Petua Hilangkan BlackHead dan WhiteHead

Tips Hilangkan Bintik Hitam dan Putih Pada Wajah
Whitehead dan Blackhead pada wajah yang berminyak
Tahukah anda, bagi mereka yang memiliki kulit berminyak kehadiran bintik putih ataupun 'white spots' yang lebih dikenali sebagai WhiteHead terutama di zon-T ( bahagian hidung dan dahi ) sangatlah merimaskan.

Bukan itu sahaja, malah bintik putih yang tidak dibuang lama-kelamaan akan bertukar menjadi bintik hitam atau lebih dikenali sebagai 'BlackHead'.

Kata sesetengah doktor kalau bintik-bintik makin banyak menampak di muka atau wajah seseorang, itu bermaksud paras kolestrol dalam tubuh mereka semakin meningkat. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah kurangkan pengambilan makanan yang berminyak.

PETUA TRADISIONAL MEMBUANG BINTIK PUTIH DAN HITAM PADA WAJAH

Jika anda masih tercari-cari petua tradisional atau tips moden untuk membanteras bintik-bintik jahat ini, anda bolehlah cuba petua di bawah ini.

Bahan-bahan diperlukan
  • Seulas bawang putih
  • Limau nipis
  • Putih Telur
1. Tumbuk bawang putih tersebut sehingga lumat dan gaulkan bersama perahan air limau nipis dan putih telur.

2. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam dan lap sehingga kering.

3. Ambil beberapa helai tisu, dan letakkan ramuan tadi di atas tisu tersebut lalu tampal di bahagian muka yang bermasalah.

4. Tunggu sehingga kering sebelum mencabut tisu tadi. Akhir sekali, bilaslah dengan air sejuk.


Bagaimana Bintik Hitam Terjadi

InsyaAllah, anda pasti akan gembira apabila melihat bintik-bintik hitam dan putih melekat di atas tisu yang anda gunakan.


Selamat mencuba.

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget