Tahukah anda, sesetengah perempuan mungkin mempunyai hormon lelaki yang berlebihan di dalam diri mereka. Perkara ini boleh mengakibatkan mereka mempunyai masalah bulu ataupun rerambut halus yang agak ketara pada wajah mereka.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya jangan sesekali mencukur bulu-bulu ataupun rerambut tersebut kerana ia akan mengakibatkan bulu-bulu tersebut akan menjadi lebih kasar.
PETUA HILANGKAN BULU HALUS PADA WAJAH
Jika anda mengalami masalah tersebut, mungkin petua di bawah ini sangat sesuai untuk anda amalkan.Pertama sekali, anda haruslah menyediakan beberapa bahan iaitu
- Satu sudu putih telur,
- Satu sudu gula
- Satu sudu tepung jagung.
Sebelum anda mengunakan adunan di atas, anda haruslah mencuci muka dengan bersih terlebih dahulu dan pastikan anda mengelap wajah anda sehingga betul-betul kering.
Kemudian, sapukan andunan tersebut di muka anda. Biarkan ia kering seperti anda memakai 'facial mask'. Setelah kering barulah ditarik dengan perlahan-lahan untuk menanggalkan topeng muka anda dan barulah dibilas dengan air suam sehingga bersih.
Saya syorkan anda amalkan petua ini 2-3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. InsyaAllah, masalah rerambut pada wajah anda akan hilang.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.