6 Petua Hilangkan Misai dan Bulu Pada Wajah Wanita

Petua Hilangkan Bulu Halus dan Misai Pada Wajah

Ada sesetengah wanita dalam dilema kerana 'hormon lelaki' yang berlebihan dalam tubuh mereka. Perkara ini boleh menyebabkan mereka mempunyai lebihan bulu ditempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti dibahagian wajah ( misai dan jambang ) seperti lelaki yang normal.

Kalau dicabut, pasti akan tumbuh dengan lebih banyak lagi malah bulu juga akan menjadi semakin kasar. Kalau menggunakan 'wax' memang mudah tetapi sangatlah menyakitkan. Betul bukan?

6 PETUA HILANGKAN BULU HALUS DAN MISAI PADA WAJAH

Jika anda tercari-cari petua tradisional dan semulajadi untuk mengatasi masalah ini, anda datang ke tempat yang betul.

1. PUTIH TELUR
Masukkan satu sudu serbuk kunyit ke dalam putih telur yang sudah dipukul. Sapu pada misai dan biarkan antara 30-60 minit sebelum menanggalkan masker tersebut. Lakukan 3-4 kali seminggu.

2. BETIK
Lenyekkan separuh biji betik masak sehingga menjadi pes. Kemudian, campurkan setengah sudu serbuk kunyit. Sapukan dengan rata pada kulit anda dan biarkan sehingga 20 minit. Bilas muka anda dan lakukan beberapa kali sehingga anda nampak hasilnya.

3. GULA
Panaskan beberapa sudu gula ke dalam kuali selama satu minit. Masukkan sedikit jus lemon dan gaul sehingga menjadi pekat. Tunggu sehinnga sejuk dan sapukan ke atas bibir. Kemudia, ambil kain kering dan letak di atas larutan tadi.

Urut perlahan-lahan dan tarik kain mengikut arah lawan bulu tumbuh. Anda juga boleh menggunakan madu sebagai alternatif kerana ia memberikan kesan yang sama.

4. TEPUNG BERAS
Gaulkan setengah sudu tepung beras bersama dengan satu sudu Yogurt. Sapu adunan tersebut ke atas bibirkan dan biarkan ia kering. Urut perlahan-lahan sehingga kesan pes hilang dan bilas dengan air bersih. Lakukan 2-3 kali seminggu.

5. TEPUNG JAGUNG

Campurkan 10ml jus lemon, 150ml air bersama dengan 30gram tepung jagung. Ia akan menjadi larutan yang likat. Sapukan pes ini pada bahagian wajah dan biarkan ia kering sepenuhnya. Tanggalkan pes tersebut dengan menariknya perlahan-lahan seperti 'masker'.

6. SUSU KUNYIT
Campurkan sesudu serbuk kunyit bersama sesudu susu untuk membentuk pes. Sapu pada bahagian atas bibir dan biarkan ia kering sebelum dibilas. Lakukan dengan kerap sehingga bulu-bulu halus hilang.

SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN
Petua di atas adalah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati. Jangan risau kerana petua ini tidak memudaratkan kulit anda, terutama jika kulit anda sensitif InsyaAllah. Ia juga mampu membuang lebihan bulu yang tidak diingini.

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget