Petua Atasi Masalah Ketiak Hitam

Petua Atasi Masalah Ketiak Hitam

Pasti ramai di antara anda rungsing dengan masalah ketiak hitam bukan? Saya yakin anda pasti pernah terfikir bagaimana ketiak yang berwarna cerah tetiba bertukar menjadi gelap walaupun jarang terkena sinaran matahari.

Ada sesetengah orang percaya bahawa penggunaan bedak atau 'deodoran' adalah salah satu punca kepada masalah ini. Mungkin apa yang mereka katakan itu ada kebenarannya kerana di dalam bedak ataupun deodoran ada bahan kimia yang kurang sesuai dengan tubuh seseorang.

PETUA CERAHKAN KETIAK HITAM DAN HILANGKAN BAU BADAN

Tetapi anda jangan risau, saya akan cuba berikan sedikit petua untuk mengatasi masalah ketiak yang bertukar warna ini.

Bahan-bahan yang diperlukan
  1. Sebiji limau nipis
  2. Sedikit kapur sirih
Perahkan limau nipis tersebut ke dalam bekas atau mangkuk, kemudian ambil sedikit kapur dan campurkan dengan air perahan tersebut lalu gaulkan sehingga sebati.

Sapukan air campuran tersebut pada ketiak anda setiap kali selepas mandi. Biarkan lebih kurang 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih.


SEDIKIT PESANAN..
Jangan gunakan kapur dengan banyak kerana dirisaukan kesan yang dihajatkan akan jadi terbalik. Nanti ketiak anda akan bertambah hitam. Hahahaha. Cukup sekadar secubit sahaja.

Seperkara lagi, mungkin ada diantara anda yang mencuba petua ini akan merasa sedikit pedih pada ketiak ataupun gatal-gatal. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah cuma perlu tunggu hanya 3-10 minit sebelum anda membilas dengan air bersih.

InsyaAllah, jika anda selalu amalkan petua ini, anda akan nampak kesannya seawal satu minggu atau mungkin berbeza bagi setiap orang. Petua ini juga secara tidak langsung boleh menghilangkan bau ketiak yang kurang memuaskan. Selamat mencuba.

TAGS:

Petua Cerahkan Ketiak, Tips Cerahkan Ketiak, Cara Cerahkan Ketiak, Petua Atasi Masalah Ketiak Hitam, Tips Atasi Masalah Ketiak Hitam, Cara Atasi Masalah Ketiak Hitam, Petua Cerahkan Ketiak Dengan Cepat, Tips Cerahkan Ketiak Dengan Cepat, Cara Cerahkan Ketiak Dengan Cepat, Petua Cerahkan Ketiak Dengan Berkesan, Tips Cerahkan Ketiak Dengan Berkesan, Cara Cerahkan Ketiak Dengan Berkesan,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget