Petua Cegah Kelemumur Guna Daun Pandan

PETUA CEGAH KELEMUMUR DAN LEBATKAN RAMBUT

Memiliki rambut yang cantik dan sihat menjadi impian setiap orang terutamanya wanita. namun, tidak semua orang mampu memiliki rambut yang sihat kerana mengalami masalah rambut gugur dan juga kulit kepala berkelemumur.

Punca utama rambut berkelemumur tiada kaitan dengan habuk dan debu. Ianya disebabkan oleh masalah kulit kepala yang kurnag sihat atau berpenyakit.

Sekiranya anda tercari-cari petua tradisional dan semulajadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba petua yang akan saya kongsikan di bawah.

PETUA CEGAH KELEMUMUR DAN LEBATKAN RAMBUT

Ambil beberapa helai daun pandan dan kisarkan. Setelah dikisar, tapis kisaran untuk mendapatkan airnya.  Sebelum digunakan, bersihkan dahulu rambut dengan syampu dan picit-picit kulit kepala dengan lemah gemalai supaya pengaliran darah di bahagian kepala lebih lancar. Biar lebih banyak zat-zat yang akan sampai ke kawasan tersebut.

Selepas bersyampu dan dibersihkan, maka bolehlah  diratakan air pandan tadi ke seluruh kepala. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air dan keringkan dengan tuala bersih.

Petua ini perlu diamalkan selalu untuk melebatkan rambut dan menghilangkan kelemumur di kepala. Selain itu rambut juga akan lebih wangi dengan keharuman daun pandan.

Selamat mencuba.

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget