Tahukah anda, ikan yang kurang segar boleh menyebabkan apa sahaja yang kita masak terasa kurang sedap. Kemungkinan besar anda dan keluarga mungkin akan terkena penyakit bawaan ikan kerana ikan yang kurang segar juga berkemungkinan tidak lagi bersih dan sihat serta berbau busuk yang disebabkan oleh bakteria di dalam perut.
4 CARA MEMILIH IKAN SEGAR DI PASAR
Jadi, kali ini saya akan kongsikan sedikit tips dan petua yang sangat berguna untuk anda atau keluarga dalam memilih atau membeli ikan segar di pasar.1. INSANG IKAN
Tengok insang ikan dan pastikan ianya masi merah serta berlendir. Kalau ia berwarna kekelabuan, bermakna ianya sudah lama dibekukan.
2. PERUT IKAN
Cuba tekan betul-betul di kawasan perut ikan secara perlahan-lahan. Rasa betul-betul. Kalau perutnya lembik, jangan beli kerana ianya ikan yang telah disimpan lama.
3. MATA IKAN
Pastikan mata ikan jernih atau kebiruan dan masih berlendir. Itu baru ikan yang betul-betul segar. Jangan beli ikan yang matanya sudah kemerahan.
4. ISI IKAN
Cuba tekan sedikit dengan jari anda. Pastikan isi ikan tersebut masih lagi pejal dan tidak lembik.
KESIMPULAN : Bukan susah untuk memilih atau membeli ikan yang segar di pasar. Semoga info di atas bermanfaat untuk anda semua.
Selamat mencuba.
Post a Comment
huhu..snang jugak nak memilih ikan.. masalah ada jugak berpunca dari berniaga ikan itu sendiri..ada yang sembunyi ikan busuk..
Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.
Terima Kasih.