15 Petua Hilangkan Ketuat Dengan Cepat & Berkesan

15 CARA HILANGKAN KETUAT DENGAN PANTAS & BERKESAN

Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi sikap acuh tak acuh penghidapnya, kemungkinan ia merebak menjadi lebih teruk adalah tinggi. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar.

15 CARA HILANGKAN KETUAT DENGAN PANTAS & BERKESAN

Di bawah ini terdapat 2 jenis rawatan yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan ketuat degil yang sedang membiak di badan.

RAWATAN MODEN UNTUK KETUAT

15 Petua Hilangkan Ketuat Dengan Cepat & Berkesan
Terapi Cryo
Cara moden adalah termasuk penggunaan krim khas, cyrosurgeri dan rawatan laser. Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia tumbuh kembali. Rawatan profesional untuk ketuat juga termasuk
  •     Salap asid salistik
  •     Terapi cryo
  •     Podophyllin
  •     Interferon & asid trichloracetic (TCA)
  •     Rawatan laser
  •     Pembedahan membuang ketuat
Walaupun cara membuang ketuat dengan memotong atau menghirisnya dengan pisau tidak digalakkan tapi ramai yang melakukannya sebab nak dapat hasil yang pantas. Tapi harus ingat cara tersebut boleh menyebabkan parut kekal.

Bila dah jadi macam tu baru kelam kabut pergi jumpa doktor. Satu hal lagi, ketuat tu akan tumbuh kembali kalau tak dipotong akarnya. Dan darah yang keluar tu juga mengandungi virus yang boleh mengakibatkan ketuat tu tumbuh kat bahagian lain pula.

PETUA BUANG KETUAT SECARA TRADISIONAL

1. GOSOK DENGAN PASIR BASAH
Gosok tempat yang ada ketuat tu dengan pasir yang terendam dalam air. Contohnya pasir sungai atau pasir kat kawasan pantai. Apa pun pastikan pasir tu adalah pasir yang basah sebab terendam dalam air. Kalau serasi, dalam tiga hari selepas digosok, ketuat tu akan hilang.

2. CUCI DENGAN MINYAK TANAH
Sebelum tidur, cuci ketuat tu dengan kerosene atau minyak tanah selama 5 minit. Lepas tu letak pula kapur sirih kat kawasan ketuat tersebut. Amalkan selama tiga malam berturut-turut. InsyaAllah, ketuat yang ada kat tempat tu akan gugur dan tak tumbuh-tumbuh lagi dah.

3. ABU UBAT NYAMUK
Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang.

4. KAPUR SIRIH
Lumurkan kapur sirih, lebih tebal lapisannya lebih bagus, seumpama menyapu losyen ke tempat yang ada ketuat tu. Biarkan sehingga kering. Jika diamalkan selalu, dalam seminggu ketuat akan tanggal dengan sendiri.

Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut. Dan petua nie lebih sesuai untuk tanggalkan ketuat yang tumbuh kat bahagian leher dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

5. SERBUK INAI
Bancuh serbuk inai dan sapu kat bahagian yang ada ketuat tu. Biarkan ia kering. Lakukan setiap hari sehingga ketuat tu betul-betul kering, dan akhirnya ia akan mengecut dan hilang setelah beberapa minggu.

6. MINYAK MASAK YANG PANAS
Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang satay ke dalam minyak panas, kemudian titiskan pada ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang.

7. IKAT KETUAT DENGAN BENANG
Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.

8. DAUN KESUM
Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

9. SERBUK BELERANG
Ambil sedikit kapur sirih, serbuk belerang (sulfur) dan air limau nipis. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau sebati sehingga menjadi krim.

Hiris sedikit bahagian ketuat tu dengan pisau lipat atau pemotong kuku. Hiris sedikit saja supaya ketuat tu tidak tebal sangat. Kendian sapukan ‘krim; tadi. Lakukan selama beberapa hari dan ketuat tu akan luruh dengan sendirinya.

10. DAUN MEMPELAM
Ambil daun mempelam dan bakar sampai ia menjadi kehitaman. Lepas tu tumbuk lumat-lumat sehingga ia menjadi serbuk. Sapukan serbuk tu pada bahagian yang ditumbuhi ketuat.

11. GETAH BETIK
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat hingga kering. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang dan gugur dengan sendiri.

12. KULIT PISANG
Potong sehiris kulit pisang atau limau mengikut ukuran saiz ketuat di kulit. Lekapkannya pada permukaan ketuat dengan menggunakan plaster sebelum tidur. Bahan kimia dan minyak yang terkandung dalam kulit pisang atau limau tersebut membantu mengawal pembiakan ketuat.

13. BAWAN PUTIH
Tumbuk beberapa bawang putih hingga hancur dan sapukannya pada ketuat, kemudian balut kawasan tersebut. Lakukannya setiap hari menggunakan bawang putih yang segar. Dalam masa seminggu, ketuat akan mengering dan tertanggal daripada kulit anda. Pun begitu, anda perlu berhati-hati untuk tidak menyapu bawang putih tersebut di kawasan kulit yang tidak dijangkiti. Adalah lebih selamat andai anda menyapukan jeli petroleum di sekitar kawasan kulit yang tidak dijangkiti itu.

14. ALOE VERA @ LIDAH BUAYA

Dapatkan sebatang aloe vera. Potong aloe vera tersebut dan ambil jel yang terdapat padanya. Sapukan jel tersebut pada ketuat. Ulangi langkah ini setiap hari sehingga ketuat di kulit hilang. Kandungan asid malic di dalam aloe vera membantu menghapuskan ketuat.

15. DAUN SELASIH
Tumbuk daun selasih sehingga lumat dan sapukannya pada ketuat. Gunakan pita kalis air atau plaster untuk membantu melekapkan daun selasih yang telah lumat itu pada kulit yang dijangkiti ketuat tersebut. Amalkannya setiap hari selama seminggu. Virus kompau pembunuh yang ada pada daun selasih akan menghapuskan ketuat.


KESIMPULAN
Mungkin ada yang bertanya adakah ketuat berbahaya. Jawapannya tidak. Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala. So, pastikan korang basuh baju/seluar tu betul-betul kalau beli baju bundle.

Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.

Sesetengah orang tak kisah pun ada ketuat sebab dia tak rasa sakit dan lazimnya setelah beberapa lama (biasanya antara 6 bulan ke 2 tahun) ketuat tu dengan sendirinya akan gugur atau hilang.


TAGS :

Petua Hilangkan Ketuat Dengan Cepat, Petua Hilangkan Ketuat Dengan Berkesan, Tips Hilangkan Ketuat Dengan Cepat, Cara Hilangkan Ketuat Dengan Cepat, Tips Hilangkan Ketuat Dengan Berkesan, Cara Hilangkan Ketuat Dengan Berkesan, Buang Ketuat Cara Tradisional, Apa Itu Ketuat, Rawatan Moden Buang Ketuat, Pembedahan Membuang Ketuat, Rawatan Laser Buang Ketuat, Terapi Cryo Buang Ketuat,

Post a Comment

Admin saya nak tanya. Saya menggunakan bawang putih utk menghilangkan ketuat.tapi bengkak di keliling yg tidak terkena ketuat bagaimane nak hilangkan

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget