12 Petua Hilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat & Berkesan

Petua Hilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat & Berkesan

Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi pada setiap manusia. Segala peringkat umur akan mengalaminya. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu sedang hamil atau mengandung. Memang terbukti, sakit gigi akan membuatkan seseorang itu tidak akan dapat melakukan pekerjaan mereka dengan betul.

Bagamanakah untuk menhilangkan sakit gigi? Perkara pertama yang terlintas ialah berjumpa dengan doktor gigi bukan? Namun, ramai yang takut untuk berjumpa dengan doktor gigi. Oleh sebab itu, saya akan kongsikan sedikit petua tradisional untuk merawat sakit gigi anda.

12 CARA BERKESAN HILANGKAN SAKIT GIGI

Antara cara menghilangkan sakit gigi ialah


1. MINYAK GAMAT
Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapu pada bahagian yang sakit.

2. KUMUR DENGAN AIR GARAM
Bancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air suam. Kacau sehingga larut. Kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Tapi jangan sampai terminum pula ye.

3. AIR REBUSAN SIRIH
Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Tapiskan dan biarkan ia sejuk. Berkumurlah dengan air rebusan sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

4. HABBATUS SAUDA
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam, letakkan ke dalam gigi anda yang berlubang.

5. TOMATO MUDA
Ambil buah tomato muda yang telah dibelah dua, kemudian masukkan buah tomato ke bahagian yang sakit tadii. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya. Setelah itu berkumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh.

6. ASAM JAWA
Goreng asam jawa selama beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

7. HILANGKAN PLAK
Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine dapat menghilangkan plak pada gigi anda. Plak adalah punca utama sakit gigi. Buat sekurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi anda.

8. GIGIT BUNGA CENGKIH
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuh cengkih dan isi serbuknya dalam lubang gigi dan tutupnya dengan kapas.

9. KAPUR SIRIH
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur.

10. LIDAH BUAYA
Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam 2-3 jam, rasa sakit akan mula menghilang.

11. DAUN SERAI
Ambil daun serai dan tumbukkan sehingga hancur. Masukkan ke dalam air panas dan tambah sedikit garam. Gunakan air ini sebagai bahan berkumur.

12. BAWANG PUTIH
Hiris bawah putih dan letakkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurangnya 1 jam. Anda akan rasa kesannya nanti.



KESIMPULANNYA

Hanya orang yang pernah kena sakit gigi tahu betapa perit dan deritanya menahan seksa. Diharap petua di atas dapat membantu anda. InsyaAllah sakit gigi anda akan hilang dengan serta merta.

Selamat mencuba.

TAGS :

Petua Hilangkan Sakit Gigi, Tips Hilangkan Sakit Gigi, Cara Hilangkan Sakit Gigi, Petua Hilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat, Petua Hilangkan Sakit Gigi Dengan Berkesan, Petua Hilangkan Sakit Gigi Secara Semulajadi, Petua Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah, Ubat Tradisional Hilangkan Sakit Gigi, Herba Hilangkan Sakit Gigi,

Post a Comment

Dulu saya selalu sakit gigi tapi bila sakit terus cabut jer hehehe baru lega sekarang dah ok.

Kesian gigi tu kena cabut... ;'(

terima kasih kerana sudi komen di blog saya dan terima kasih kerana follow blog saya. saya dah follow semula ye.

Bagusnya blog ni. ada banyak petua yang boleh digunakan.

Fuh kalau kena sakit gigi ni, memang tak boleh bercakap dah, rasa nak marah je, sebab tak tertahan sakitnya.

Terima kasih tips, semoga bermanfaat untuk semua.

Wahhh, banyaknyaa petua kat sini.... tq info.... done followback yaaa

Ooooo... bukan tampal koyok, eh?

:D

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget