Tahukah anda akibat terlalu banyak bahan yang disimpan di dalam peti sejuk, kadang-kadang seseorang itu lupa atau tidak sedar ada makanan yang sudah tamat tempoh. Makanan inilah yang akan mengeluarkan bau-bau yang kurang menyenangkan ke dalam peti sejuk anda.
Bukan itu sahaja, malah ada sesetengah makanan yang mengeluarkan aroma yang kuat juga boleh menyebabkan peti sejuk anda berbau.
Tapi, anda tidak perlu risau lagi kerana di bawah ini saya akan kongsikan 6 tips berguna untuk mewangikan peti sejuk di rumah anda dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi.
6 PETUA MEMBUANG BAU BUSUK PETI AIS SECARA SEMULAJADI
1.MENGGUNAKAN SERBUK PENAIK/BAKING SODATabur sedikit serbuk penaik ke atas dulang atau piring kecil dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Kemudian tutup peti sejuk dan tunggu sekurang-kurangnya 30 minit atau sehingga bau busuk hilang.
Selepas itu, masukkan semula barang-barang anda ke dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup kotak baking soda tersebut supaya ia dapat menyerap semua bau yang kurnag menyenangkan.
2. MENGGUNAKAN ESEN VANILLA
Tahukah anda, esen vanilla bukan sahaja boleh digunakan untuk memberi perasa dan aroma wangi pada kek dan bahan masakan, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mewangikan peti sejuk di rumah anda.
Caranya ialah ambil sebesen kecil air dan titikkan 4-5 titis esen vanilla ke dalamnya. Kemudian, ambil tuala kecil dan celupkan dalam air tadi sebelum mengelap peti sejuk anda. Anda pasti akan teruja dengan bau wangi peti sejuk anda nanti.
3. MENGGUNAKAN ARANG
Selain itu, anda juga boleh menggunakan arang untuk menghilangkan bau busuk dalam peti ais anda. Cuma masukkan seidkit arang ke dalam bekas ' tupperware' dan letakkannya ke dalam peti sejuk.
Jangan lupakan laraskan suhu peti sejuk anda ke paras yang rendah dan biarkan arang tersebut selama 2-3 hari di dalam.
4. MENGGUNAKAN SERBUK KOPI/TEH
Gunakan uncang teh atau kopi dan letakkan ke dalam peti sejuk anda. Jika tiada jenis uncang, anda juga boleh menggunakan serbuk kopi atau teh iaitu dengan menaburkannya ke atas dulang kecil sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Dalam hanya beberapa minit sahaja, peti sejuk anda anda penuh dengan bauan aroma kopi dan teh itu tadi.
5. MENGGUNAKAN CUKA PUTIH
Masukkan cuka putih ke dalam bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk. Ia akan menyerap semua bauan yang kurang menyenangkan.
Untuk mewangikan lagi peti sejuk anda, cuma perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan tersebut.
6. MENGGUNAKAN ROTI
Tahukah anda, roti juga boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang enak di dalam peti sejuk. Cuma letakkan sekeping atau dua roti ke dalam peti sejuk dan biarkan sampai ia mengering. Jika peti sejuk anda masih berbau, boleh gantikan dengan roti yang baru sehingga hilang bau busuk itu.
KESIMPULANNYA - Anda perlu tahu bahawa peti sejuk juga adalah salah satu tempat pembiakkan segala jenis bakteria jika ia tidak dijaga dengan baik, berbau dan juga kotor. Bau busuk peti sejuk juga akan menjejaskan rasa makanan dan kemungkinan bakteria yang ada dalam makanan akan mengancam kesihatan anda dan keluarga.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.