Sesetengah wanita terutama yang berumah tangga pasti ada yang mengalami masalah sebegini bukan? Anda pastinya hairan mengapa nasi yang anda masak cepat sangat basi walhal ada nasi bungkus yang dijual di restoran atau warung biasanya boleh tahan sampai ke petang walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
7 PETUA MASAK NASI SUPAYA TAHAN LEBIH LAMA
Anda pasti ingin mengetahui rahsia mereka bukan? InsyaAllah, dengan petua dan tips di bawah ini, nasi yang anda masak nanti pasti akan tahan lama sehingga 2 hari lamanya.1. BASUH BERAS SAMPAI BERSIH
Ada segelintir masyarakat berkata jika basuh beras berkali-kali boleh menyebabkan semua nutrisi daripada beras tersebut hilang. Ia mungkin betul, tetapi tahukah anda, bahawa jika anda hanya mencuci beras hanya sekali, kemungkinan besar beras yang ditanak masih lagi kotor atau kurang bersih dan boleh mengakibatkan nasi cepat basi.
Jadi, apa yang anda patut lakukan ialah dengan mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan betul-betul keluar sebelum anda mencuci buat kali kedua atau ketiga. Selain itu, jika anda ada penapis air di rumah, anda boleh gunakan air tersebut untuk memasak nasi.
2.PASTIKAN PERIUK YANG DIGUNAKAN BERSIH DAN TIDAK BERKARAT
Tahukah anda, kesan karat dan juga kesan wap nasi boleh mempengaruhi fungsi 'rice cooker' anda secara tidak langsung kualiti nasi yang anda masak. Pastikan anda mencuci periuk yang bakal digunakan dengan bersih. Jangan malas mencuci walaupun yang ada cumalah sisa-sisa nasi sedikit. Kesimpulannya, pastikan anda mencuci periuk sebelum dan selepas menggunakannya.
3. HILANGKAN WAP NASI
Jika anda menanak nasi menggunakan 'rice cooker', pastikan anda buka penutupnya selepas butang 'cook' bertukar menjadi 'warm'. Kais-kaiskan sedikit menggunakan sudip supaya nasi masak secara rata dan wap yang terkumpul boleh keluar daripada periuk.
Sebelum anda tutup kembali 'rice cooker' anda, pastikan anda mengelap dulu semua wap air yang terdapat pada penutupnya. Dengan cara ini, nasi yang ditanak tidak akan menjadi lembab. Bukan itu sahaja, malah petua ini boleh menjadikan nasi anda tahan lama, lembut dan berderai dengan elok.
4. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa pulang ke kampung. Maka,nasi pun berulat dan berair. Tahukah anda, walaupun anda mencuci periuk banyak kali, kemungkinan besar bakteria aktif amsih anda yang boleh menyebabkan nasi anda mudah menjadi basi.
Caranya mudah sahaja, cuma telingkupkan periuk nasi atas dapur gas, kemudian nyalakan api. Tunggu dalam beberapa minit sebelum mengangkat kembali periuk anda. Tindakan ini boleh membunuh bakteria-bakteria degil yang masih bersarang dalam periuk anda.
5. MASAK AIR MENGGUNAKAN PERIUK NASI
Caranya mudah sahaja. Cuma isikan air sehingga penuh dalam periuk nasi dan masak air sehingga mendidih. Anda juga boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ke dalamnya. Perkara ini bukan sahaja boleh mewangikan air minuman tetapi juga dapur anda.
Anda tidak perlu melakukan proses ini selalu, cukuplah sekadar melakukannya sebulan sekali untuk menjamin ketahanan nasi.
6. GUNAKAN GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam secukup rasa ke dalam periuk. Garam boleh membuatkan nasi yang dimasak tahan lama, sedap dan kenyal.
7. GUNAKAN AIR PERAHAN LIMAU NIPIS
Anda juga boleh menggunakan air perahan limau nipis untuk menjadikan nasi anda lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya. Cuma perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 cawan beras yang telah disukat airnya. Anda tak perlu risau, nasi yang anda tanak tidak akan berubah rasanya.
KESIMPULANNYA - Ramai orang yang pandai masak nasi tetapi tidak semua nasi yang ditanak tahan lama dan juga sedap dimakan. Diharap, petua dan tips di atas dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang sedang atau bakal menimpa anda di masa hadapan.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.