Tahukah anda bahawa kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori. Apabila liang pori terbuka, ia mengundang masalah lain seperti blackhead, whitehead dan juga jerawat.
Selain kulit muka yang berminyak, sinaran matahari yang terlalu banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tidak langsung membuka liang pori di muka dan menyebabkannya mudah tersumbat dengan segala kotoran. Apabila usia meningkat, masalah liang pori juga akan turut meningkat.
Facial spa merupakan pilihan terbaik untuk merawatnya. Namun begitu, terdapat petua tradisional untuk menghilangkan blackhead dan whitehead menggunakan bahan semulajadi yang boleh anda amalkan untuk mengatasi masalah tersebut.
PETUA DAN TIPS BERKESAN HILANGKAN BINTIK HITAM DAN BINTIK PUTIH DENGAN BAHAN SEMULAJADI
Tahukah anda, anda boleh mendapatkan barang-barang yang diperlukan dengan mudah di rumah anda.1. PUTIH TELUR
Ia dapat mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka. Pukul telur dan ambil bahagian putihnya dan sapu pada muka anda. Biarkan ia kering sebelum dibilas. Untuk kesna yang lebih efektif, selepas sapu putih telur di muka, letakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan 2 kali seminggu.
2. SODA BIKARBONAT
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu dipermukaan kulit muka. Ia juga boleh merawat masalah jerawat. Buat pes daripada 2 sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan supaya ramuan itu meresap ke dalam kulit anda.
3. TIMUN
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah. Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus tersebut dan sapukan pada muka anda. Biarkan ia selama 20-30 minit sebelum dibilasa. Lakukan setiap hari selama sebulan.
4. YOGURT
Ia dapat membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurnagkan garis halus dan kesan kedut di muka anda. Sapu Yogurt pada muka anda dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Lakukan sekerap mungkin
5. AIS
Ais dapat meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit dan seterusnya membina kulit yang lebih sihat. Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk kesan yang lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
6. CUKA EPAL
Menegangkan kulit, mengurangkan pores dan mengembalikan kestabilan pH kulit anda. Campurkan sedikit cuka ke dalam air. Dengan menggunakan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas anda mencuci muka.
7. SKRUB GULA
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan lubang pori terbuka. Gaul 2 sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapukan pada muka anda. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Anda juga boleh menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanilla ke dalamnya.
8. OAT
sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Campurkan 5 sudu madu dan 2 sudu susu tepung ke dalam 2 sudu oatmeal. Gaul sehingga sebati dan sapu pada muka. Kemudian, urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering sebelum dibilas.
KESIMPULANNYA..
Kurangkan kulit muka anda daripada terdedah pada sinaran UV yang berlebihan dan lakukan petua dan tips di atas untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan segala kotoran di muka anda. Dengan mengamalkan petua hilangkan blackhead dan whitehead di atas, anda akan nampak kesannya dalam masa yang singkat. InsyaAllah.
Selamat mencuba.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.