Kenapa Allah Ciptakan Neraka?

SEBAB SEBENAR MENGAPA ALLAH CIPTAKAN NERAKA
Sekadar Illustrasi
Kisah ini mengenai seorang gadis Melayu beragama Islam tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan berkelakuan sopan dan menutup aurat.

Tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan tapi bagi kesalahan pertama, selalunya mereka akan diberi amaran  dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

SEBAB SEBENAR MENGAPA ALLAH CIPTAKAN NERAKA

Kenapa Allah Ciptakan Neraka
Sekadar Illustrasi
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la.. setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,

“..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan… Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak: “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu… dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

“Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.. maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.. lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.”

“Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” Tanya ustaz itu lagi.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam….

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian… Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.”

Allah سبحانه وتعالى berfirman :
        وَمَن يَعْصِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ ﴿١٤
        “Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, maka akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.” (Surah An-Nisa’ : Ayat 14)

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Al Quran lagi :
        يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗوَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿٥٩
        “Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman (sewaktu mereka keluar) supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup tubuhnya (baju labuh dan longgar); cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik); maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.(Surah Al-Ahzab; Ayat 59)


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمْ 


KESIMPULANNYA..
Anda ada cerita menarik yang ingin dikongsikan dengan kami? Jangan malu-malu untuk menghantar cerita anda kepada kami. Semoga cerita yang anda ingin kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. InsyaAllah.

Post a Comment

Allahuakhbar...moga kita tidak tergolong dalam ahli neraka...nauzubillahi minzalik

Btul tu..klu Allah sediakan syurga saja ramai la yg jd jhat nanti..

Assalamualaikum...
Hai...saya singgah di blog awak....terima kasih jugak awak singgah di blog saya...😆😆😆

Entry awak memang bagus...

Terima kasih. Perkongsian yang sangat mudah difahami. Pernah juga terdetik di hati persoalan yang sama. Tapi penerangan di sini dah cukup jelas :)

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget