8 Petua Berkesan Hilangkan Double Chin Dengan Cepat

CARA HILANGKAN DOUBLE CHIN DENGAN MUDAH DAN BERKESAN

Siapa kata kita perlu diet yang ekstrem untuk menghilangkan lemak di bawah dagu atau lebih dikenali sebagai 'double chin'? Semua itu tak perlu. Sebenarnya ada rahsia yang terbaik untuk menghilangkan masalah dagu berlipat ini.

Nak tahu?

Jika anda ingin tahu, senaman dagu atau 'chin exercise' adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Bagaimana bentuknya senaman dagu itu? Jom lihat di bawah ini.

8 CARA HILANGKAN DOUBLE CHIN DENGAN MUDAH DAN BERKESAN

Ada beberapa tips senaman dagu yang disarankan. Semuanya mudah dan tidak memakan masa yang lama untuk dilakukan. Yang paling penting ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

1. STICK IT OUT

a. Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas
b. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5
c. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
d. Ulang sehingga 10 kali

2. NECK ROLL
a. Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada
b. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5
c. Kembali ke posisi asal
d. Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5
e. Ulang semula dalam masa 30 saat

3. CHIN SLAP
a. Sambil pandang ke depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan secara perlahan-lahan
b. Lakukan sehingga 30 saat

4. LAYING LIFTS

a. Baring dan angkat kepala perlahan-lahan sehingga dagu mencecah dada
b. Biarkan selama 10 saat
c. Kembali kepada posisi asal
d. Ulang sebanyak 2 kali

5. THE KISS

Petua Berkesan Hilangkan Double Chin Dengan Cepat

a. Sambil berdiri, dongakkan kepala memandang ke siling
b. Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama 5 saat
c. Relaks dan tegakkan semula kepala anda
d. Buat sehingga 15 kali

6. JAW JUT
a. Donggakan kepala sambil memandang siling
b. Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu anda
c. Buat kiraan sehingga 10 dan relaks semula rahang
d. Ulang sehingga 10 kali

7. TONGUE ON TEETH
a. Berdiri dan buka mulut seluasnya
b. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah
c. Hirup udara melalui mulut dna keluarkan udara sambil membuat bunyi 'aaahhhh'
d. Lakukan selama 1 minit
e. Relaks dan ulang sekali lagi

8. IN AND OUT
a. Bentukkan tangan anda seperti huruf V dan letak ibu jari pada hujung rahang
b. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi
c. Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan
d. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang
e. Relaks dan ulang sehingga 3 kali


KESIMPULAN
Apa yang anda perlu lakukan ialah luang masa selama 10 minit sehari untuk melakukan senaman di atas. Jika anda mahu nampak kesan dalam masa yang singkat anda juga boleh mengurut bawah dagu anda selama 10 minit sebelum tidur tiap-tiap malam.

Selamat mencuba dan selamat berjaya.

Post a Comment

hiiiii blogwalking here....kite suka tajuk ni ..sbb kite po ada double chin..

pstt kite dah try webby ni..ok tak slow..laju jugk nka buka ur entry..n kite dah follow u

^^

yeke? smoga double chin awk tu hilang la ye.. huhu..

btw.. tq jgak sbb sudi dtg n beri respons... hehe :D

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget