Di Malaysia ibadah korban lebih sinonim kepada haiwan seperti lembu, dan kambing. Namun pada kali ini kita akan bercerita tentang seekor kambing yang mempunyai nilai mencecah RM640 ribu.
Tetapi mengapa ia terlalu mahal. Apa yang istimewanya tentang kambing ini?
KENAPA KAMBING INI BERHARGA RM640,000?
Slam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha. Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.
“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.
“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.
“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.
Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.
Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.
“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam.
ULASAN - Subhanallah! Betapa hebatnya kuasa Allah. Kalimah Allah jelas tertera di bahagian badan kambing tersebut. Namun janganlah kita terlalu taksub seolah-olah ia seekor kambing yang ajaib. Itu adalah tanda kekuasaan Allah. Semoga dengan peristiwa ini mampu memberikan kita gambaran tentang tanda-tanda kebesaran Allah. Ingat, jika ada tanda kalimah ataupun tidak, ia tetap ciptaan Allah SWT.
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.