Toyol Muncul Di Bandar Tenggara Johor

PENEMUAN TOYOL DI BANDAR TENGGARA JOHOR

Hantu toyol bukanlah nama baru dalam masyarakat Melayu pada hari ini. Ia sering dikenali dengan bentuk fizikal seperti seorang budak yang rendah dan badan berwarna kehijauan. Aktiviti nakalnya apatah lagi kalau bukan mencuri duit orang. Toyol dikatakan mempunyai tuan yang mengarahkan supaya mencuri duit dan diberikan kepada penjaganya. Pada kali ini, Melayukini.net ingin berkongsi satu kisah di mana terdapat toyol yang mahu mencuri duit sumbangan di sebuah rumah yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan di Johor. Ikuti kisah di bawah ini.

PENEMUAN TOYOL DI BANDAR TENGGARA JOHOR

Toyol Muncul Di Bandar Tenggara Johor

Kisah ini berlaku lima belas tahun yang lalu dan ketika itu saya berusia 8 tahun. Ia berlaku di kampung nenek saya di Bandar Tenggara, Johor. Kejadian ini berlaku pada malam persandingan makcik saya yang baru sahaja selesai bersanding pada petang kejadian. Sudah menjadi kebiasaan bagi saudara-mara saya untuk menginap beramai-ramai di rumah nenek saya memandangkan rumah nenek agak besar.

Pada malam kejadian, saya dan Mak Usu tidur di ruang tamu rumah bersama saudara-mara. Kebetulan pada malam itu kami semua tidur awal kerana keletihan melayan tetamu yang datang berkunjung pada siang harinya.
Tepat jam 1.20 pagi, saya yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan tangisan bayi yang kuat dan nyaring. Terganggu dengan bunyi tangisan tersebut, saya bangun dan memandang ke arah kiri dan kanan tetapi tidak kelihatan seorang pun saudara-mara bangun memujuk bayi mereka yang sedang menangis.
Saya segera mengejutkan Mak Usu yang tidur bersebelahan dan menanyakan sama ada dia mendengar bunyi tangisan bayi yang saya dengar. Dia turut mengatakan dia juga mendengarnya. Kami saling berpandangan dan tertanya-tanya bayi siapakah yang menangis sedangkan ketika itu tiada bayi kecil yang berada di dalam rumah. Ketika hampir jam tiga pagi, saya dan Mak Usu terus melelapkan mata walaupun tangisan tersebut masih lagi kedengaran.

Keesokan harinya saya memberitahu emak tentang apa yang saya dengar pada malam tersebut.
Rupa-rupanya, kesemua saudara-mara saya turut mendengar tetapi mereka buat tidak tahu sahaja kerana mereka tahu bunyi tangisan tersebut merupakan tangisan toyol yang tidak berjaya mencuri wang yang diberikan tetamu ketika majlis persandingan semalam.
Nenek juga memberitahu pada waktu majlis persandingan tersebut berlangsung, dia menerima wang yang ditampalkan dengan cebisan kertas berwarna putih. Nenek saya yang sudah tahu maksud cebisan kertas putih tersebut, terus memakukannya pada reban ayam yang terletak di sebelah rumah dan ia membuatkan toyol tersebut gagal mencuri wang. Takut tuan yang menghantarnya marah membuatkan toyol tersebut menangis di luar rumah berhampiran dengan reban ayam nenek.

Rupanya bukan keluarga kami sahaja yang mendengarnya, tetapi jiran nenek yang duduk agak jauh dari rumah nenek turut mendengar tangisan tersebut.


ULASAN : Jika anda ada kisah menarik atau pengalaman yang tidak dapat anda lupakan, anda boleh berkongsi dengan kami dengan menghubungi kami melalui link hubungi kami di atas. Pastikan cerita yang anda ingin kongsi adalah kisah benar dan juga pengalaman anda sendiri..

Post a comment

Diharap anda sudi meninggalkan komen dan pendapat yang jujur selepas membaca artikel-artikel di dalam blog ini. Komen anda amat bermakna untuk pihak kami bagi penambahbaikkan pada masa hadapan.

Terima Kasih.

[blogger][facebook]

1001 Petua

Contact form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget