Bukan senang ingin mendapatkan bancuhan tepung yang betul-betul rangup dan sedap. Kalau menjadi pun, mungkin sedap dimakan waktu masih panas sahaja. Selepas itu, mulalah ianya lembik dan berasa kurang sedap. Jauh berbeza daripada pisang goreng yang dihasilkan oleh para peniaga di jalanan.
Sebenarnya ada beberapa petua dan tips turun-temurun mengenai goreng pisang yang boleh anda cuba di rumah. Boleh pilih yang mana mengikut kesukaan anda.
7 CARA MEMBUAT GORENG PISANG YANG RANGUP DAN LAZAT
Berikut adalah petua dan tips membuat goreng pisang agar ianya rangup dan garing walaupun disimpan seharian.1. GUNA TEPUNG PULUT
Biasanya kita dengar bancuhan menggunakan tepung beras bukan? Apa kata kita cuba pula bancuhan tepung pulut. Nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2. Selain ituu, bahan yang diperlukan adalah 1 biji telur, sedikit garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit.
Caranya, campurkan saja semua bahan ini dan masukkan air secukupnya. Kacau sehingga sebati dan bolehlah anda mula menggoreng.
2. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat ataupun lebih dikenali sebagai baking soda juga boleh digunakan untuk merangupkan goreng pisang anda. Mudah sahaja, cuma campurkan tepung gandung yang digunakan bersama sedikit soda bikarbonat sebelum membancuhnya dengan air, garam dan serbuk kunyit.
3. GUNAKAN TEPUNG GORENG 'INSTANT'
Di pasaran, banyak menjual tepung goreng 'instant' seperti Pisang Goreng Adabi yang tertulis cuma tambah air. Walaupun rasanya agak sedap, tapi tidak semuanya akan menjadi garing dan rangup apabila di makan. Pernah juga ianya melekat dan lembik apabila siap dimasak. Oleh itu, anda bolehlah tambahkan tepung gandung kepada tepung instant tersebut dengan nisbah 1:1. Ia akan menghasilkan bancuhan yang lebih likat dan rangup.
4. GUNAKAN KAPUR MASAKAN
Anda boleh menambahkan 1 sudu besar air kapur dalam bancuhan tepung. Gunakan nisbah 2:1 untuk tepung beras dan tepung gandum. Tambahkan 1 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk kunyit. Kemudian, tambahkan air secukupnya dan pastikan ia tidak terlalu cair.
5. MINYAK PANAS
Petua ini adalah yang paling senang dan mudah. Caranya, gunakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air, serbuk kunyit dan garam. Kemudia tambahkan minyak masak yang telah panas dan gaulkan semula.
6. TAMBAHKAN KELAPA PARUT
Cara seterusnya ialah dengan menggunakan kelapa parut. Istimewa bukan? Selain menyedapkan rasa, ianya juga boleh membantu merangupkan gorengan anda. Cuma tambahkan sedikit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung, kunyit, air kapur, kelapa parut, telur dan garam.
7. MARJERIN @ BUTTER
Selain bahan-bahan di atas, anda juga boleh mengolah resepi dengan menambahkan 2 sudu marjerin atau butter ke dalam bancuhan tepung gandum, serbuk kunyit dan sedikit garam dan gula.
KESIMPULANNYA..
Sebenarnya banyak lagi resepi yang boleh digunakan untuk merangupkan dan menyedapkan goreng pisang anda. Tetapi tips dan petua yang saya kongsikan di atas adalah yang paling mudah kerana semua bahan-bahanya sudah tentu ada di dapur rumah anda bukan?
Selamat mencuba dan selamat berjaya.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.