Nampak macam mudah bukan. Tetapi tahukah anda bahawa goreng ayam pun ada teknik dan cara yang perlu anda ketahui supaya benar-benar masak isinya. Kalau terlalu cepat diangkat, boleh jadi mentah. Tapi, kalau terlalu lama pula boleh menyebabkan ianya menjadi sedikit keras dan kurang sedap.
Ayam yang berdarah dan masih mentah menajdi pembawa bakteria dan virus yang berbahaya. Bukan itu sahaja, melihatnya saja pun boleh menghilangkan selera anda.
6 PETUA GORENG AYAM SUPAYA RANGUP, SEDAP & TIDAK BERDARAH
Di bawah ini adalah cara yang betul menggoreng ayam supaya dapat menghasilkan ayam goreng yan rangup dan tidak berdarah.1. MENGELAR ATAU MEREBUS TERLEBIH DAHULU
Jika anda lebih sukakan potongan ayam yang besar, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia akan masak dengan sempurna. Selain itu, anda jua boleh merebus atau mengukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.
2. GUNA MINYAK YANG BANYAK
Untuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna, pastikan anda mengisi minyak masak dengan banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali. Dengan cara ini, secara automatiknya proses pemanasan akan lebih merata sehingga daging ayam akan masak dengan sempurna dan tidak berdarah.
3. MASUKKAN BAHAGIAN YANG BERTULANG DAHULU
Bahagian yang mempunyai 'joints' atau tulang-temulang bersambung dan lebih cenderung mengeluarkan darah tadi sepatutnya dimasukkan terlebih dahulu semasa mula menggoreng. Kemudian, barulah diterbalikkan ke bahagian lain agar ia akan masak dengan sempurna.
4. PASTIKAN POTONGAN AYAM TIDAK TERLALU BESAR
Pertama sekali, anda perlu melihat saiz ayam yang hendak dimasak terutamanya pada bahagian bertulang seperti peha dan juga kepak. Pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.
5. CAIRKAN DULU AYAM YANG DISEJUK BEKU
Jangan terus menggoreng ayam yang baru sahaja dikeluarkan dari bahagian 'freezer'. Walaupun kelihatan tidak berais, suhu yang sejuk ini mengambil masa untuk mengembalikan ayam ke suhu bilik. Kalau terus digoreng, kemungkinan besar ayam cuma masak di bahagian luar sahaja.
Maka, pastikan anda rendam dahulu ayam yang baru dikeluarkan dari peti ais ke dalam air suam atau anda juga boleh panaskannya ke dalam microwave.
6. GUNA API YANG SEDERHANA
Bagi memastikan ayam dimasak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, lebih baik memasak dengan suhu api yang kecil atau sederhana. Jika api yang digunakan terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak atau mungkin hangus walaupun bahagian dalamnya masih belum masak sepenuhnya.
KESIMPULANNYA :
Dengan mengamalkan petua dan tips di atas, diharap selepas ini ayam yang dimasak oleh anda akan menjadi sempurna dan lebih enak apabila dimakan.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Wah bagus tips ni
Balas kunjungan... done follow... :)
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.