Pernah tak terjadi pada anda, walaupun masakan anda tidak hangus tetapi masih ada kesan hitam pada punggung periuk atau kuali?
Pasti anda pening memikirkan cara untuk menghilangkannnya bukan? Takkan nak juga peluntur seperti clorox pula. Nanti lauk yang ada masak ada rasa clorox. Hahahahaha
Tapi anda tak perlu risau lagi, petua yang akan saya kongsikan kali ini sangat berguna untuk menyelesaikan masalah di atas. InsyaAllah akan berkesan.
![]() |
Menggunakan Garam |
6 TIPS BERKESAN HILANGKAN KARAT DAN KERAT HITAM PADA KUALI DAN PERIUK
Apa yang anda perlukan cuma menggunakan 6 bahan yang mudah didapati secara semulajadi.1. MENGGUNAKAN SODA BIKARBONAT
Baking powder atau soda bikarbonat boleh digunakan bersama cuka atau lemon. Jika anda tidak mahu, baking soda sahaja sudah memandai. Panaskan air dalam kuali sehingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan ia sejuk sebelum anda cucinya seperti biasa.
2. MENGGUNAKAN KENTANG
Ada dua cara untuk menggunakan kentang.
Pertama, gunakannya sebagai skrub dengan menaburkan sedikit garam. Cara ini biasanya berkesan untuk karat periuk yang telah lama tidak digunakan.
Kedua, kalau periuk anda ada kesan hangus yang sangat degil, anda boleh menggunakan kulit kentang. Caranya, cuka letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi periuk. Kemudian, panaskan air sehingga mendidih. InsyaAllah, kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.
3. MENGGUNAKAN ASAM KEPING
Ambil sengenggam asam keping dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang anda ingin cuci. Panaskan kuali atau periuk anda sehingga mendidih buat seketika.
Kemudian, apabila sejuk, gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukannya sehingga kesan karat hilang.
4. MENGGUNAKAN GARAM
Bahan paling murah dan mudah didapati di dapur adalah garam. Caranya amat mudah. Panaskan air dalam periuk dan masukkan sedikit garam. Kemudian gunakan sudip dan sentap bahagian karat sehingga ia terhakis.
5. MENGGUNAKAN LEMON
Lemon sebenarnya adalah salah satu bahan pencuci semulajadi yang sangat bagus. Potong lemon dan rebuskan bersama kulitnya ke dalam kuali atau periuk yang anda ingin bersihkan. Biarkan ia sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk atau kuali anda seperti biasa.
6. CREAM OF TARTAR
Cara menggunakan 'cream of tartar' sama seperti pengguna soda bikarbonat di atas. Rendamkan semalaman dan keesokan harinya anda boleh menggosoknya dengan mudah.
KESIMPULANNYA - Sebenarnya tidak susah untuk menghilangkan karat atau kerat hitam pada kuali atau periuk di rumah apabila kita sudah tahu cara yang sebenarnya.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.