Kewujudan cicak di rumah seringkali membuat kita jijik dan kesal kerana tahi cicak yang sering mencemarkan rumah, cicak boleh suka menghampiri makanan dan minuman kita . Lalu macam mana nak menghalau cicak dari dalam rumah atau bilik kita dan membuat cicak tidak balik lagi ke dalam rumah?
8 CARA BERKESAN MENGHALAU CICAK DARIPADA MEMASUKI RUMAH
Anda boleh gunakan cara yang saya nyatakan di bawah ini.1. SERBUK KOPI
Letak sedikit serbuk kopi ke dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaulkan. Ambil pencunkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian letakkan serbuk yang telah digaulkan tadi. Letak di tempat yan sering dimasuki oleh cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati apabila memakan serbuk tersebut.
2. LADA HITAM
Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air serta masukkan kesemua bahan tersebut dalam bekas spray. Sembur pada dinding, tingkap dan pintu untuk mengelakkan cicak daripada masuk atau merayap ke dalam rumah anda. Cicak tidak tahan dengan rasa atau bauan yang pedas.
3. SOS TABASCO
Campurkan air bersama sedikit sos Tabasco dan masukkannya ke dalam botol spray. Sembur bahan tersebut ke belakang almari, rak atau tempat tertutup. Baunya yang tajam akan membuatkan cicak tidak akan berani datang ke tempat semburan itu.
4. BULU AYAM
Cicak secara semulajadinya memang sangat takutkan bulu ayam. Gantung atau letak bulu ayam di sekitar rumah anda. Secara tidak langsung, cicak tidak akan berani mendekati tempat tersebut.
5. KULIT TELUR
Cicak tidak suka bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong seperti tepi tinka atau pintu untuk mengelakkan daripada dimasuki cicak. Jangan lupa untuk gantikan dengan yang baru selepas 2 minggu digunakan ye.
6. BAWANG PUTIH/MERAH
Cicak sangat bencikan bau bawang putih atau merah. Gantung atau letakkan di tempat yang selalu cicak muncul. Anda juga boleh kisarkan bawang dengan sedikit air untuk dijadikan air semburan spray.
7. PLY PAPER
Letakkan ply paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding. Apabila cicak melaluinya, ia akan melekat pada ply paper tersebut. Jadi, dengan mudah anda dapat membuang cicak-cicak yang melekat.
8. PERANGKAP TIKUS
Ramai yang tidak tahu bahawa, perangkap tikus juga boleh digunakan untuk menangkap cicak. Kalau anda tidak percaya, cuba gunakannya dan lihat hasilnya nanti.
KESIMPULAN
Anda haruslah memastikan keadaan rumah anda bersih supaya tiada saki baki sisa makan di dapur ataupun lantai yang boleh menarik perhatian serangga mengerumuninya sekaligus menarik perhatian cicak untuk datang. Pastikan juga pinggan mangkuk yang telah digunakan dicuci dengan segera.
Semoga petua dan tips di atas berguna untuk anda dan keluarga. Selamat mencuba.
Post a Comment
boleh try guna tips2 ni memandangkan kat rumah byk sgt cicak2 ni.
membalas kunjungan.. :) tq atas prkongsian tips. sy dh follow blog ini jgk. btw loading blog ni sngt ringan. hnya 3 second. :)
oyeke? trima ksih ye atas respons.. :D
SA Membalas kunjungan anda..salam kenal..salam persahabatan..terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog SA..so far blog anda tiada masalah loading..laju je cuma kat hp agak slow sikit...
yeke? ok.. tq ye.. nty sy cek ape mslh dgn mobile responsive... :D
Nice info...btw salam thanks.thanks pernah lawat blog saya..So far blog 1001 petua awak tu lancar ..x berat sangat pun
Hai..tq for blogwalking ke blog sy. Tak berat la blog awk..cepat je loading
Membalas kunjungan.. so far blog awak agak ringan. terima kasih kerana sudi membaca blog saya.
terima kasih sudi tinggal jejak di ceritaita.com blog ni ok dr segi loading di pc tapi ada masalah bila di hp.. cuma keluar wallpaper kaler pink je..
tq ye sudi beri respons.. :D
erkkk.. keluar wallpaper je? boleh sy tau cik gune browser ape ye?
sama2.. :D ty jugak sbb sudi dtg n berikan respons.. :D
sme2.. :D tq jugak sbb sudi dtg n berikan respons... hehehe :D
wah..bagus tips ni. boleh la try nanti. cicak pun banyak kat rumah
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.