Bukan budak kecil sahaja yang tidak pandai hilangkan daki di badan dengan betul, orang dewasa pun apa kurangnya. Bagi mereka, yang penting mereka mandi untuk segarkan dan hilangkan bau badan. Bersih atau tidak belakang cerita.
Entah-entah ada yang tidak pakai sabun sebab nak cepat terutama pada musim hujan bukan? Hahahaha.
Tetapi tahukah anda, kalau dijadikan tabiat, lama-kelamaan daki akan berkumpul sehingga bahagian badan anda akan menjadi kehitaman.
5 ANGGOTA BADAN TEMPAT DAKI MEMBIAK
Walaupun anda mandi 10 kali sehari, tetapi jika 5 tempat 'kritikal' ini tidak dibersihkan dengan betul, maka kurang sempurnalah mandi anda terutama jika anda mandi wajib.1. LEHER
Bahagian leher terutama yang belakang jarang diberi perhatian oleh sesiapapun. Sebab itu, daki mudah terkumpul terutama di bahagian belakang. Setiap kali mandi, pastikan anda mencuci bahagian belakang leher anda dengan sabun. Gunakan 'loofah' untuk membuang daki yang degil.
2. SIKU
Tahukah anda dengan menggunakan 'exfoliating cream' pada siku dan menggosoknya menggunakan 'loofah', segala daki dan sel mati akan mudah tertanggal. Anda juga boleh menggunakan jus lemon untuk memutihkan bahagian siku anda.
3. LUTUT
Bahagian lutut juga sama seperti siku. Bahagian ini cenderung menjadi kasar dan kehitaman. Anda juga boleh menggunakan teknik sama seperti pada siku untuk memutihkan lutut anda. Jangan lupa juga untuk mencuci bahagian pelipat belakang lutut kerana daki mudah terkumpul dibahagian tersebut.
4. TELINGA
Saya percaya, ramai yang mengabaikan kebersihan telinga bukan? Pastikan anda mencuci telinga anda dengan rapi dan bersih terutama di bahagian belakang telinga. Pastikan selepas mandi, anda keringkan bahagian telinga anda dengan teliti untuk mengelakkan pembiakkan daki kerana daki muda terkumpul di tempat yang lembap.
5. CELAH PAHA @ KANGKANG
Ramai tidak sedar bahawa daki mudah terkumpul dibahagian ini kerana kelembapan yang tinggi. Namun, ia jarang diberi perhatian terutama ketika mandi. Sebab itulah bahagian ini mudah berubah warna menjadi gelap dan kehitaman kerana daki-daki yang terkumpul.
KESIMPULANNYA - Pastikan anda membersihkan 5 anggota penting ini setiap kali anda mandi terutama jika anda mandi hadas. Bilas setiap bahagian dengan teliti. Tidak kiralah berapa lama anda mandi atau berapa banyak air yang anda gunakan, kesan daki tidak akan tertanggal jika anda tidak mencucinya dengan baik.
TAGS :
Post a Comment
Test komen.. 1st ;-( @-)
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.