Punca Ketuat Tumbuh & Cara Ketuat Membiak

Punca Ketuat Tumbuh & Cara Perebakkan

KETUAT atau `warts' merupakan sejenis penyakit kulit yang kerap terjadi menyebabkan kita memandang remeh kesan penyakit tersebut terhadap kehidupan seharian kita. Sedangkan ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.

PUNCA KETUAT TUMBUH

Menurut pakar Perubatan dan Penyakit Kulit, Klinik Perubatan dan Kulit Cheras, Dr. Saadiah Sulaiman, ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV).

Mana-mana bahagian kulit boleh dijangkiti terutama di tangan, jari dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, keras manakala permukaannya menjadi kasar. Jangkitan boleh merebak ke lain-lain anggota badan atau individu yang lain melalui sentuhan.

Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti menghidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti golongan yang mengalami masalah ekzema lebih mudah dijangkiti ketuat. Begitu juga mereka yang sering terdedah kepada kotoran.

CARA KETUAT MEMBIAK

Sesiapa sahaja boleh mendapat jangkitan secara langsung apabila tersentuh dengan orang yang menghidapi penyakit ini atau secara tidak langsung seperti dari lantai tandas awam. Ketuat boleh merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain. Biasanya ketuat merebak melalui rekahan kulit atau kulit yang lembap.

Ia juga mudah terjadi kepada mereka yang mengambil ubat-ubat yang kesannya menekan sistem pertahanan badan dan mereka yang mengambil steroid untuk jangka masa yang lama. Kuman virus yang merebak semasa melakukan hubungan seks boleh menyebabkan ketuat kelamin.




KESIMPULAN
Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.

TAGS :

Punca Ketuat Tumbuh, Sebab Ketuat Tumbuh, Faktor Ketuat Tumbuh, Cara Ketuat Membiak, Virus HPV, Virus Human Papilloma, Ketuat Mudah Berjangkit, Penyakit Berjangkit Ketuat, Pesakit HIV,

Post a Comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget