Ada sesetengah orang suka makan makanan yang pedas-pedas. Kekadang apabila dah terlalu banyak makan benda yang pedas, perut kita akan rasa memulas macam nak cirit tiap-tiap masa. Satu lagi puncanya mungkin kerana perut kita terkena 'kejutan budaya' terutama pada musim perayaan. Betul kan? Hahaha. Yela, mana tidaknya, yang biasa makan sehari 2-3kg, tapi bila tiba musim raya, terus makan sampai 20kg.
PETUA MERAWAT PERUT MERAGAM ATAU CIRIT-BIRIT
Tapi jangan risau, di sini saya akan cuba bagi sedikit petua untuk menghilangkan penyakit perut memulas.1. MENGGUNAKAN TEH
Bancuh tiga sudu kecil teh tanpa gula dengan air panas. Bila dah agak suam sikit, minum teh tersebut sedikit demi sedikit. InsyaAllah, anda akan dapat lihat kesannya dalam sejam kemudian.
Bagi sesiapa yang kurang gemar minum teh atau ada alergi, anda bolehlah cuba petua alternatif di bawah ini.
2. MENGGUNAKAN BERAS
Ambil 2 genggam beras. Kemudian goreng dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Apabila beras tersebut bertukar menjadi kehitaman, cepat-cepat rendamkan dalam air sejuk sehingga beras tersebut menjadi kembang dan mengeluarkan air yang berwarna kehitaman.
Tapis air tersebut dan minum sekurang-kurangnya satu perempat dari cawan yang anda gunakan. Jika perut anda masih terasa memulas, minum lagi sehingga terasa lega.
KESIMPULANNYA - Saya ingin berikan sedikit pesanan kepada anda. Penyakit cirit-birit atau perut memulas tidak boleh dipandang remeh. Kalau ia berlarutan, badan anda akan menjadi lemah kerana kekurangan air dan dalam di dalam badan.
Yang paling penting, jangan lupa minum air masak banyak-banyak supaya anda dapat menggantikan cecair badan anda yang telah banyak keluar semasa anda 'berperang'.
Jadi, pastikan anda dapatkan nasihat pakar di klinik berdekatan jika perkara ini berlaku.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.