6 Cara Berkesan Hilangkan Bau Bawang Selepas Memasak

PETUA HILANGKAN BAU BAWANG PADA TANGAN SELEPAS MEMASAK DENGAN PANTAS

Memang menyakitkan hati apabila bau bawang melekat pada tangan dan kuku kita bukan? Lebih-lebih lagi kalau memasak dalam jumlah yang banyak seperti kenduri atau majlis keramaian. Tapi, takkan kita nak tinggalkan bahan wajib dalam masakan ini. Kalau memasak tanpa menggunakan bawang, pasti masakan kita akan rasa kosong tanpa perasa.

Tetapi, tahukah anda, ada petua dan tips berkesan yang boleh hilangkan bau bawang pada tangan kita selepas memasak dengan pantas?

6 PETUA HILANGKAN BAU BAWANG PADA TANGAN SELEPAS MEMASAK DENGAN PANTAS

1. LUMUR DENGAN PES GARAM

Cara Berkesan Hilangkan Bau Bawang Selepas Memasak

Ambil satu sudu garam dna letakkan pada tangan anda. Tambah sedikit air untuk membentuk pes dan gaul pada tangan yang berbau bawang. Biarkan beberapa mini sebelum bilas. Bukan sahaja hilang bau bawang malah bawang juga bertindak sebagai skrub untuk menjadikan tangan anda lebih lembut dan halus.

Namun, elakkan menggunakan bawang jika terdapat kesna luka di tangan anda kerana ia boleh menyakitkan tangan anda. Gantikannya dengan gula.

2. RENDAM TANGAN DALAM JUS TOMATO
Jika tidak sukakan tekstur yang kasar seperti garam atau gula, and ajuga boleh gunakan cecair seperti jus tomato. Rendam tangan selama 5 minit dan bilas. Anda juga boleh gunakan jus lemon jika mahu.

3. RAMAS BUAH OREN
Buang kulit dan potong bauh kepada 2 bahagian. Ramas sehingga hilang cecair daripada buah oren. Kulit oren juga bertindak dengan fungsi yang sama. Bau bawang akan hilang dengan serta merta dan digantikan dengan bau sitrus yang harum.

4. GOSOK TANGAN ANDA PADA PERMUKAAN YANG TAHAN KARAT
Gosok tangan anda pada sink yang tahan karat sambil biarkan air mengalir pada tangan. Paling mudah, gosok tangan anda pada sudu sambil lalukan air di atas tangan selama beberapa minit. Partikel kromium pada stainless steel akan meneutralkan molekul sulfur yang menaikkan bau bawang.

5. SODA BIKARBONAT
Serbuk penaik dan serbuk kopi adalah antara bahan penyah bau semulajadi yang berkesan untuk menghilangkan pelbagai jenis bauan. Sapukan bahan-bahan ini pada tangan anda.

6. LUMURKAN TANGAN DENGAN JEM KACANG
Letak sedikit lepa kacang atau jem kacang pada tangan dan sapu sekeliling tangan. Biarkan seketika sebelum membilas dengan air bersih. Jika kurnag selesa dengan tekstur lepa kacang yang berminyak, anda juga boleh gunakan ubat gigi sebagai ganti.


KESIMPULAN
Hanya perlu gunakan bahan yang mudah didapati di sekeliling anda. Bukan sahaja bau bawang dapat dihilangkan dengan cepat malah anda tidak perlu risau dengan kesan sampingan bahan kimia kerana bahan yang anda gunakan semuanya adalah semulajadi.

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget