6 Cara Berkesan Hilangkan Bau Busuk Tupperware

CARA MENGHILANGKAN BAU BUSUK BEKAS MAKANAN ATAU TUPPERWARE DENGAN EFEKTIF

Bekas makanan atau 'tupperware' memang memudahkan kerja harian dan membantu kita mengorganisasikan barangan di dapur. Ia juga menjadi pilihan utama untuk membawa bekal makanan dan minuman ke pejabat atau sekolah.

Walaubagaimanapun, kadang-kadang bekas makanan yang kita gunakan akan meninggalkan kesan bau yang sangat kuat dan sukar untuk dihilangkan. Malah, kalau terlebih sabun ketika mencuci, bekas makanan kita akan berbau sabun dan dikhuatiri akan menjejaskan rasa makanan yang akan diletak dalam bekas itu nanti.

Tapi, tahukah anda terdapat beberapa cara yang sangat efecktif dan berkesan untuk menghilangkan bau busuk 'tupperware' dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di dapur rumah anda.

CARA MENGHILANGKAN BAU BUSUK BEKAS MAKANAN ATAU TUPPERWARE DENGAN EFEKTIF

Berikut adalah beberapa tips dan petua yang sangat berguna dalam menghilangkan atau mengelakkan bau busuk 'tupperware' anda di rumah.

6 Tips Berkesan Hilangkan Bau Busuk Tupperware

1. MENGGUNAKAN SURAT KHABAR

Ramas dan renyukkan surat khabar lama di rumah anda. Sumbat ke dalam bekas makanan yang telah dicuci dan kering. Tutup penutupnya dan biarkan semalaman. Keesokan harinya, bau yang melekat akan terserap ke dalam surat khabar. Jangan lupa untuk mencuci bekas makanan tadi sebelum menggunakannya semula.

2. PERAHAN JUS LIMAU NIPIS ATAU LEMON
Perahkan limau nipis ayau lemon untuk diambil jusnya dan gosokkan limau nipis tadi ke seluruh bahagian dalam bekas makanan atau tupperware anda. Biarkan sekitar 4-5 minit sebelum anda bilas dengan air bersih.

Untuk pengetahuan anda, lemon bukan sahaja boleh menghilangkan bau busuk dalam tupperware tetapi ia juga boleh digunakan bersama garam untuk menghilangkan kotoran degil.

3. MENGGUNAKAN SERBUK TEH
Satu lagi bahan semulajadi yang boleh menyerap aroma dengan pantas ialah serbuh teh. Anda boleh menggunakan serbuk atau uncang teh yang telah digunakan ataupun belum. Caranya mudah sahaja, cuma letakkan uncang teh ke dalam bekas yang telah dicuci dan tutup bekas makanan anda serta biarkan selama semalaman.

4. MENGGUNAKAN GARAM
Taburkan secubit garam ke dalam bekas makanan yang telah dicuci. Tutup bekas tersebut dan biarkan ia selama 2-3 jam. Secara semulajadi, garam akan bertindak sebagai agen yang kan menyahkan bau busuk makanan atau minuman yang masih tertinggal dalam tupperware anda.

5. MENGGUNAKAN CUKA
Selain bahan-bahan di atas, cuka juga merupakan salah satu agen pencuci semulajadi yang sangat efektif. Setelah mencuci bekas makanan anda, tuangkan sedikit cuka ke dalam bekas dan biarkan selama 5-10 minit untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Kemudian, bilaslah bekas tadi dengan air bersih.

6. MENGGUNAKAN SERBUK PENAIK ATAU BAKING SODA

Baking soda sangat sesuai untuk digunakan kerana ia juga boleh bertindak sebagai agen penyerap bau yang sangat berkesan. Caranya ialah, campurkan sedikit serbuk penaik dengan air suam dna gosok pada bahagian dalam bekas makanan tersebut. Biarkan seketika sebelum dibilas.

Jika masih berbau, rendam bekas makanan atau tupperware anda dalam larutan baking soda dan biarkan ia semalaman.


KESIMPULANNYA - Tahukah anda, bau busuk dalam bekas makanan atau tupperware juga disebabkan oleh bakteria yang membiak kerana sisa makanan atau minuman yang tidak dibasuh dengan bersih. Jadi hati-hati sebelum menggunakan bekas makanan yang berbau busuk ye.

Selamat mencuba.

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget