Bibir kehitaman selalunya dikaitkan dengan tabiat suka merokok. Memang tidak dapat dinafikan lagi nikotin di dalam rokok adalah punca bibir hilang warna asalnya hingga kelihatan hitam atau gelap.
Namun tak semua mereka yang mempunyai bibir hitam adalah perokok. Ada juga sesetengah orang yang mengalami masalah ini terutamanya dalam kalangan wanita kerana kulit mereka sensitif. Disebabkan itu, mereka kurang berkeyakinan apabila bertemu dengan masyarakat kerana sering dipandang serong.
9 PETUA CERAHKAN BIBIR YANG GELAP
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah Bibir Menjadi Hitam, bolehlah cuma amalkan petua dan tips di bawah ini.1. KURANGKAN MINUM KOPI
Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan bibir hilang seri malah gigi anda juga mungkin menjadi kekuningan. Amalkan pengambilan yang besederhana.
2. KETAHUI JENIS LIPSTIK YANG DIGUNAKAN
Bahan kimia dalam lipstik secara tidak langsung boleh menyebabkan bibir anda menjadi kering dan merekah jika dipakai berterusan. Tidak dinafikan juga, kemungkinan besar bibir anda boleh bertukar menjadi gelap atau kehitaman. Pastikan anda menggunakan lipstik yang mengandungi Vitamin E ataupun minyak jojoba.
3. MINUM AIR MASAK DENGAN KERAP
Pengambilan air masak yang kerap boleh memastikan kulit anda sentiasa lembap dan tidak kering. Apabila kulit sentiasa kering, bibir anda juga mungkin mendapat kesan yang sama. Ini boleh menyebabkan kulit bibir anda menjadi hitam.
4. URUT BIBIR ANDA SELALU
Tahukah anda bahawa bibir yang selalu diurut akan menjadi tebal dan kekal kemerahan atau cerah. Caranya, letakkan satu kiub ais dalam kain lembut dan urut pada bibir anda selama 5 minit setiap hari. Anda juga boleh gantikannya dengan Vaseline ataupun madu.
5. GUNAKAN CARA SEMULAJADI UNTUK HILANGKAN WARNA GELAP BIBIR
Ada banyak bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai tips atau petua hilangkan bibir hitam.
- Sapu Yogurt atau krim pekat atau kedua-duanya
- Tambahkan sedikit gula pada minyak zaitun 'extra virgin' dan sapu pada bibir seminggu sekali.
- Gunakan 'aloevera' gel
6. KURANGKAN BERJEMUR DI BAWAH SINARAN MATAHARI TERIK
Seperti kulit, bibir juga mempunyai pigmen melanin. Apabila sering terkena pancara matahari terik, bibir boleh berubah warnanya. Pastikan anda menggunakan produk penjagaan bibir sebelum keluar rumah.
7. GUNAKAN 'MAKE-UP REMOVER' YANG DIIKTIRAF
Make-up remover yang murah mungkin mengandungi bahan kimia yang bahaya kepada tubuh anda. Pastikan anda menggunakan makeup remover yang mengandungi minyak almon, minyak zaitun ataupun minyak kelapa.
8. ELAKKAN DIRI DARIPADA AIR YANG BERKLORIN TINGGI
Tahukah anda bahawa air yang berklorin boleh menyebabkan pigmen dalam bibir anda berkurangan. Jadi, pastikan anda membilas bibir anda dengan baik dan teliti sebelum dan selepas anda mandi di kolam renang.
9. BUAT SKRUB BIBIR
Letakkan sedikit Vaseline pada berus gigi dan berus perlahan-lahan pada bibir anda. Ia akan membuang sel-sel mati dan rosak daripada bibir seterusnya mencantikkan bibir anda.
KESIMPULANNYA - Saya yakin semua orang inginkan bibir mereka kekal lembab dan cerah menawan terutamanya golongan wanita. Jadi, amalkanlah tips di atas supaya anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada bibir hitam anda. InsyaAllah.
Selamat mencuba.
TAGS :
Post a Comment
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.