8 Petua Berkesan Hilangkan Bau Hanyir Ikan

CARA HILANGKAN BAU HANYIR IKAN SEBELUM DIMASAK

Bau hanyir ikan memang boleh menyebabkan selera makan seseorang itu terbantut. Walau sesedap manapun ikan yang dimasak, kalau bau hanyir masih ada, memang akan dianggap gagal. Sebab itu penting untuk mengetahui teknik yang betul cara hilangkan bau hanyir pada ikan sebelum memasaknya.

8 CARA HILANGKAN BAU HANYIR IKAN SEBELUM DIMASAK

Mudah sahaja caranya, hanya gunakan bahan-bahan harian yang terdapat di dapur rumah anda.

8 Petua Berkesan Hilangkan Bau Hanyir Ikan

1. SAPUKAN DENGAN PES CAMPURAN SERBUK KUNYIT, GARAM & TEPUNG JAGUNG
Campurkan ketiga-tiga bahan di atas dan sapu pada ikan. Perap selama 30 minit hingga satu jam. Terpulang pada anda sama ada ingin membilas ikan itu dahulu atau terus menggoreng menggunakan pes tadi.

2. PASTIKAN IKAN DIBERSIHKAN DENGAN BETUL
Buang segala organ dalaman ikan, insang dan juga membran putih yang terdapat dalam ikan. Perkara ini dapat menghilangkan bau hanyir ikan jika dilakukan dengan betul.

3. GUNAKAN JUS LEMON
Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan ia meresap sebelum dibilas dengan air bersih. Anda juga boleh menggunakan limau purut jika mahu.

4. GUNAKAN HALIA
Halia bukan sahaja dapat menghilangkan bau hanyir ikan malah juga boleh membuang toksin yang ada pada sesetengah ikan. Caranya, cincang halus dengan halus dan letakkan pada ikan. Biarkan selama 30 minit sehingga 1 jam.

5. SAPU DENGAN MINYAK BIJAN
Sapu minyak bijan pada ikan dan biarkannya seketika. Minyak bijan dapat menghilangkan bau hanyir ikan dengan cepat.

6. RENDAM DALAM SUSU
Masukkan ikan yang sudah dibersihkan ke dalam susu dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih. Susu mengandungi 'casein' yang bertindak menghilangkann bau hanyir ikan.

7. DAUN JAMBU BATU
Ambil beberapa helai daun jambu batu, bersihkannya dan ramaskan daun berkenaan ke dalam bekas yang berisi air. Selepas itu, masukkan ikan ke dalam air tersebut. Biarkan selama 30 minit.

8. RENDAM DALAM AIR GARAM ATAU CUKA
Selepas dibersihkan, rendam ikan dalam air garam atau cuka selama 15 minit. InsyaAllah, semua bau hanyir akan hilang dengan serta-merta.


KESIMPULAN:
Mudah sahaja petuanya bukan? Ikan adalah sumber protein yang terbaik dalam diet seharian. Jangan disebabkan anda tidak tahu cara yang betul untuk membuang hanyirkan ikan, anda mengelakkan diri daripada masak ikan. Ikan lebih bermanfaat daripada ayam atau daging.

Selamat mencuba.

Post a Comment

Baguslah tips ni. Semoga ianya memberi manfaat buat semua. Happy blogwalking :)

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget