Senyuman amat penting terhadap keperibadian seseorang. Melalui senyuman banyak yang kita dapat tafsirkan. Malah dalam agama kita sendiri, amat digalakkan untuk memberikan senyuman kepada sesiapapun. Bak kata pepatah, senyuman itu adalah sedekah.
Tetapi jika senyuman kita disertakan dengan gigi kuning dan berkarat, sudah tentu orang akan menjauhkan diri kerana fikir kita seseorang yang tidak mementingkan kebersihan. Saya yakin ramai yang mahukan gigi putih, tapi tak ramai yang tahu cara yang betul untuk memutihkan gigi bukan?
Sebenarnya gigi kuning disebabkan oleh faktor genetik dan juga persekitaran. Berbanding dengan gigi yang berkarat - sudah tentu dikaikan dengan aktiviti merokok, makanan harian dan juga kafien yang berlebihan. Rawatan di klinik memang banyak menyediakan perkhidmatan memutihkan gigi tetapi kosnya amat mahal serta mugkin tidak serasi untuk sesetengah orang.
3 BUAHAN YANG DAPAT MEMUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI
Terdapat beberapa petua atau tips semulajadi dengan menggunakan buahan tertentu dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.![]() |
Menggunakan Lemon |
1. BUAH PINANG
Hanya perlu ambil buah pinang yang sudah kering dan kacip sehingga halus. Kemudian bakar sehingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biar seketika. Kemudia kumur sehingga bersih. Amalkan setiap hari sehingga anda nampak kesannya.
2. BUAH OREN DAN LEMON
Sebenarnya kulit oren atau lemon boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Hanya dengan menggosok kulit oren atau lemon tersebut pada gigi, InsyaAllah gigi akan putih bersinar. Jadi selepas makan buah oren nanti jangan terus dibuang kulitnya terus ye.
3. BUAH STRAWBERI
Lumatkan sebiji strawbei dan tonyoh ke gigi anda ( ada juga yang mengatakan campur sedikit dengan baking soda ). Biarkan seketika dalam 3-5 minit dan kemudian bilas sehingga bersih. RAwatan ini hanya disyorkan dibuat seminggu sekali kerana kandungan asidnya boleh merosakkan enamel gigi anda jika terlebih menggunakannya.
KESIMPULANNYA..
Hasil yang diperoleh mungkin berbeza bagi setiap individu. Apa yang penting kita harus mencuba kerana dengan menggunakan bahan semulajadi kita akan lebih yakin tentang bahan kandungannya dan kosnya yang agak berpatutan. Bagaimana pula cara and amemutihkan gigi? Jom kongsikan rahsia anda dengan kami di ruangan komen.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.