Tidak dapat dinafikan zaman sekarang, satu pertiga golongan muda bawah 30 tahun sudah ramai yang mula beruban jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka yang lain.
Uban memang sinonim dengan peningkatan usia, tetapi kalau anda mempunyai uban pada usia yang muda, itu bermakna badan anda berpenyakit dan kurang sihat.
PUNCA RAMBUT BERUBAN
Sebenarnya kekurangan melanin di dalam badan menyebabkan rambut hilang seri dan warnanya. Gaya hidup yang kurang sihat juga merupakan satu faktor yang tidak dapat disangkal.
10 PETUA MENCEGAH RAMBUT BERUBAN PADA USIA MUDA
Jadi sebagai langkah pencegahan, saya ingin kongsikan sedikit tips dan petua supaya kita dapat amalkan bersama-sama.1. KURANGKAN STRES
Stres dan terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan seseorang itu berdepan dengan rambut beruban. Bukan itu sahaja malah stres juga boleh memendekkan jangka hayat seseorang.
Jadi, cuba kurangkan stres sebaik mungkin dalam kehidupan seharian anda.
2. MINUM BANYAK AIR MASAK
Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi dan kulit kering serta menghalang nutrisi daripada sampai ke folikel rambut. Apabila rambut tidak menerima nutrisi yang sepatutnya, ia menyebabkan rambut mudah bertukar warnanya. Yang paling penting, kurangkan pengambilan makan yang bergoreng, pedas dan juga berasid kerana ia mempercepatkan kekurangan air dalam badan.
3. AMALKAN MAKAN LOBAK
Untuk mendapatkan rambut yang hitam berseri, lobak dan sawi dengan iodin di dalamnya boleh membantu mendapatkan rambut hitam, ikal dan juga sihat.
4. TINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN
Protein sangat bagus untuk kesihatan kulit dan rambut serta tumbesaran. Telur dan ikan adalah contoh terbaik sumber protein yang sesuai untuk dimakan.
5. TIDUR YANG MENCUKUPI
Tahukah anda bahawa kekurangan tidur boleh menyebabkan anda sering dilanda stres. Stres inilah yang menyebabkan anda mudah ditimpa penyakit selain rambut yang mudah beruban.
6. BERSENAM
Bersenamlah sekurangnya 3-4 kali seminggu. Bersenam dapat meningkatkan pengaliran darah dalam badan. Pengaliran darah yang sempurna pula dapat mengelakkan rambut anda beruban sebelum sampai waktunya.
Jangan lupa juga untuk urut kepala anda selama 5-1 minit setiap hari untuk merangsang pengaliran darah di bahagian kepala anda.
7. GUNAKAN MINYAK KELAPA
Ratakan minyak kelapa pada rambut dan urut kepala anda perlahan-lahan. Minyak kelapa memberi kelembapan pada rambut, menguatkan akar rambut serta kandungan antioksidanya boleh melindungi rambut anda daripada berubah warna.
8. JANGAN MEROKOK
Kajian perubatan membuktikan bahawa merokok bukan sahaja merosakkan paru-paru malah memberikan tekanan pada rambut dan menyebabkan penghisap rokok lebuh mudah mengalami masalah rambut beruban.
9. BANYAKKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI KUPRUM
'Copper' atau kuprum merangsang peningkatan melanin yang mengekalkan warna hitam di rambut anda. Makanan yang kaya dengan kuprum termasuk kacang walnut, kacang almond, keladi, sawi, daging, buah beri hitam, delima dan juga biji labu. Anda juga digalakkan mengambil 'supplement' yang tinggi kuprum.
10. AMALKAN PENGAMBILAN VITAMIN B12
Kurangnya pengambilan vitamn b12 boleh menyebabkan rambut seseorang itu mudah berubah warna. Makanan yang mengandungi B12 seperti keju, daging lembu, pisang, ikan, telur dan daging kambing sesuai dimakan selalu.
KESIMPULANNYA - Meskipun rambut beruban tidak dapat dielakkan selajur dengan peningkatan usia, diharap tips di atas dapat membantu anda mengelakkan daripada beruban pada usia yang sangat muda.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.