia setiap masa, membaca ucapan SMS-nya setiap kali bangun pagi dan sebelum malam lena. Tanpa sedari, perasaan selesa dan hangat itu sedikit demi sedikit melemaskan anda. Khayalan indah dahulu kini bertukar menjadi mimpi ngeri.
        “You should only be in a relationship with someone who makes you happier. If someone is not making your life better, or causing problems that you would otherwise not have, it may be best to reconsider the role he plays in your life” – Anonymous
Anda mungkin keliru mengapa perasaan rimas itu datang. Mungkin dengan mengenal pasti tanda-tanda anda memiliki seorang kekasih yang mengongkong menjadi batu loncatan untuk anda bebas dari penjara ini.

10 PETANDA TEMAN LELAKI ANDA SEORANG PENGONGKONG

10 Tanda Kekasih Anda Pengongkong

#10 SENTIASA DI SISI ANDA
Ayat ini mungkin kedengaran manis dan mengujakan. Tapi jika maksudnya di situ adalah sentiasa 24/7 di sisi anda, peluang untuk anda memiliki controlling boyfriend  sangat tinggi. Sekarang tiada lagi masa untuk rakan-rakan, tiada lagi girls’ night out melainkan dia ada bersama.

#9 BIADAB
Kata-kata tidak lagi sopan dan seikhlas dulu. Tiada ucapan terima kasih dan senyuman ikhlas terukir di wajahnya. Sedikit kelewatan atau kecuaian, anda pasti dimarahinya bagai anak kecil.

#8 DIPAKSA MELAKUKAN APA YANG DISUKAINYA
Dia tahu anda tidak sukakan tempat yang bising, tapi dibawa juga menonton gig di bandar. Sesak, berbau, lembab, tapi apakan daya dia boyfriend anda, terpaksa mengikut kehendaknya. Hinggakan tempat makan dan dating pun dia yang pilih, selera anda langsung tak diendahnya.

#7 SERING MENYOAL
Apa sahaja yang anda lakukan akan disoalnya. Seolah-olah dia seorang majistret. Hatta ayah anda tidak sekecoh si dia dalam mempersoalkan dengan siapa anda bergaul dan ke mana anda pergi.

#6 DILARANG BER'FACEBOOK'

Keaktifan anda bersosial di laman facebook seakan-akan disekat olehnya. Kata kunci akaun anda juga perlu diberi padanya dan si dia akan memantau setiap gerak di wall anda. Lebih teruk lagi jika si dia meminta untuk anda memadam terus akaun facebook.

#5 CEMBURU BUTA

Ada saja yang tidak kena di matanya. Urusan sesama rakan atau atas dasar kerja pun diraguinya dek cemburu tidak bertempat. Kadangkala perbalahan ini tidak masuk akal dan anda mula penat melayan kerenahnya yang keanak-anakan.

#4 MELIMPAHKAN WANG KEPADA ANDA
Jangan mudah terpedaya dengan kesenangan material yang diberikan oleh kekasih anda. Adakalanya (bukan semua), hadiah atau wang yang diberi kepada anda ada tersirat sesuatu. Si dia cuba menjadi superior daripada anda, si dia akan berusaha untuk ‘menang’ dalam semua perkara agar anda mudah mengikut telunjuknya kemudian.

#3 ANDA TIDAK BERHARGA BAGINYA
Benar, anda girlfriend-nya. Tapi sedikitpun dia tidak hiraukan masalah anda. Anda menghadapi situasi genting, gagal dalam ujian, atau tekanan dalam keluarga, tapi si dia hanya buat endah tak endah sahaja.

#2 BERLAKU KASAR

Jika si dia sudah berani menghamburkan kata-kata kesat di hadapan anda, apa lagi yang perlu diagung-agungkan dengan lelaki dayus sebegini? Apatah lagi jika si dia mula naik tangan…

#1 ANDA TIDAK GEMBIRA BERSAMANYA
Jelas sekali, semua perasaan datangnya daripada hati dan naluri kita. Jika anda sendiri merasakan ada sesuatu yang tidak kena, anda rasa lebih tenang jika si dia tiada di sisi berbanding bersama, tiba masa anda perlu keluar dari kepompong ini. Ingat, kata hati tak pernah menipu!


ULASAN: Ade apa-apa lagi yang anda ingin tambah? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini dan admin akan update nanti.. :)

Post a comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget