Tahukah anda tidak semua orang dikurniakan bulu mata yang panjang dan melentik secara semulajadi. Tapi itu tidak bermakna mereka yang mempunyai bulu mata yang pendek tidak boleh berbuat apa-apa untuk mendapatkan bulu mata yang panjang, lebat dan melentik.
Apa yang anda dan mereka perlu lakukan ialah mencuba tips dan petua yang sesuai untuk mendapatkannya. Di bawah ini akan saya kongsikan beberapa petua dan tips berkesan untuk mendapatkan bulu mata yang cantik dan melentik.
5 TIPS BERKESAN LEBATKAN, PANJANGKAN DAN LENTIKKAN BULU MATA ANDA
1. SAPU VASELINE SETIAP MALAM
Produk 'petroleum jelly' seperti vaseline sangat membantu dalam pertumbuhan bulu mata. Ambil sedikit Vaseline menggunakan cotton bud atau berus maskara dan sapu pada bulu mata anda sebelum tidur.
2. GUNA MINYAK SEMULAJADI
Minyak kelapa, minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral dan vitamin yang menjadi agen pemanjang bulu mata yang efektif. Ia bukan sahaja dapat membantu memanjangkan bulu mata malah melembapkannya.
3. GUNAKAN TEH HIJAU
Jika anda kurang selesa dengan minyak, anda juga boleh menggunakan teh hijau untuk panjangkan bulu mata. Basahkan cotton swab dalam teh hijau dan tekap pada bulu mata anda. Bilas dengan air bersih sebaik sahaja anda bangun tidur.
4. SIKAT DENGAN KERAP
Pasti anda tidak percaya bukan dengan apa yang saya katakan. Tetapi itulah hakikatnya. Cubalah sikat bulu mata anda selalu dan lihat hasilnya.
5. MAKAN 'BIOTIN'
Biotin atau lebih dikenali sebagai Vitamin B kompleks terdapat dalam makanan seperti avokado, keju, kobis bunga, almond, sayuran hijau serta kekacang. Ia sangat berkesan bukan sahaja untuk panjangkan bulu mata, tetapi juga untuk menyihatkan rambut anda.
KESIMPULANNYA..
Dengan menggunakan teknik yang betu, setiap orang mampu mempunyai bulu mata yang panjang, lebat, lentik dan juga menarik. Walaupun kesannya berbeza untuk setiap orang, tetapi anda pasti akan nampak kesannya jika anda selalu amalkan.
Selepas beberapa bulan, kesannya akan menjadi semakin ketara dan waktu itu anda tidak perlu lagi menggunakan maskara. Ia bukan sahaja memberi penampilan yang menarik malah menjadikan seseorang itu tampila lebih muda, segar dan vibrant.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.