5 Petua Mengatasi Masalah Kaki Berbau

TIPS MENGELAKKAN KAKI BERBAU BUSUK SECARA SEMULAJADI

Tahukah anda bahawa kaki berpeluh merupakan punca masalah utama kaki berbau. Bakteria yang hidup atas lapisan kulit dan dalam kasut suka pada kelembapan seterusnya menghasilkan 'acid by product' yang menjadi punca kepada bau busuk.

Jadi, bagaimana hendak menguruskan bakteria yang degil dan berbau ini?

5 TIPS MENGELAKKAN KAKI BERBAU BUSUK SECARA SEMULAJADI

Berikut adalah petua tradisional yang menggunakan bahan semulajadi serta sangat mudah untuk dilakukan di rumah.

1.GUNA AIR REBUSAN TEH
Masukkan 2 uncang teh hitam dan satu jag air ke dalam periuk. Rebus selama 15 minit. Masukkan 2 jag air sejuk dan gaul kemudian tuang ke dalam baldi. Rendam kaki anda selama 30 minit dan lakukan sekali sehari selama satu minggu.

Asid dalam teh akan mengecilkan liang roma dan seterusnya mengurangkan perpeluhan. Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Selain itu, anda juga boleh meletakkan uncang teh pada kasut yang berbau untuk menyerap semua bauan yang tidak menyenangkan.

2. TABUR TEPUNG JAGUNG
Jika tiada semburan disinfectant, anda juga boleh menggunakan tepung jagung atau bedak talkum yang tidak terlalu wangi. Ia akan meresap kelembapan yang ada dalam kasut anda.

3. GUNAKAN DISINFECTANT KHUSUS UNTUK KASUT
Sembur bahagian dalam kasut dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal seperti atau sesetengah farmasi ada menjual semburan seperti ini. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria.

4. RENDAM KAKI DALAM AIR GARAM
Isikan satu baldi besar dengan air suam dan masukkan antara setengah hingga satu cawan garam. Rendam kaki anda selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama 2 minggu. Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki anda secara tak langsung mengurangkan pembiakkan bakteria yang tidak diingini pada lapisan kulit kaki.

5. RENDAM KAKI ANDA DENGAN CUKA Campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam bekas. Rendam kaki selama 30 minit. Lakukan setiap hari dalam masa seminggu. Cuka boleh menyebabkan kaki anda kering dan ini menyukarkan bakteria untuk mencari tempat tinggal.


KESIMPULANNYA - Ramai orang yang memandang remeh masalah ini. Tetapi tahukah anda, kaki yang berbau boleh menyebabkan keyakinan diri seseorang itu turun dengan mendadak dan menjejaskan penampilan seseorang. Masalah ini juga mungkin akan bertambah teruk jika tidak diatasi dengan segera.

Selamat mencuba.

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget